Bab 37

2.4K 73 1
                                    

🔱  Don't Judge Him Without You Know Who Is He 🔱

" Sayang betul Darwisy dengan kau kan? Yelah, dulu kau ni bohsia dia. "

Jari telunjuk itu bermain dengan alat bantuan pernafasan milik Tengku Aisy Aralyn. Wajahnya didekatkan di sisi wajah Tengku Aisy Aralyn.

" Tapi itulah, dulu kau pun sombong. Berlagak sebab balak kau disegani ramai dalam dunia kitaorang tapi realitinya, kau ni tempat puaskan nafsu Darwisy aje. "

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia mencuba menarik alat bantuan pernafasan milik Tengku Aisy Aralyn tetapi tindakannya terhenti.

" Maafkan saya, Encik ni siapa? "

Badannya bangkit kembali. Topi cap kembali menutupi wajahnya, hanya sebahagian bawah wajahnya kelihatan.

" Sorry, saya salah bilik. "

Lantas lelaki itu cuba meninggalkan bilik itu. Tetapi di tahan oleh Kiran. Lengan lelaki itu digenggam. Tetapi lelaki itu menepis kasar dan pantas melarikan diri.

" Encik! "

Jerit Kiran. Lelaki itu tidak mengendahkan malah makin pantas berjalan. Nasibnya tidak baik apabila dia terlanggar bahu Tengku Aryan Zahin.

" Maaf, Encik Okay? "

Tanpa menjawab pertanyaan Tengku Aryan Zahin, dia terus beredar. Mana mahu dia menjawab pertanyaan Tengku Aryan Zahin kerana lelaki itu mengenalinya.

Tengku Aryan Zahin mengerutkan dahinya. Dah kenapa. Langkahnya terhenti apabila melihat wajah yang sedang memandangnya juga. Dia menghembuskan nafasnya dan terus berjalan.

Dia hanya melepasi gadis itu tanpa sebarang kata. Dia mahu segera melihat adiknya. Wajah pucat Tengku Aisy Aralyn diusap lembut. Sekurang-kurangnya dia bersyukur kerana keadaan Tengku Aisy Aralyn dan bakal anak buahnya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

" You, I nak cakap sikit. "

Mata Tengku Aryan Zahin masih lagi memandang adiknya. Dia juga masih lagi mengusap lembut kepala Tengku Aisy Aralyn.

" Orang yang You langgar tadi, dia masuk bilik ni. "

Kata Kiran, dia masih lagi gagahkan dirinya walaupun Tengku Aryan Zahin tidak memandangnya. Tengku Aryan Zahin menghentikan perbuatannya, dia memandang gadis itu.

" Apa maksud kau? "

Kiran menghembuskan nafasnya.

" Lelaki yang bertopi cap, You ada langgar sebelum masuk bilik ni. Dia ada masuk bilik adik You dan I pasti yang dia bercakap dengan adik You walaupun dia cakap dengan I yang dia salah bilik. "

" Apa yang kau cakapkan ni? "

Tengku Aryan Zahin mengerutkan dahinya. Dalam fikirannya mula memikirkan seseorang, dimana sudah lama Syed Umar Darwisy mencarinya sekian lama.

" I yakin dengan apa yang I nampak. Dia lelaki yang Darwisy cari selama ni. "

Kiran memandang tepat ke arah anak mata Tengku Aryan Zahin yang tergamam.

" Kau salah orang. "

" Mustahil! Sedangkan dulu You ada cakap dengan I yang jari dia kudung! I nampak, You... "

Kiran mendekati Tengku Aryan Zahin yang membelakangi nya.

" ...dia cuba bunuh adik You. "

Tengku Aryan Zahin mengetapkan giginya dengan kuat. Malah penumbuknya juga berjaya menghasilkan urat-urat. Tanpa sebarang kata, dia keluar.

💣💣💣

" Ah! "

Tengku Aisy Aralyn memegang kepalanya. Entah kenapa, kepalanya berasa sakit yang teramat. Dia cuba bangun dari pembaringan nya. Dia menghembuskan nafasnya yang lelah. Dia memandang sekeliling, kosong.

" Sayang! "

Badan Tengku Aisy Aralyn dipeluk tidak terlalu erat kerana perutnya yang kian membesar.

" Bila sayang bangun? Sayang okay? Sayang lapar? Haus? "

Tengku Aisy Aralyn menggeleng perlahan. Dia kembali menyandarkan kepalanya di badan Syed Umar Darwisy.

" Kenapa Sayang ada dekat sini? "

" Sayang tak ingat? "

Tengku Aisy Aralyn menggeleng. Syed Umar Darwisy mengusap lembut belakang badan Tengku Aisy Aralyn.

" Tak apalah, Sayang rehat aje. Kalau lapar, cakap tau. Biy nak keluar kejap. "

Tengku Aisy Aralyn memeluk erat tubuh badan suaminya. Dia memejamkan matanya.

" Janganlah pergi. "

" Okay, Biy tak pergi. Sayang baring lah. Rehat okay? "

Syed Umar Darwisy menolak lembut badan Tengku Aisy Aralyn untuk berbaring. Dia duduk di atas sisi katil. Masih lagi memegang erat tangan Tengku Aisy Aralyn. Gadis itu mula merehatkan dirinya dan akhirnya dia tertidur.

Syed Umar Darwisy mencium dahi Tengku Aisy Aralyn lama. Dia menatap wajah gadis yang sedang lena itu. Dia menghembuskan nafas lelah.

' Maafkan Biy. Sebab Biy, Sayang jadi mangsa. I love you Tengku Aisy Aralyn. "






To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now