Bab 29

2.7K 70 0
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who is He🔱

3 month later...

Tengku Aisy Aralyn dengan tergesa-gesa dia berlari memasuki kawasan pertanyaan lobi hospital selepas dia mendapat panggilan bahawa suaminya, Syed Umar Darwisy mengalami kemalangan.

" Tumpang tanya, tadi saya ada dapat panggilan yang suami saya kemalangan. Dia ada dekat mana? "

" Boleh saya tahu nama suami Puan? "

Tengku Aisy Aralyn menunggu dengan resah selepas dia memberitahu nama suaminya. Mana tidaknya, dia baru sahaja selesai masak tetiba mendapat panggilan telefon yang tidak sepatutnya. Tengku Aryan Zahin menenangkan adiknya itu. Dia juga terkejut mendapat khabar berita itu setelah dia pulang kerja.

Baru sahaja lunch tadi mereka berdua makan bersama. Tetiba petang ini dia mendapat khabar demikian. Dia memandang sekeliling kawasan hospital. Walaupun hospital swasta, tapi masih ramai orang keluar masuk hospital itu. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu...

SNAP!

Telefon bimbitnya disimpan kembali. Mereka masih menunggu keberadaan Syed Umar Darwisy. Mungkin dia masih belum berdaftar.

" Suami Puan ada dalam Unit Kecemasan. Puan boleh pergi sebab doktor nak jumpa."

Dengan tergesa-gesa mereka berdua langkah. Di dalam Unit Kecemasan, dia mencari di mana suaminya. Air matanya tumpah selepas melihat suaminya sedang terbaring dengan berlumuran darah. Tangan Syed Umar Darwisy digenggam erat.

Tengku Aryan Zahin masih lagi kaku di tempatnya selepas melihat keadaan Syed Umar Darwisy. Seakan dia tidak percaya dengan apa yang berlaku. Manakala, Tengku Aisy Aralyn sudah menangis teresak-esak.

" Maafkan saya? Puan ni isteri pesakit ke? "

Mereka berdua memandang ke arah suara itu. Terdapat seorang doktor perempuan.

" Doktor, kenapa dengan suami saya? Dia tak apa-apa kan? "

" Suami Puan mengalami kecederaan di bahagian kepalanya yang menyebabkan terdapat darah beku disebabkan hentakan terlalu kuat di kepalanya dan tangan dan kaki kirinya patah. Manakala buat masa ini terdapat luka-luka kecil. Buat pengetahuan Puan, dia memerlukan pembedahan dengan segera. "

Terduduk Tengku Aisy Aralyn dibuatnya. Dia sememangnya tidak menyangka bahawa suaminya mengalami kemalangan kerana pagi itu baru suaminya menyuruhnya memasak makanan kegemarannya. Tengku Aryan Zahin masih lagi kaku. Entah kenapa dia tidak mampu untuk bergerak.

Mikel Akasyah datang dari belakang. Dia pun terkaku selepas melihat keadaan Bos nya itu. Dia mendapatkan tempat di sisi Syed Umar Darwisy.

" Doktor, to... tolong selamatkan Suami saya. "

" Puan perlu isi borang kebenaran pembedahan terlebih dahulu. Nurse, tolong."

Tengku Aisy Aralyn mengikuti Nurse nya itu. Tengku Aryan Zahin memalingkan badannya saat doktor itu melintasi di hadapannya. Dia mendekati Mikel Akasyah.

" Tolong tengokkan Is dengan adik aku. Aku ada hal. "

Dengan segera dia beredar tanpa mendapatkan jawapan dari Mikel Akasyah. Dia menekan punat alarm kereta lalu kereta itu dipandu keluar dari kawasan hospital. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

" Kenapa! Kenapa! Kenapa! "

Stereng kereta dihentak beberapa kali sebelum dia menyandarkan kepalanya. Air matanya tumpah.


💣💣💣


Mikel Akasyah menghulurkan sebotol air mineral kepada Tengku Aisy Aralyn. Dia duduk di sebelahnya tetapi jarak satu kerusi. Dia sempat mengerling wajah Tengku Aisy Aralyn yang tidak bermaya itu manakala tangannya masih lagi mempunyai kesan darah Syed Umar Darwisy.

Mereka berdua sedang menunggu di ruang menunggu bilik pembedahan. Tengku Aryan Zahin masih lagi tidak kelihatan selepas dia beredar dari situ. Air botol mineral di tangan Tengku Aisy Aralyn masih lagi tidak diminumnya. Dia masih lagi mengeluarkan air mata dan termenung.

Mereka berdua berdiri apabila doktor itu keluar dari bilik pembedahan setelah 3 jam. Mereka menunggu dengan debarnya apabila doktor itu masih bercakap dengan Nurse. Doktor itu melangkah mendekati Tengku Aisy Aralyn.

" Suami Puan selamat dan kami sudah mengeluarkan darah beku di kepalanya."

Tengku Aisy Aralyn dan Mikel Akasyah mengucap syukur dengan jawapan doktor itu.

" Tapi malangnya, kami dapati dadanya terhentak mungkin di stereng kereta sehingga menyebabkan saluran pernafasannya bengkak. Maafkan saya, buat masa dia memerlukan bantuan pernafasan dan kemungkinan dia koma. "

Air botol ditangan Tengku Aisy Aralyn jatuh. Mikel Akasyah hanya mampu mengucap disaat dia mendengar berita buruk itu. Dia memandang ke wajah Tengku Aisy Aralyn yang masih sedih.

Tengku Aisy Aralyn merasakan kepalanya sakit lalu pengsan. Mikel Akasyah yang sentiasa memerhatikan Tengku Aisy Aralyn, terkejut disaat gadis itu jatuh di pelukan doktor tersebut. Dengan pantas dia meluru ke arahnya.

" Puan! Bangun! "

" Awak tolong dokong dia dan ikut saya. "

Mereka berdua segera berlari untuk mendapatkan rawatan bagi Tengku Aisy Aralyn.














To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now