Bab 23

4K 94 2
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Suasana di meja makan hanya sunyi sepi. Hanya bunyi geseran sudu dan garfu sahaja. Tengku Aisy Aralyn yang perasan dengan keadaan tersebut terus menjadi tanda tanya. Disebabkan dia tidur awal, jadi dia tidak tahu apa yang terjadi. Adalah dia dengar bunyi bising malam tadi cuma badannya terlalu letih, jadi dia terus tidur.

Tengku Aisy Aralyn memandang riak wajah masing-masing. Semuanya tanpa riak. Dia pula rasa tidak selesa dengan keadaan tersebut. Tersangatlah kekok. Abangnya, Tengku Aryan Zahin juga tidur di situ malam tadi dan Tengku Aryan Zahin juga hanya mendiamkan diri.

Puan Hajah Dahlia yang tahu keadaan anak-anaknya sedang keruh itu cuba memulakan perbualan.

" Along, tak nak pergi bulan madu ke? "

" Buat masa ni, tak bolehlah Umi. Along sibuk. Lagipun, kena jaga-jaga takut nanti adalah yang buat perangai."

Katanya sambil memandang Syed Ukail Dhawi dan Syed Uzma Daffa.

" Sayang fahamkan? "

Badannya dipaling ke arah Tengku Aisy Aralyn yang sedang duduk di sebelah kanannya. Tengku Aisy Aralyn hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan.

💣💣💣

Syed Ukail Dhawi dan Syed Uzma Daffa duduk di hadapan Syed Umar Darwisy. Wajah mereka berdua hanya menekur ke arah lantai. Tengku Aryan Zahin yang duduk di sebelah kiri Syed Umar Darwisy itu hanya mengunyah makanan ringan sambil memandang mereka berdua dengan sengihan.

Dalam hatinya berkata
' Padan muka, siapa suruh cari pasal dengan Along kau.'

" Mana kunci."

Dengan perlahan mereka menghulurkan kunci motor dan diletakkan di atas meja. Sebulan yang lepas, Syed Ukail Dhawi dan Syed Uzma Daffa meminta Syed Umar Darwisy untuk membelikan mereka motosikal untuk kesenangan mereka pergi ke kelas.

Setelah difikirkan sekian lama, Syed Umar Darwisy membelikan mereka berdua motosikal dengan pilihan mereka sendiri. Syed Ukail Dhawi memilih Kawasaki ninja ZX-25R dan Syed Uzma Daffa memilih Kawasaki ninja H2R ( Boleh search kat Google macam mana rupanya ).

Adik-beradik Syed itu sememangnya peminat motor berkuasanya tinggi, Syed Umar Darwisy sendiri mempunyai Kawasaki ninja 1000 kerana dia sering pergi konvoi. Nasib baiklah, Along mereka itu banyak duit.

" Aku tahu, kau bergaul dengan benda tu lagi. Tak teragak-agak aku hantar kau balik sana. Kau faham tak! "

" Faham."

Kata Syed Ukail Dhawi dengan perlahan. Menyesal dia keluar malam tadi. Itu semua kawannya punya pasal. Syed Ukail Dhawi dengan langkah berat meninggalkan ruang tamu itu.

" Nak pergi nangis lah tu."

Sempat Tengku Aryan Zahin menyakat. Syed Ukail Dhawi menjelingnya.

" Yang kau ni, pergi mana malam tadi? Kau ingat dengan pura-pura tidur malam tadi, kau boleh terlepas? "

" Jumpa kawan."

" Kawan tu lelaki ke perempuan. Entah-entah perempuan, hah! "

Sampuk Tengku Aryan Zahin. Syed Uzma Daffa memandangnya tajam.

" Hah! Betul lah tu. Dok pandang kita macam tu."

" Betul ke? "

" Mana ada, Abang Ian ni. Memandai je. Kawan Abang semuanya lelaki, tak ada perempuan pun dekat situ. Abang leka main game, tu yang tak sedar dah pukul berapa."

Syed Umar Darwisy menyuruh Syed Uzma Daffa beredar. Sempat lagi, Syed Uzma Daffa menumbuk bahu Tengku Aryan Zahin. Batu api.


💣💣💣

" Awak gaduh ke dengan adik-adik awak? "

Itu adalah pertanyaan pertama Tengku Aisy Aralyn setelah Syed Umar Darwisy mendarat di katil mereka.

" Tak adalah, kenapa? "

" Sebab muka awak semua nampak ketat sangat. Saya pula yang tak selesa."

Syed Umar Darwisy tersenyum kecil. Lengan Tengku Aisy Aralyn ditarik untuk baring di sebelahnya.

" Bukan gaduh, biasalah. Budak muda zaman sekarang, mana nak ditegur. Kalau ditegur, mulalah tarik muka. Maaf Sayang, keadaan dah jadi seperti biasa dah."

Tengku Aisy Aralyn mengangguk perlahan, dia baring mengiring menghadap Syed Umar Darwisy. Rasa kekok nya di buang jauh-jauh, dalam otaknya hanya memutarkan perkataan ' Dia suami kau.'

Manakala, Syed Umar Darwisy pula sedang melayan perasaan. Mana tidaknya, dia sedang melihat Tengku Aisy Aralyn tanpa mengenakan hijab. Walaupun dia pernah lihat suatu ketika dahulu, tetapi kali ini. Debarannya agak berbeza. Mungkin gadis dihadapannya itu sudah halal baginya.

Badan Tengku Aisy Aralyn ditarik rapat lalu tangan kirinya diletakkan di atas pinggang Tengku Aisy Aralyn. Manakala tangan kanannya yang dihimpap oleh kepala Tengku Aisy Aralyn memegang erat tengkuk milik isterinya itu.

Lantas sebuah ciuman mendarat lama di dahi Tengku Aisy Aralyn. Dari dahi turun ke mata dan dari mata turun ke hidung sehingga jumpa tempat yang sesuai untuk berlabuh.

To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now