Bab 4

7.7K 144 2
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he 🔱

" Bos, kita---"

Mikel memandang kawasan itu dan Syed Umar Darwisy bergilir-gilir. Dia mengeluh kecil. Ada juga perang nanti.

Dia dengan langkah berat mengikuti langkah Syed Umar Darwisy yang sedang berbisik dengan pengawal di pintu belakang. Walaupun dari belakang, Mikel sudah cam tempat tersebut.

Boshua Casino.

Mereka melangkah masuk, tempat itu sesak dengan manusia yang sedang pertaruhkan wang. Main rolet, kad dan macam-macam lagi. Mereka memandang ke tepi apabila ada seorang yang sedang menepuk tangan.

Boshua.

" Well. Well. Well. Seriously? Bos Darwisy, what the dream you come my place?"

Syed Umar Darwisy sememangnya tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat itu. Kalau ada hal yang mustahak pun, dia bincang di pejabatnya sahaja.

" We need to discuss about something. Something like you will get..." Syed Umar Darwisy berjeda sementara. Telinga Boshua dia hampiri. "...money?"

Mereka berdua sengih, Boshua mengangguk lalu mengajak mereka pergi ke tempatnya. Mikel hanya membontoti langkah Syed Umar Darwisy yang sedang berbual-bual dengan Boshua.

💣💣💣

"

Have a sit."

Pelawa Boshua dengan senyuman dibibirnya. Syed Umar Darwisy duduk berhadapan dengan Boshua yang dikelilingi oleh gadis-gadis lacur. Boshua menghidangkan pelbagai minuman dan buahan kepada Syed Umar Darwisy, tapi dia sedikit pun tidak sentuh. Bukan boleh percaya Boshua ni.

" So? What the things that want you to discuss."

Ujar Boshua lalu mencium gadis disebelah kirinya. Tersenyum gadis itu. Werk!

Syed Umar Darwisy menyandarkan diri dan kaki disilangkan. (Bukan silang perempuan tapi yang lelaki punya.)

" Us. Only us. I don't want another people in here. Just we. Cause this is..."

Syed Umar Darwisy tidak menyambung katanya malah dia tersengih kecil. Boshua yang faham maksud itu menyuruh orang-orangnya beredar. Mereka lantas beredar. Syed Umar Darwisy menyuruh Mikel keluar.

Mikel mengangguk faham. Setelah yakin tiada siapa yang mendengarnya. Syed Umar Darwisy memulakan bicara.

" So, we can start."

Boshua tersenyum lebar. Dia mengangguk-angguk tanda setuju. Dia menepuk tangannya.

💣💣💣


Mikel tidak pergi jauh pun dari kawasan yang beradanya Syed Umar Darwisy dan Boshua. Dia mengamit pandangan. Ada yang sedih, ada yang suka. Biasalah, setiap perlawanan mesti ada yang kalah dan menang. Itu kan adat.

Mikel memandang ke belakang apabila namanya dipanggil. Terkaku dia sementara. Lantas dia mahu pergi tapi lengannya dipaut. Dia menepis. Fuh! Drama sangat.

" Apa kau nak."

Soal Mikel dengan kasar. Wajahnya diketatkan.

" Abang marah saya lagi?"

Mikel sengih. Dia mendekati gadis itu. Wajahnya didekatkan.

" Sejak bila mak aku lahirkan kau. Tak pernah pula aku ada adik macam kau. Anak kutip eh?"

Gadis itu tersenyum hambar.

" Awak marah. Saya minta maaf."

Gadis itu memegang lengan Mikel dan pantas Mikel menepisnya lagi.

" Kau dengar sini baik-baik. Buka telinga kau luas-luas. Aku dengan kau, bukan siapa-siapa. Macam yang kau dengan bapak kau minta. Jadi, kalau kau nampak aku, jangan tegur. Orang miskin lagi hina ni mana layak."

Kata Mikel dengan kasar. Dia memandang gadis dihadapannya yang sedang menekur ke bawah.  Gadis itu masih gah kan diri memandang wajah Mikel.

Dengan beraninya, dia menatap wajah Mikel sambil merenung ke arah anak mata Mikel. Sumpah, dia rindu. Mikel menjelingnya lalu terus beredar. Mikel memasamkan wajahnya. Dia memasuki kawasan tempat Syed Umar Darwisy dan Boshua.

Badan Mikel terpusing ke belakang apabila ada yang menariknya. Terkejut dia. Mata dia membuntang apabila bibirnya dicium rakus. Tapi yang paling mengejutkan, gadis tadi yang menciumnya. Dia menolak gadis tersebut. Bibirnya dilap dengan kasar. Matanya memandang tajam ke arah gadis itu.

" Apa yang kau buat!"

" Saya cium awak. Tak boleh ke?"

Balas gadis itu dengan selamba. Gadis itu mengumpulkan keberaniannya lalu memeluk tubuh sasa Mikel. Dia peluk dengan erat, tidak mahu melepaskan.

Mikel yang cuba melepaskan diri itu tergamam. Dia menjeling ke arah gadis itu.

Nangis.

Teresak-esak gadis itu. Dia memandang wajah Mikel dengan wajahnya yang basah dengan air mata.

" I miss you."

Setelah ungkapan itu di katakan. Dia sekali lagi meragut bibir Mikel. Lembut sahaja ciumannya. Mikel yang seperti dirasuk itu membalas ciuman gadis itu dengan lembut.

Pandangan orang sekeliling diabaikan. Mikel makin gah ke dalam apabila dia menarik pinggang gadis itu dan telapak tangan kanannya di pipi gadis itu. Ciuman diputuskan apabila masing-masing sudah semput.

Dia tersengih kecil sambil menyapu air mata gadis itu. Badannya ditundukkan untuk memandang wajah gadis itu.

" Kau patut terima hakikat. Kita dah tak ada apa-apa. Lupakan aku, kau layak dapat yang lagi baik."

Ucapan Mikel dengan lembut. Gadis itu mengetap bibirnya.

" Dah ke belum?"

Mereka berdua lantas memandang ke kiri. Kelihatan Syed Umar Darwisy sedang bersandar di dinding sambil tangannya disilangkan. Wajahnya yang tanpa riak itu memandang ke arah mereka.

" Kalau dah, jom balik. Aku penat."

Kata Syed Umar Darwisy lalu beredar. Mikel tersenyum kecil lalu dia pergi meninggalkan gadis itu. Gadis itu hanya memandang sahaja Mikel pergi. Dia memandang tepat ke arah Syed Umar Darwisy.

" Darwisy. Harapan terakhir."

To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now