Bab 31

2.5K 83 0
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who is He 🔱

2 months later...

Pejam celik, pejam celik sudah 2 bulan masa berlalu. Kandungan Tengku Aisy Aralyn juga sudah memasuki 10 minggu dan Syed Umar Darwisy masih lagi tidak menyedarkan dirinya lagi. Keadaan Tengku Aisy Aralyn pada mulanya agak susut disebabkan oleh mabuk hamilnya dan kerisauan terhadap suaminya.

Nasib baik Tengku Aryan Zahin sentiasa menjaganya dari A hinggalah Z. Siapa yang tidak risau apabila orang yang paling disayanginya sakit malah tidak bersemangat. Adakalanya Tengku Aryan Zahin ambil cuti semata-mata untuk menjaga Adik kesayangannya.

Disaat dia ingin pergi kerja, Tengku Aisy Aralyn akan muntah-muntah dan perkara itu menyebabkan dia tidak mampu mengabaikannya. Keadaan Tengku Aisy Aralyn makin pulih cuma adakalanya dia mengalami morning sick. Setiap saat, apabila mereka habis bersujud kepada Allah SWT yang maha esa. Mereka akan menadah tangan dan berdoa agar Syed Umar Darwisy sedar.

" Cutie! Dah siap belum! "

Jerit Tengku Aryan Zahin dari bawah. Dia yang dari tadi menunggu Tengku Aisy Aralyn bersiap.

Mereka berdua ingin melawat Syed Umar Darwisy. Setiap minggu Tengku Aisy Aralyn ingin bertemu dengan Suaminya. Walaupun dia mahu bertemu setiap hari tapi keadaannya tidak mengizinkan.

Tengku Aisy Aralyn tersengih apabila Abangnya cemberutkan wajah kerana menunggunya. Dia sentiasa mahu kelihatan cantik untuk Suaminya. Kereta milik Tengku Aryan Zahin melunsuri jalan raya. Di saat mereka sedang berjalan ke wad ICU, dahi mereka berkerut kerana Puan Hajah Dahlia sedang menunggu di luar dengan wajah yang penuh resah.

Terdapat juga adik-adik ipar Tengku Aisy Aralyn. Tengku Aryan Zahin dan Tengku Aisy Aralyn dengan segera mendekati mereka. Tengku Aisy Aralyn memanggil Ibu mertuanya.

" Umi, kenapa ni? "

" Along....."

💣💣💣

Tengku Aisy Aralyn menunggu dengan penuh debaran. Puan Hajah Dahlia memberitahu bahawa mesin bantuan pernafasan Suaminya tiba-tiba berbunyi. Sudah hampir 2 jam,  Doktor masih lagi berada didalam. Mereka semua masih lagi setia menunggu.

" Ah! "

Mereka semua memandang ke arah Tengku Aisy Aralyn.

" Ara, kenapa ni? "

Soal Puan Hajah Dahlia tetapi Tengku Aisy Aralyn tidak mampu menjawab kerana bahagian perutnya sakit.

Tanpa kata, Tengku Aryan Zahin terus mendokong adiknya lalu berlari mendapatkan rawatan. Tengku Aryan Zahin menyuruh mereka tunggu disitu.

" Waris Encik Syed Umar Darwisy? "

Mereka memandang ke arah Doktor, dengan segera mereka mendekati doktor itu.

" Macam mana dengan Anak saya? "

" Keadaan anak Puan makin stabil. Tahniah, dia telah sedarkan diri. "

" Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. "

Puan Hajah Dahlia menitiskan air matanya.

" Boleh saya jumpa Abang saya? "

Soal Syed Ukail Dhawi.

" Kami akan pindahkan Abang Encik ke Wad. Nanti saya akan suruh Nurse maklumkan sekiranya pesakit dah berapa di wad. Kalau dah tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. "

Mereka bertiga mengucap syukur kerana insan yang menjaga mereka sudah sedar. Tanpa buang masa, mereka bertiga menuju ke surau berdekatan untuk sujud syukur.


💣💣💣

" Abang. "

" Ara tak apa-apa? "

Tengku Aisy Aralyn mengangguk perlahan. Dia memegang perutnya sambil memandang ke arah wajah Tengku Aryan Zahin dengan penuh harapan. Tengku Aryan Zahin tersenyum.

" Baby okay. Dia kuat sebab Umi dengan Baba dia kuat. "

" Baba? "

Tersengih Tengku Aryan Zahin. Itulah panggilan yang Syed Umar Darwisy mahu digelar oleh anaknya suatu hari nanti.

" Suami awak lah. "

Mereka terdiam sementara sebelum Tengku Aryan Zahin tersenyum lebar.

" Ara. "

" Hm? "

" Suami Ara dah sedar. "

Tengku Aisy Aralyn memandang wajah Tengku Aryan Zahin dengan riak terkejut.

" Betul ke? "

Tengku Aryan Zahin mengangguk. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Dia mengucap syukur.

" Tapi kita tak boleh melawat lagi. Esok baru boleh. So, Ara rehatlah dulu. Tak kan lah nak jumpa Suami dengan wajah yang pucat. "

Dia mengangguk. Tengku Aryan Zahin tersenyum manis tetapi di dalam hatinya dia tersenyum kelat. Dia terpaksa menipu Adiknya supaya gadis itu dapat rehat secukupnya. Dia masih lagi mengingat kembali kata-kata Doktor yang merawat Adiknya itu.

" Alhamdulillah dia dah okay. Cuma disebabkan tekanan yang dialami membuatkan kandungannya terkena tempiasnya. Jadi untuk berhati-hati, jangan bagi dia stress. "



To be continued...





MRS S.U.DWhere stories live. Discover now