Bab 32

2.5K 82 1
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who is He 🔱

Syed Umar Darwisy membuka mulutnya untuk menerima suapan bubur dari Puan Hajah Dahlia. Habis satu mangkuk Syed Umar Darwisy makan. Dia mengelap mulutnya setelah selesai makan, manakala Puan Hajah Dahlia pergi membasuh mangkuk yang digunakan tadi.

Syed Umar Darwisy menyandarkan badannya sambil mengeluh nafas lelahnya. Kepalanya sekarang ini sedang serabut. Makin dia fikir, makin sakit kepalanya dibuat. Dia memejamkan matanya dan cuba memikirkan perkara lain. Dia tidak mahu serabutkan kepalanya dengan perkara yang dia tidak mampu mengingatinya.

Matanya terbuka apabila pintu wad diketuk. Muncul wajah adik-beradik Tengku. Mereka berdua tersenyum manis. Tengku Aisy Aralyn menahan sebak. Dengan segera dia berlari untuk mendapatkan Suaminya. Tubuh Syed Umar Darwisy yang sedang bersandar itu dipeluk erat. Tangisannya makin menjadi-jadi.

Syed Ukail Dhawi dan Syed Uzma Daffa memasuki bilik itu bersama Uminya.

" Cik ni siapa pula? "

Kata-kata Syed Umar Darwisy membuatkan semua dalam bilik itu tercengang.

" Biy. "

Panggil Tengku Aisy Aralyn dengan lembut. Syed Umar Darwisy terkedu.


💣💣💣

Mereka semua sedang menunggu di luar bilik kerana Syed Umar Darwisy sedang menerima rawatan. Tengku Aisy Aralyn mengetapkan bibirnya. Tengku Aryan Zahin mengusap-usap belakang Tengku Aisy Aralyn supaya tidak terlalu risau.

" Abang. "

" Dia okay. Jangan risau. "

Tengku Aisy Aralyn mengangguk lemah. Mereka semua memandang wajah Doktor yang baru keluar dari bilik itu.

" Maafkan Saya. Keputusan menunjukkan pesakit mengalami amnesia iaitu dia hilang ingatan dalam jangka masa pendek. Tapi itu hanya sangkaan kami, pesakit juga kemungkinan tidak dapat kembali ingatannya kembali. Penyebabnya adalah kerana kepala pesakit terhantuk di objek yang sangat keras. Itu saja yang saya boleh cakap buat masa ini. Saya minta diri dulu. "

Tengku Aisy Aralyn terjatuh. Dia memandang Tengku Aryan Zahin dan Puan Hajah Dahlia dengan saling berganti,  matanya sudah berair.

" Umi, Suami Ara tak ingat siapa Ara. Umi, macam mana... Umi... hik, tolong Ara. Abang... Hik. Hik. Hik. "

Puan Hajah Dahlia memeluk erat tubuh Tengku Aisy Aralyn sambil dia mengusap lembut belakangnya. Dia juga sedih kerana gadis itu setia menunggu anaknya disaat lelaki itu tidak menyedarkan dirinya.

Walaupun keadaan Tengku Aisy Aralyn sentiasa lemah, tetapi gadis itu sentiasa cekal untuk melawat Syed Umar Darwisy setiap minggu. Tengku Aryan Zahin tidak sanggup melihat adiknya yang sedang menangis itu. Dia tahu, adiknya kini sudah mula menyukai Syed Umar Darwisy. Dia menghembuskan nafasnya dengan berat.



💣💣💣


Puan Hajah Dahlia memasuki bilik wad Syed Umar Darwisy. Dia melihat anaknya itu sedang bersandar di kepala katil. Malah anaknya itu sedang termenung.

" Assalamualaikum. "

" Eh! Umi. "

Puan Hajah Dahlia tersenyum. Dia mendekati anaknya. Kerusi di sebelah katil pesakit ditarik lalu dia duduk.

" Termenung jauh nampak. "

" Tak lah Umi. Awi dengan Affa mana? "

" Dah balik. Lagipun waktu melawat dah nak habis. Kejap lagi pun Umi nak balik. "

Syed Umar Darwisy memandang Uminya.

" Habis tu? Siapa nak jaga Along? Umi nak tinggalkan Along ke? "

" Along... "

Tangan kiri dicapainya. Dia di genggam nya erat.

" ...dengar elok-elok apa yang Umi nak bagitahu ni. "

Syed Umar Darwisy mengangguk.

" Along dah kahwin. "

Terbuntang luas mata Syed Umar Darwisy.

" Along ingat tak gadis yang peluk Along mula-mula tu? "

Sekali lagi dia mengangguk.

" Nama dia, Tengku Aisy Aralyn. Adik kawan baik Along, Tengku Aryan Zahin. "

" Adik Ian? "

" Ya. Gadis itu sekarang milik Along. Along dah kahwini dia, dia seorang gadis yang sangat baik dan lemah lembut. Along sangat sayang dan cintakan dia, sebab tu Along suruh Umi cepat-cepat masuk meminang dia. Umi, kamu tak ingat apa-apa pasal dia. Tapi Umi nak... "

Telapak tangan kanan Puan Hajah Dahlia diletakkan di dada Syed Umar Darwisy.

"...Along sayang dan cintakan dia. Umi tahu susah, tapi jangan sia-siakan dia. Kalau kamu sakiti dia, bermakna kamu sakiti Umi dengan Ian. Along faham? Umi balik dulu. "

Syed Umar Darwisy masih lagi termenung. Dia masih memproses kata-kata Umi nya.




To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now