Bab 21

4.7K 98 4
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he 🔱

" Aku nikahkan akan dikau dengan adik perempuanku, Tengku Aisy Aralyn binti Tengku Al-Fateh dengan mas kahwin sebanyak seribu ringgit tunai."

Tangan Tengku Aryan Zahin menggoncang kan sedikit tangan Syed Umar Darwisy untuk memberi isyarat bahawa Syed Umar Darwisy perlu menyambut kata-katanya.

" Aku terima nikah, Tengku Aisy Aralyn binti Tengku Al-Fateh dengan mas kahwin sebanyak seribu ringgit tunai."

Tengku Aryan Zahin memandang Tok Kadi disebelah nya manakala Tok Kadi memandang saksi-saksi. Mereka semua menganggukkan kepalanya dengan tanda, setuju dengan sebutan lancar Syed Umar Darwisy.

Mereka terus mengucapkan Alhamdulillah lalu mereka menadah tangan kerana Tok Kadi mengetuai bacaan doa. Syed Umar Darwisy bersalaman dengan Tengku Aryan Zahin dan orang-orang disekelilingnya. Masing-masing mengucapkan tahniah kepadanya.

Kini Syed Umar Darwisy bangkit untuk mendekati isterinya yang baru dinikahi dan Umi nya, Puan Hajah Dahlia yang sedang duduk di samping menantunya itu. Syed Umar Darwisy menyalami tangan Umi nya terlebih dahulu. Syed Umar Darwisy duduk secara melutut di hadapan Tengku Aisy Aralyn.

" Assalamualaikum Sayang. Eh!"

Sengaja Syed Umar Darwisy memanggil Tengku Aisy Aralyn dengan panggilan Sayang. Semua sedara mara tergelak dengan tingkah lakunya.

Tengku Aisy Aralyn pula menyambut salaman nya dengan suara tenggelam timbul. Syed Umar Darwisy menghulurkan tangannya untuk bersalaman terlebih dahulu. Tapi Tengku Aisy Aralyn masih lagi tergamam, sudahlah kepalanya itu asyik menunduk. Terketar-ketar tangannya untuk bersalaman dengan Syed Umar Darwisy.

' Alahai, comelnya bini aku ni.'

Tersenyum manis Syed Umar Darwisy dibuatnya. Setelah beberapa minit, barulah Tengku Aisy Aralyn dapat bersalaman. Itupun kerana sudah disindir oleh saudara mara nya.

Syed Umar Darwisy menyambut bekas cincin yang dihulurkan oleh Puan Hajah Dahlia itu lalu tangan kanan Tengku Aisy Aralyn dicapainya. Cincin emas putih yang diperhiaskan batu permata itu disarungkan ke jari manis nya. Kini giliran Tengku Aisy Aralyn pula yang menyarungkan cincin ke jari manis suaminya itu.

Syed Umar Darwisy mengambil seutas gelang tangan lalu dipakaikan di pergelangan tangan kanan. Begitu juga dengan Tengku Aisy Aralyn, dia mengambil seutas jam tangan lalu disarungkan ke pergelangan tangan kanan Syed Umar Darwisy.

Sekali lagi, Syed Umar Darwisy menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Tengku Aisy Aralyn. Kali ini, Tengku Aisy Aralyn kelihatan seakan lebih stabil berbanding daripada tadi. Syed Umar Darwisy meletakkan tangan kanannya diatas kepala isterinya itu lalu satu doa dibaca di dalam hatinya.

Mereka berdua menolak untuk bercium didahi. Syed Umar Darwisy yakin Tengku Aisy Aralyn tidak selesa dengan keadaan sebegitu. Mereka bersalaman dengan tetamu yang hadir di masjid itu. Sempat juga mereka tangkap gambar dengan pengantin didalam masjid.

Syed Umar Darwisy dan Tengku Aisy Aralyn diijabkabulkan selepas solat jumaat. Tetamu-tetamu yang hadir itu telah dihidangkan pelbagai lauk pauk untuk dijamu. Mereka semua beramah-mesra, ada yang berselfie dengan pengantin. Mereka begitu sibuk melayan kerenah tetamu-tetamu yang hadir.

Mereka sebenarnya bercadang untuk membuat majlis perkahwinan di rumah tetapi disebabkan mempunyai satu halangan, pihak pengantin perempuan membuat keputusan untuk membuat majlis persandingan di hotel.

Jadi, Tengku Aryan Zahin telah mengeluarkan bajet yang tinggi untuk menyewa bilik-bilik hotel untuk saudara mara yang hadir dari jauh. Begitu juga dengan Tengku Aisy Aralyn yang tinggal di hotel bagi kemudahan dirinya. Tidak ketinggalan dengan keluarga mertua Tengku Aisy Aralyn. Tengku Aryan Zahin juga menyediakan bilik untuk mereka.

Sememangnya, Tengku Aryan Zahin telah mengeluarkan bajet yang tinggi. Nasib baik, dia datang dari keluarga yang berada tetapi dia tidak kisah kerana dia gembira, ramai saudara mara turun ke majlis perkahwinan adiknya.

💣💣💣

Tengku Aisy Aralyn awal-awal lagi sudah meminta diri untuk berehat setelah selesai beramah-mesra dengan tetamu yang hadir. Tengku Aisy Aralyn menanggalkan tudungnya dan ikatan getah rambutnya.

Rasa selesa itu sememangnya tidak terkata. Nasib baik dia tidak mengenakan MakeUp yang tebal kerana kata MUA, waktu nikah ini wajah perlu nampak natural beauty. Bersanding barulah nampak meriah.

Tengku Aisy Aralyn dikejutkan dengan pelukan dari belakang. Lantas dia memandang wajah yang memeluknya dengan erat itu. Dia menghembuskan nafas lega apabila wajah Syed Umar Darwisy terpancar. Walaubagaimanapun, dia tetap tidak selesa.

Tambahan pula, Syed Umar Darwisy sedang mencium aroma rambutnya dibahagian tengkuk. Manakala, kedua tangan Syed Umar Darwisy memeluk erat pinggang Tengku Aisy Aralyn seakan tidak mahu lepas. Meremang bulu roma Tengku Aisy Aralyn apabila Syed Umar Darwisy mencium tengkuknya.

Pantas tangan Tengku Aisy Aralyn menghentikan tangan Syed Umar Darwisy yang sedang meraba tubuh Tengku Aisy Aralyn. Mereka berdua kini berhadapan. Syed Umar Darwisy memandang Tengku Aisy Aralyn sambil tersenyum lebar. Baru sahaja Syed Umar Darwisy mahu mendekatkan wajahnya, Tengku Aisy Aralyn menahannya.

" Awak, kita kan dah janji. Lepas habis sanding baru kita erm."

Syed Umar Darwisy mengerutkan wajahnya. Lagi satu perkara mengarut yang dia perlu ikut. Terus hampa perasaan Syed Umar Darwisy dibuatnya.

To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now