Bab 42

138 15 0
                                    


" Don't judge him without you know who is he "


" Ready ? "

Suara itu seakan berbisik. Dia memberi isyarat tangan yang tidak ada siapa mampu faham kecuali orang-orang tertentu.

Ada yang pergi ke kiri dan ada juga pergi ke kanan, dia memandang ke atas lalu memberi isyarat. Mereka menyelinap masuk saat mereka telah mendapat isyarat, dari jauh ia memerhatikan orang-orang yang sedang mabuk dan bergelak tawa itu. Sekali lagi ia memberi isyarat untuk meneruskan plan.

Pap !

Zapp !

Zapp !

Zapp !

Mereka semua tersengih sinis apabila lelaki-lelaki tadi bergelimpangan di atas lantai dengan berlumuran darah, mereka menggunakan pisau untuk menggelar leher mereka kerana risau sekirannya mereka menembak akan menimbulkan suasana yang kucar-kacir.  Plan berjalan seperti yang dirancang. 

Mereka kini sedang perlahan-lahan mendaki anak tangga itu untuk mencari sasaran seterusnya. Harus berhati-hati kerana kawasan itu sangat gelap, apabila sudah sampai di tempat seterusnya Syed Umar Darwisy cuba untuk meneruskan rancangkan tetapi dicegah oleh Tengku Aryan Zahin melalui earpiece  .

" Aku rasa tak sedap hati, kawasan ni macam telah diperhatikan " Kata Tengku Aryan Zahin yang kini berada dikawasan pemerhatian, dia lebih cekap dalam mengesan musuh sebab itu dia digelar eagle eye dalam kumpulan mereka .

" Maksud kau ? " Soal Syed Umar Darwisy dengan penuh hairan. Mana mungkin rancangan mereka rosak sedangkan mereka benar-benar teliti sebelum melaksanakannya. 

" Aku nak kau orang semua keluar, planning ni dah kena sabotage !  "

Mereka semua berpandang ketika itu, Syed Umar Darwisy cepat-cepat memberi isyarat kepada mereka untuk keluar dengan segera. Berpusu-pusu mereka keluar, Syed Umar Darwisy menjadi orang terakhir keluar sambil dia memerhatikan sekeliling. Langkahnya terhenti apabila dia mendengar suara , dengan perlahan-lahan dia mendekati suara tersebut dalam gelap. 

" Kau memang sial ! "

....


" Isy ! Mana kau ?!  " Panggil Tengku Aryan Zahin apabila dia lihat rakannya itu masih belum keluar.  

" Aku kat sini " Muncul Syed Umar Darwisy dari arah belakang membuatkan rakannya itu terkejut. 

" Mana yang lain ? " Soalnya apabila dia melihat Tengku Aryan Zahin sahaja berada disitu.

" Aku dah suruh diorang gerak. Kau pergi mana, asal lambat keluar ? Jom bla, kita tengah diperhatikan " 

Tanpa menunggu kata balasan, Tengku Aryan Zahin menarik rakannya itu apabila dia perasan ada figura yang tidak jauh dari mereka memandang mereka dengan penuh dendam . Mereka terus memandu laju menuju ke arah markas mereka. Syed Umar Darwisy ingin berkata sesuatu kepada Tengku Aryan Zahin tapi dicegah. Tengku Aryan Zahin membuat isyarat tangan untuk menggantikan suara.

" Nanti, dalam ni ada yang sedang mendengar selain aku .

Syed Umar Darwisy tersengih sinis. 



....




Argh !

Argh !

Argh !

Tubuh itu sudah lemah apabila diseksa berkali-kali. Dipukul dengan pelbagai cara mahupun dengan tangan , batang kayu dan sebagainya. Penuh luka-luka diseluruh tubuhnya begitu juga dengan muka. Sekali lagi dia menjerit apabila rambutnya ditarik dengan kasar.

" Mati-mati aku ingat kau ni kawan, rupanya kau tikus perosak ! "

Satu tumbukan Syed Umar Darwisy dilayankan pada muka figura itu. Lelaki itu mengerang kesakitan, Tengku Aryan Zahin hanya memandang kosong. Perit rasanya apabila dia melihat lelaki itu, mereka sudah dianggap seperti keluarga tetapi rupanya dia adalah gunting dalam lipatan.

Ditarik lengan Syed Umar Darwisy daripada terus membelasah lelaki itu. Dia mendudukkan lelaki itu dalam posisi melutut, habis berlumuran darah wajah lelaki itu. Syed Umar Darwisy bernafas keras, letih barangkali. Tengku Aryan Zahin melulut dihadapan lelaki tu, sesungguhnya dia masih ada empati dalam diri.

" Kenapa kau buat macam ni , berapa banyak dia bayar kau untuk khianat kita orang ? " ujarnya lembut. Lelaki itu hanya mendiamkan diri, fikirannya agak bercelaru sekarang. 

" Aku minta maaf " ujar lelaki itu lemah.

Syed Umar Darwisy gelak sakan.

" Kau ingat dengan maaf kau tu, keadaan boleh jadi normal balik ke sial ! Punca kau bini aku dalam bahaya ! " Lantang dia bercakap kerana dia benar-benar rasa geram.

" Aku ingat kau ni kawan, sahabat aku yang aku betul-betul percaya selain dari diorang berdua ni dan sekarang kau bukan sahabat aku lagi. Pergi mampus ! "

Syed Umar Darwisy mengambil pistol lalu dia mengacukan ke arah lelaki itu tetapi sempat dihalang oleh Tengku Faliq Carl.

" Enough bro, bagi Aniq jelaskan dulu kenapa dia sanggup tikam kita dari belakang . " Ujarnya setelah dari tadi dia melihat agenda tersebut.

Ya lelaki itu adalah Raja Aniq Irfan, sahabat mereka dari zaman sekolah yang susah senang bersama. Sebab itu mereka terkedu apabila mengetahui lelaki itu lah yang bekerjasama menentang mereka. Rancangan yang dilakukan amat benar-benar teliti dan cukup rahsia, tapi semudah itu pihak lawan boleh mengetahui nya. Dia punca nya.

Saat Syed Umar Darwisy ingin keluar dari tempat itu, dia terdengar suara lalu dia mendekatinya. Benar-benar dia rasa marah apabila melihat lelaki itu menghulur sejumlah wang kepada Raja Aniq Irfan. 

" Plan ni fail, tapi next time aku akan inform kau lagi but make sure lebih tebal dari ni . "

Ujarnya tanpa dia sedar Syed Umar Darwisy sedang pasang telinga.




 To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now