Bab 5

7.6K 146 3
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he 🔱

Syed Umar Darwisy yang termenung itu dikejutkan dengan ketukan pintu pejabatnya. ( Ni bukan pejabat yang dekat club tu eh.)
Wajah Setiausaha nya kelihatan disebalik pintu iaitu Hanif.

" Maaf Tuan, ada orang nak jumpa."

Syed Umar Darwisy membenarkan Malik mempersilakan orang itu masuk. Dahinya berkerut sedikit. Tapi dia hanya diam. Dah kenapa gadis ni datang. Tanpa dijemput, gadis itu sudah duduk dihadapannya.

" Apa kau nak."

" I nak minta tolong."

Syed Umar Darwisy tersengih sinis. Gadis ni minta tolong. Bukan perkara biasa.

" Tolong I pikat balik Mikel."

Pen ditangan diletakkan diatas meja dan badannya disandarkan. Dia menilik gadis itu atas bawah.

" Kau dah buang dia, sekarang kau nak kutip dia. Ke kau ada agenda tersembunyi. Dah-dah lah Lufya, jangan buang masa."

" I menyesal sebab buang dia dulu. I ingat dulu cuma perasaan yang kosong, tapi I sedar. I dah dilamun cinta."

Jujurnya. Lufya mengetap bibirnya. Syed Umar Darwisy adalah satu-satunya harapan terakhir nya untuk mendekati Mikel kembali. Lamunan nya disentak dengan fail yang dibaling oleh Syed Umar Darwisy di atas meja.

Lufya memandang Syed Umar Darwisy seketika sebelum membuka fail tersebut. Satu demi satu perkataan itu dibaca. Kerutan di dahi kelihatan.

' Permohonan Jawatan Setiausaha Syed Empire's.'

" Kenapa? Tak nak? Mikel memang akan selalu ada dekat pejabat ni. Kebanyakan nya dia yang uruskan. Jadi kau akan selalu jumpa dia atau lebih tepat berada dekat sisi dia."

Ujar Syed Umar Mikel dengan tenang. Sememangnya, Mikel yang uruskan. Dia cuma datang ke pejabat kalau ada urusan penting sahaja.

Lufya memandang fail yang berada digenggamnya. Bibir diketap. Perlu ke dia.

" Syarikat aku tak guna cable. Kalau kau nak, kau kena usaha. Kena lawan 600 orang yang memohon untuk jawatan ni dan aku langsung tak akan bagi tip macam mana nak dapat jawatan ni. So? Renung-renungkan lah."

Lufya memandang Syed Umar Darwisy. 600 orang, pasti banyak halangan nya. Walaupun jawatan Setiausaha, Syed Empire's menawarkan gaji yang lumayan. Lufya tersengih sendiri.

' Master, aku perlukan kau sekarang.'

💣💣💣

Mikel melangkah masuk ke pejabat Syed Umar Darwisy apabila dipanggil. Dia mendiamkan dirinya sementara Syed Umar Darwisy sedang berbual di telefon.

Panggilan dimatikan. Syed Umar Darwisy memberikan satu sampul surat kepada Mikel. Dengan segera, Mikel menyambutnya lalu dibuka. Tersenyum ria Mikel.

" Adik kau, Tasya. Sekarang dia dekat pusat pemulihan Akhlak. Macam yang kau minta. Boshua dah lepaskan dia. Jadi kau jaga baik-baik."

" Bos."

" Aku cadangkan kau pergi jenguk adik kau lepas 3 bulan. Dia perlu sesuaikan diri dekat sana. Jangan risau, dia dah tak boleh nak lari."

Mengalir air mata Mikel selepas Syed Umar Darwisy berkata begitu. Sungguh dia terharu. Entah macam mana dia ingin balas budi Bosnya itu.

Dia mengucapkan terima kasih banyak kali kepada Syed Umar Darwisy. Dia tersenyum senang. Berdoa agar Adiknya Tasya akan berubah. Dia mengelap air matanya apabila disindir oleh Syed Umar Darwisy. Tersengih sumbing dia.

" Macam mana dengan proses pengambilan pekerja?"

" Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma ada beberapa orang yang terpaksa dikeluarkan sebab tak cukup syarat."

Syed Umar Darwisy mengangguk kecil. Dia memberi satu fail kepada Mikel.

" Tu projek yang bakal dilancarkan dekat Dubai. Aku nak kau pantau mereka yang dekat sana buat kerja. Jangan ada yang buat silap. Kau bawalah beberapa orang dari Kumpulan Pemasaran."

Mikel hanya mengeluh kecil.

" Bos, apa kata suruh orang lain. Yang pangkat dia lagi tinggi."

" Kenapa? Kau dah tak nak uruskan. Bukan ni ke idaman kau?"

" Ya. Tapi saya ni PA Bos aje. Walaupun saya memang nak, tapi tak layak. Nanti ada pula pekerja yang mempertikaikannya. Baik kita elakkan sebelum ada yang tarik muka."

Tersengih sinis Syed Umar Darwisy dibuatnya. Apa punya mentaliti lah. Lantak lah dia nak bagi projek dekat sesiapa pun. Itu hak dia. Sebab projek kali sememangnya akan membawa keuntungan yang besar kepada syarikatnya.

Syed Umar Darwisy menekan interkom dan memanggil setiausahanya Hanif. Hanif mengetuk pintu lalu dengan segera menuju ke Syed Umar Darwisy.

Satu kotak kecil dan satu fail diberikan kepada Syed Umar Darwisy. Hanif menundukkan dirinya sedikit sebelum keluar.

Syed Umar Darwisy membuka fail itu lalu ditilik nya. Dia mengangguk kecil lalu dihulurkan kepada Mikel dengan sebatang pen. Mikel menyambutnya. Mikel terkedu.

" Mulai hari ni, aku naikkan pangkat kau. Pengarah Urusan Pemasaran dan Pembangunan Syed Empire's. Tapi kau masih lagi PA aku. Okay?"

" Tapi---"

" Walaupun kau bukanlah datang dari Universiti. Tapi kalau ada pekerja yang amat berpengalaman yang mampu kaut keuntungan untuk aku. Kenapa tak, aku ambil dia bekerja. Tanda tangan dan nanti bagi dekat Hanif."

Syed Umar Darwisy berkata sambil dia bangkit dari kerusinya. Tali leher dan kot nya dikemaskan. Dia perlu makan tengahari bersama Klien. Dia terus meninggalkan Mikel yang sedang terbungkam itu.

Mikel tersenyum kecil. Hari ini, hari yang amat bahagia. Macam-macam benda baik sedang berlaku. Tidak menyesal dia mengikuti Syed Umar Darwisy. Kalaulah dia tolak pelawaan Syed Umar Darwisy dahulu, mungkin dia sekarang adalah MAT GANJA.

To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now