Bab 20

4.2K 95 2
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan oleh semua pihak iaitu hari pernikahan Syed Umar Darwisy dan Tengku Aisy Aralyn. Majlis pernikahan dilaksanakan di sebuah Masjid atas permintaan kedua belah pihak. Dan seperti biasa, majlis persandingan akan dilaksanakan terlebih dahulu dengan pihak pengantin perempuan.

Setelah majlis persandingan pihak pengantin perempuan telah selesai, barulah majlis persandingan pihak pengantin lelaki akan diteruskan. Mereka sebenarnya bercadang untuk membuat majlis serentak tapi kekangan kehadiran beberapa pihak membuatkan mereka membatalkan niat tersebut.

Segala persiapan perkahwinan telah pun siap, baik pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan. Kini mereka hanya perlu hadir ke masjid pada esoknya untuk majlis perkahwinan mereka. Upacara akad nikah akan dilaksanakan berdekatan dengan kediaman pengantin perempuan. Kerana mereka fikir, senang untuk dilaksanakan.

💣💣💣


Sudah semestinya, Tengku Aisy Aralyn akan berasa gementar. Dia memandang sekeliling rumahnya, penuh dengan sanak-saudara. Walaupun dia tidak mempunyai ibu bapa, tetapi majlis perkahwinan tetap meriah dengan kehadiran saudara mara nya. Tersenyum manis dia apabila kesemua ahli keluarga turun untuk merewang.

Segala kerja menjadi mudah, disebabkan makciknya adalah seorang MUA (MakeUp Artist). Dia tidak perlu risau dengan penampilan dirinya. Begitu juga dengan barangan hantaran, kesemuanya telah disediakan. Tengku Aryan Zahin membuat keputusan untuk mengambil pihak catering services. Baginya mudah kerana dia tidak mahu menyusahkan saudara mara nya.

Jikalau dia mahu merasakan suasana merewang kampung, pihak pengantin lelaki iaitu Syed Umar Darwisy sememangnya akan melaksanakannya. Jadi dia tetap akan merasa walaupun ketika itu perkahwinan adiknya. Lagi pula, dia akan menjadi Tuan rumah. Maka dengan itu, dia tidak akan dapat menolong.

Tengku Aryan Zahin berbual-bual bersama saudaranya. Sudah sekian lama mereka tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan urusan dunia. Keluarga orang berada katakan. Suasana pada malam itu sememangnya amat meriah. Tasya Qarirah iaitu adik Mikel Akasyah akan menjadi pengapit pengantin perempuan.

Tengku Aryan Zahin terpandang wajah adiknya yang seakan gelisah itu. Dia mendekati Tengku Aisy Aralyn dengan senyuman. Bahu adiknya itu ditepuk lembut, Tengku Aryan Zahin duduk bersebelahan dengan Tengku Aisy Aralyn.

" Kenapa muka masam? Tak suka ke Abang jodoh kan Ara dengan kawan Abang tu? Nak Abang batalkan majlis ni?"

Ayat yang keluar dari mulut Tengku Aryan Zahin membuatkan Tengku Aisy Aralyn terkejut. Gila mahu batalkan, segala persiapan selama 2 bulan ini telah siap.

" Mana ada, Abang ni. Tak baiklah cakap macam tu. Ara tak kisah pun, kan Ara dah cakap yang Ara akan kahwin dengan pilihan Abang."

Jujurnya.

" Dah tu, kenapa buat muka macam tu. Kalau orang lain tengok, mesti dia ingat Ara kena kahwin paksa dengan pilihan Abang."

" Ara cuma gementar."

Tengku Aisy Aralyn menghembuskan nafasnya dengan lelah. Tetiba dia mengambil tangan Tengku Aryan Zahin. Tengku Aryan Zahin sudah semestinya terkejut dengan tindakan adiknya itu.

" Eh, Kenapa nangis?"

" Abang, kalau Ara kahwin. Abang macam mana, kalau suami Ara tak mahu duduk sebumbung dengan Abang. Dekat rumah ni, cuma kita berdua saja, tetiba Ara kena keluar. Nanti Abang keseorangan."

Tengku Aisy Aralyn menangis teresak-esak. Iya, Tengku Aryan Zahin akan duduk keseorangan di rumah yang besar itu.

" Hello Cik Adik, Abang awak ni dah besar. Pandailah Abang jaga diri."

" Nak tak, Ara pujuk dia tinggal bersama dengan Abang? Abang pun cakaplah dengan dia, tu kan kawan Abang. Mesti dia akan faham."

Tengku Aryan Zahin tersenyum kecil lalu dia menggelengkan kepalanya.

" Walaupun kitaorang kawan, tak semestinya dia nak duduk sebumbung dengan Abang. Ara dengar cakap Abang ni, dekat dalam dunia ni tak ada sesiapa selesa duduk dengan keluarga mertua. Walaupun mereka tu rapat macam mana sekalipun tapi memang tak boleh sebab masing-masing ada cara jalan hidup tersendiri."

Tengku Aisy Aralyn hanya mendiamkan dirinya. Dia takut untuk tinggalkan Abangnya keseorangan. Sewaktu mereka sebumbung pun Abangnya itu tidak menjaga pemakanan apatahlagi selepas Tengku Aisy Aralyn berkahwin.

" Kalau macam tu, Abang pergilah cari bakal isteri Abang. Yang boleh jaga Abang ketika Abang sakit. Tak kan lah tak ada yang minat Abang. Abang bukan tak ada rupa dan harta. Abang sememangnya cukup pakej. Ke Abang tengah tunggu seseorang? Tapi apa pun, Abang kena cari tau! Ya?"

Tengku Aryan Zahin tergelak kecil. Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

' Sekiranya dia muncul di hadapan Abang, sudah lama Abang merisiknya. Abang tak tahu dia dekat mana sekarang ni.'

Tengku Aisy Aralyn diarahkan untuk tidur awal. Kerana dia akan bangun awal untuk bersiap. Tengku Aryan Zahin memandang langit yang penuh dengan bintang itu. Dia mengambil telefon bimbit nya lalu nombor Syed Umar Darwisy di dail.

' The number you have dialed...'




To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now