Bab 14

4.9K 116 6
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

" Woi! Kau buat apa dekat adik aku?"

Sergah Tengku Aryan Zahin dari belakang. Dia sebenarnya memang mencari Syed Umar Darwisy kerana lelaki itu tetiba menghilangkan diri. Tapi rupanya tengah mengatal. Menggeleng perlahan Tengku Aryan Zahin apabila melihat perlakuan rakannya itu. Walaupun dia tahu adik nya tak akan di apa-apa kan. Tapi kalau nafsu datang, semua disebatnya nanti.

Syed Umar Darwisy melepaskan pegangannya. Dia berundur ke belakang sedikit. Tengku Aisy Aralyn terus membuat kerjanya. Sudah hampir masuk solat Zohor, jadi dia mahu siap masak sebelum waktu solat muncul. Tapi ada yang mengacau pula.

" Kau buat apa?"

" Mana ada buat apa-apa. Adik kau yang goda aku."

Tengku Aisy Aralyn membuntangkan matanya. Tak sangka dia, lelaki itu berkata sedemikian. Dengan wajah yang tidak bersalah pula tu. Tengku Aisy Aralyn terus menyiapkan sentuhan terakhir lalu bingkas meninggalkan mereka.

Mereka berdua hanya melihat Tengku Aisy Aralyn meninggalkan mereka berdua. Tengku Aryan Zahin memandang tajam ke arah Syed Umar Darwisy yang dari tadi asyik pegang serai.

" Adik aku goda kau? Kau ingat aku percaya?"

" Aku tak suruh kau percaya pun."

Kata Syed Umar Darwisy lalu beredar menuju ke ruang tamu. Tengku Aryan Zahin mengeluh. Di dalam hatinya, berharap perangai gatal Syed Umar Darwisy tidak keluar.

💣💣💣

Tengku Aisy Aralyn menyuapkan nasi berlauk ayam masak lemak cili api dengan keadaan yang tidak selesa. Dia tahu, Syed Umar Darwisy memerhatikan nya sejak solat Zohor tadi. Matanya itu tak berkelip langsung. Tengah makan ni pun masih lagi perhati. Sudahlah, mereka berdua duduk berhadapan.

Tengku Aryan Zahin yang sedang enak makan itu perasan kelakuan mereka dua. Seorang tunduk, seorang termenung. Dia yang sedap makan ini pula tidak selesa.

" Bro, sudah-sudahlah tu. Kesian adik aku, nak makan pun tak senang. Kau pergi cakap jelah dekat Umi, hantar rombongan."

Terus tersenyum lebar Syed Umar Darwisy dibuatnya. Tengku Aisy Aralyn pula yang tidak selesa. Walaupun dia dengar kata Abangnya itu. Tapi dia masih tidak bersedia. Lagi pula, dia sedang belajar.

" Okay. Hujung minggu ni, aku hantar. Boleh kan awak?"

Kata Syed Umar Darwisy sambil tersenyum lebar. Wajah Tengku Aisy Aralyn ditatap. Gadis itu mengangguk perlahan. Makin lebarlah senyuman Syed Umar Darwisy dibuatnya.

" Dah makan."

💣💣💣

" Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam, siapa ni?"

Tengku Aisy memandang seketika nombor yang menelefon dia. Dia tidak kenal dengan nombor ini.

" Imam awak lah. Eh! Bakal imam."

" Oh, awak rupanya. Mana dapat nombor saya ni?"

Tengku Aisy Aralyn mengetap bibirnya. Sebelum ini, belum pernah ada  lelaki asing menelefon nya. Berdebar pula hatinya.

" Saya ni bukan orang asing. Dari Ian lah, saya kan kawan dia. Awak pula bakal makmum saya."

Kedua-dua pihak masing-masing tersengih. Terjeda sekejap perbualan mereka apabila Tengku Aryan Zahin memasuki bilik Tengku Aisy Aralyn sebentar.

" Awak tengah buat apa tu?"

Syed Umar Darwisy masih setia menunggu jawapan dari pengarang jantungnya itu.

" Tak buat apa-apa pun. Saya dah nak masuk tidur."

" Tidur? Alah! Awal lagi. Meh lah kita berbual senda dulu. Rindu ni."

Tengku Aisy Aralyn menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

" Esok kan pihak awak nak hantar rombongan meminang. Saya nak kemas-kemas apa yang patut. Ke pihak awak tak jadi hantar?"

" Eh! Jadi-jadi! Tapi pihak saya yang datang. Saya tak datang, nanti awak rindu saya macam mana? Dah susah. "

Terbangun Syed Umar Darwisy apabila dia berkata demikian. Tak sabar rasanya, esok Tengku Aisy Aralyn menjadi miliknya. Walaupun pra-official.

" Tak pelah, nanti kita jumpa kan waktu nak beli baju nikah. Awak, saya nak tidur ni. Selamat malam. Assalamualaikum."

" Okay lah bye. Selamat malam. Mimpi saya tau. Waalaikumussalam sayang."

Titt..

Tengku Aisy Aralyn menghela nafas. Esok dia akan menjadi tunangan orang. Dia cuba menyedapkan hati sendiri dengan berkata, pilihan Tengku Aryan Zahin sentiasa menjadi pilihan yang terbaik dan tepat untuk dirinya.




To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now