Bab 27

3.8K 81 1
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he 🔱

" Bye Sayang, hati-hati! "

Syed Umar Darwisy melambaikan tangannya dari tingkat kereta selepas menghantar Tengku Aisy Aralyn ke Universiti nya. Tengku Aisy Aralyn melambai nya kembali lalu masuk ke dalam. Dulu, dia tinggal di dorm yang disediakan oleh pihak Universiti untuk pelajar yang tidak mahu pulang atau kediaman yang jauh.

Tetapi disebabkan dia telah berkahwin, Syed Umar Darwisy akan menghantarnya sekiranya dia ada kelas pagi, malah suaminya juga sediakan pemandu untuk mengambil atau menghantar Tengku Aisy Aralyn sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian.

Syed Ukail Dhawi dan Syed Uzma Daffa pula diberi kebenaran untuk memandu kereta Syed Umar Darwisy untuk kegunaan pergi ke kelas sahaja. Motosikal mereka masih lagi ditahan. Syed Umar Darwisy berbuat demikian kerana dia melihat jadual adik-adiknya mempunyai kelas pada waktu yang sama. Jadi mereka akan pergi ke kelas bersama.

Syed Umar Darwisy dan Tengku Aisy Aralyn telah berpindah dari rumah Puan Hajah Dahlia. Disebabkan Tengku Aryan Zahin keseorangan, Syed Umar Darwisy memutuskan untuk tinggal bersama dengannya. Lagipun, mereka hanya akan bertembung ketika waktu malam dan waktu cuti sahaja. Jadi itu tidak akan dijadikan masalah.

Mereka juga telah hidup bersama dari kecil. Mustahil ia akan menjadi janggal. Lagi pula, mereka akan berpindah setelah Tengku Aryan Zahin berkahwin. Tapi itulah, entah bila nya mahu kahwin.

Kereta Syed Umar Darwisy mula meninggalkan perkarangan Universiti. Disaat dia sedang menunggu lampu merah menjadi hijau, matanya terpaku melihat seseorang yang amat dia kenal sedang berjalan kaki di pejalan kaki. Dia mencuba menggamit kembali ingatannya dimana dia berjumpa dengannya. Tetapi malangnya lampu telah hijau dan kereta belakang sudah membunyikan hon.

Tanpa berlengah, dia terus memandu menuju ke arah pejabatnya. Dalam perjalanan, wajah itu masih terngiang-ngiang di kepalanya. Masih lagi mencari jawapan. Dia yakin, dia pernah melihat lelaki itu malah bercakap dengannya tetapi dia tidak mampu mengingatinya.


💣💣💣

Mikel Akasyah menjalankan tugasnya sebagai Pengarah Urusan dan Pembangunan. Dia tidak lagi menyandang jawatan Setiausaha Syed Umar Darwisy. Jawatan Setiausaha itu disandang oleh Ketua Setiausaha, iaitu Hanif. Dia menilik jam tangannya yang sudah menandakan waktu makan tengahari.

Disebabkan dia sudah berjanji dengan adiknya, Tasya Qarirah untuk mengambil nya dia Universiti jadi dia harus mengotakan janjinya. Kelas Tasya Qarirah habis pukul 1.40 tepat dan sekarang pukul 12.50 tengahari. Dia mengambil kot nya dan melangkah keluar. Tanpa berlengah, dia terus menuju ke lif dan memasuki nya.

Pintu lif dibuka di tingkat dia memarkir keretanya. Alarm kereta berbunyi setelah dia menekan punat kunci. Ketika dia ingin melangkah masuk, terlihat 2 figura iaitu lelaki dan perempuan yang seakan gaduh dan salah satunya figura itu dia kenal. Lufya Arien. Pada mulanya, dia ingat hanya mahu biarkan tapi malangnya niatnya dihalang apabila gadis dipaksa ikut lelaki itu.

" Assalamualaikum."

Kedua-duanya serentak memandang Mikel Akasyah yang memberi salam itu.

" Baby! "

Lelaki itu dan Mikel Akasyah memandang Lufya Arien serentak. Mata Lufya Arien dan Mikel Akasyah bertembung. Lufya Arien merentap tangannya lalu berlari dan memeluk pinggang Mikel Akasyah dengan erat.

" Baby, tolong Sayang."

Mikel Akasyah berkerut dahi. Sejak bila pula dia jadi baby Lufya Arien.

" Baby? Sayang? You, apani? "

" Aku tak tahu apa yang merasuk diri kau. Actually, sorry. We gonna married soon and please respect myself as his fiancée."

Mikel Akasyah memandang lelaki dihadapannya dengan teliti. Ting! Ya! Baru dia ingat, lelaki itu adalah tunang Lufya Arien selepas dia dan gadis itu berpisah. Tapi khabarnya mereka telah putus setelah lelaki itu ditangkap khalwat bersama teman wanitanya di rumahnya.

Mikel Akasyah dapat merasakan diri Lufya Arien sedang menggigil. Dia tersengih kecil lalu dibalasnya pelukan Lufya Arien. Gadis itu pula yang memandang Mikel Akasyah pelik.

" Mikel Akasyah."

Tangan kanannya dihulur untuk bersalam dan salamnya disambut.

" Aku harap kau dapat lupakan kisah korang yang lepas. Dan aku harap kau tak lagi ganggu tunang aku. Aku pergi dulu, Assalamualaikum."

Mikel Akasyah dan Lufya Arien beredar dari situ. Pintu penumpang dibuka dan menyuruh Lufya Arien masuk manakala dia masuk bahagian pemandu. Kereta dipandu meninggalkan perkarangan pejabat. Mereka masih lagi diam membisu.

" Kau nak turun dekat mana ni? Aku dah lambat."



To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now