Bab 3

8.1K 148 2
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he 🔱

" Are you alone baby."

Tengku Aisy Aralyn tersengih kecil.  Tangan lelaki itu telah terlekat dipunggung pejal milik Tengku Aisy Aralyn. Dia hanya membiarkan sahaja.

Tengku Aisy Aralyn tidak menjawab soalan lelaki itu dan hanya mengasyikkan badannya itu ikut lagu yang diputar. Makin galak lelaki itu menyentuh dia. Tapi sedikit pun dia tidak halang.

Tanpa sebarang kata, tangan Tengku Aisy Aralyn ditarik dari kawasan itu lalu mendekati kawasan privasi. Lelaki itu menarik Tengku Aisy Aralyn duduk di atas ribanya. Air kencing syaitan dihulurnya lalu disambut dengan senyuman. Setelah laga gelas, mereka meneguknya laju.

Tersenyum suka dia apabila lelaki itu mencium bahunya yang terdedah. Mereka masih lagi hanyut dalam neraka yang mereka cipta.

" Baby please, don't do that."

Tolakan Tengku Aisy Aralyn apabila lelaki itu cuba untuk meraba dadanya.

" Why? I miss you so much."

Kali ini lelaki itu cuba untuk meninggalkan kesan dileher Tengku Aisy Aralyn.

" I'm begging you. My brother will kill me if he see that. He at home right know."

Masam terus wajah lelaki itu. Baru ingin bermesra dengan teman wanitanya itu. Tapi bila teringinkan Tengku Aryan Zahin, terus mati niatnya. Dahulu, dia hampir dibelasah oleh Tengku Aryan Zahin hanya kerana meraba adiknya dihadapan rumah.

Terus dia serik. Kalau boleh, dia tak mahu langsung berjumpa dengan Tengku Aryan Zahin. Baru-baru ini, dia telah dapat tahu bahawa Tengku Aryan Zahin mempunyai kawan yang masuk ke alam gengster.

Sudahlah nama kumpulan mafia itu terkenal dengan aksi pembunuhan. Maka dengan itu, dia mahu mengelakkan diri daripada berjumpa Tengku Aryan Zahin. Tanpa mereka sedar, sepasang mata memerhatikan mereka.

Syed Umar Darwisy memberi isyarat kepada Mikel agar biarkan sahaja perbuatan mereka. Mikel sudah kebingungan. Tadi suruh lindung, sekarang suruh biarkan. Syed Umar Darwisy membuat isyarat mata kepada Mikel untuk naik berjumpa dengannya.

Syed Umar Darwisy tersenyum sinis. Dia memandang sekilas wajah lelaki itu sebelum beredar.

' Kau rupanya yang buat Ian sakit hati. Dah bagi amaran pun tak jalan. Wait and see, kau akan rasa akibatnya sebab buat member aku tertekan.'

💣💣💣

Sepucuk sampul dicampak atas meja. Mikel mengambil lalu dibukanya. Dia meneliti gambar itu. Berkerut sedikit wajahnya.

" Ni bukan mamat tadi ke? Yang sentuh Adik kawan Bos?"

Anggukan kecil sebagai balasan.

" Aku nak kau siasat siapa dia. Aku nak maklumat penuh dia. Jangan ada yang tertinggal. Dan paling penting, apa hubungan dia dengan Adik Ian."

Pen dijarinya dipusing-pusingkan. Dia yakin, mereka berdua ada hubungan istimewa. Tetapi ada satu firasat yang tidak bagus tentang lelaki itu.

Mikel mengangguk faham. Dia masih lagi tidak beredar. Akal nya sedang berfikir untuk meneruskannya atau tidak. Gelisah sungguh. Walaupun perkara itu hanyalah kecil.

Syed Umar Darwisy memandang Mikel. Pelik benar lelaki itu sekarang. Pen dijarinya itu dibaling kena tepat didahi Mikel. Mikel yang mengelamun itu terkejut dan usap dahinya.

" Kau buat apa kat sini lagi."

Mikel hanya tersengih. Dia mematikan niat lalu dia beredar. Baru tangannnya pulas tombol pintu, dia berhenti seketika. Dia mengeluh kecil lalu mengorak langkah menuju ke arah Syed Umar Darwisy.

" Bos."

Syed Umar Darwisy mengerutkan dahinya. Kenapa budak ni ada lagi kat sini.

" Saya nak minta tolong sikit."

Mikel menghembuskan nafas cemas. Syed Umar Darwisy hanya membuat isyarat ' Apa '.

" Saya bukan apa, tapi.. tapi saya dah tak tahan."

Syed Umar Darwisy mengerutkan dahinya. Apa budak ni.

" Ni tentang adik saya. Clara... " Mikel berjeda sebentar. "... Saya nak minta Bos jamin dia!"

Syed Umar Darwisy terus bangun dari tempat duduknya. Terkejut dia apabila Mikel melutut. Bibir dia terketar-ketar.

" Aku tak suka tengok kau macam ni. Bangun, kita bincang elok-elok."

Mikel terus bangkit dan duduk dihadapan Bosnya. Dia menghembus nafas hela.

" Apa maksud kau? Jamin?"

" Bos kenal Taukey Boshua?"

Syed Umar Darwisy mengangguk. Rakan business nya.

" Adik saya buat hal dekat tempat dia hari tu. Dia tarik adik saya untuk jadikan pelacur sebagai balasan ganti rugi. Saya cuba nak bayar, tapi duitnya tak cukup. Saya ingat nak buat loan bank, tapi kerja saya ni mana ada slip gaji. Sebab tu saya fikir nak pinjam Bos."

Ujar panjang Mikel. Syed Umar Darwisy mengangguk faham. Taukey Boshua. Bapak ayam. Kaki ganja. Hmpft!

" Berapa kau nak pinjam?"

" 300k."

Syed Umar Darwisy tersengih kecil. Dasar orang tua kerepot. Benda kecil je pun. Syed Umar Darwisy menarik satu buku dari laci nya.

Buku cek.

Dia menulis sesuatu lalu dikoyakkan setelah siap. Dia bangkit.

" Jom ikut aku."

To be continued..

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now