Bab 30

2.8K 82 0
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who is He 🔱

Tengku Aisy Aralyn memegang kepalanya. Dia memandang sekeliling, tempat yang agak similar.

" Eh? Puan dah bangun. "

Tengku Aisy Aralyn memandang arah pintu bilik wad yang terdapat seorang lelaki. Dia mengamit wajah itu dan, Ah! Bekas setiausaha suaminya.

Suami.

Suami.

Suami.

" Macam mana dengan keadaan Suami saya? "

" Bos okay, doktor dah pindahkan dia dalam wad ICU. Puan tak apa-apa? "

Mikel Akasyah meletakkan bungkusan air di atas meja bersebelahan katil Tengku Aisy Aralyn. Tengku Aisy Aralyn menarik nafas lega apabila suaminya masih bernafas. Sungguh dia takut untuk kehilangan Suaminya di saat cintanya sudah berputik.

" Saya okay. Dekat mana wad ICU tu? Saya nak tengok suami saya. "

" Doktor ada cakap, buat masa sekarang tak boleh. Puan rehatlah dulu, saya nak panggil Doktor. "

Tengku Aisy Aralyn merasakan air matanya bakal mengalir lagi sekali tetapi ditahan sedaya upaya. Dia memandang sekeliling, mencari Abangnya. Tengku Aryan Zahin. Sememangnya dia tidak mempedulikan Abangnya kerana takut dan risau akan keadaan Syed Umar Darwisy.

Pintu bilik diketuk. Terpancar wajah Doktor yang merawat suaminya tadi dan sebelahnya mempunyai seorang Nurse. Tengku Aisy Aralyn menghadiahkan senyuman dan disambut dengan senyuman kembali. Dia bangkit dari pembaringan.

" Macam mana keadaan Puan? "

" Saya okay. Suami saya macam mana? "

Doktor itu memberikan senyuman.

" Dia okay. Puan jangan risau, kami akan memerhatikan dia dengan lebih rapi. "

Tengku Aisy Aralyn memberikan senyuman yang hambar.

" Terima kasih Doktor. "

" Tak mengapa, kerja saya. Puan, ada benda yang saya ingin katakan..."

Tengku Aisy Aralyn memandang wajah Doktor itu.

" ...tahniah, Puan mengandung 2 minggu. "



💣💣💣

Telefon bimbit milik Tengku Aryan Zahin berdering, nama
' Cutie❤️ ' tertera. Dia mengambil masa sebelum mengangkatnya.

" Assalamualaikum. "

" Waalaikumussalam, Abang dekat mana? "

" Maaf, Abang ada hal tadi. "

Tengku Aisy Aralyn menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata.

" Ara mengandung. "

Tengku Aryan Zahin berjeda sementara sebelum tersenyum lebar. Dia mengucapkan syukur dan tahniah kepada adiknya. Dengan segera dia menghidupkan enjin kereta dan memandu ke arah hospital.

Selesai parking kereta, dia terus mencari wad adiknya yang diberitahu oleh Mikel Akasyah tadi. Dia terlihat Mikel Akasyah sedang duduk di luar bilik wad sambil bermain telefon.

Dia mengucapkan terima kasih kepada Mikel Akasyah kerana sanggup menemani adiknya hingga pagi. Dia mengetuk pintu bilik wad selepas Mikel Akasyah beredar. Wajah sunggul milik Tengku Aisy Aralyn dipandang dengan senyuman manis di wajahnya.

Tengku Aryan Zahin terus menerpa dan memeluk erat tubuh Tengku Aisy Aralyn. Tengku Aisy Aralyn membalas kembali pelukannya itu.

" Janganlah sedih-sedih. Kalau Ian tahu mesti dia tak suka. "

Kata Tengku Aryan Zahin untuk menenangkan fikiran dan jiwa adiknya. Tengku Aisy Aralyn hanya mengangguk dalam pelukan Abangnya itu.

" Dah makan? "

Tengku Aisy Aralyn menggeleng. Tengku Aryan Zahin tersenyum, sudah semestinya adiknya itu tiada selera makan.

" Nak request apa-apa tak? Abang nak pergi beli. "

Masih lagi menggeleng. Tengku Aryan Zahin tersenyum lalu dia keluar dari bilik itu.


💣💣💣

Bubur sayur akhirnya dapat dihabiskan oleh Tengku Aisy Aralyn selepas dipaksa dengan pelbagai cara. Dari suami ke anak. Tengku Aisy Aralyn membersihkan dirinya sebentar kerana menurut Doktor, dia sudah boleh melawat Suaminya.

Tengku Aryan Zahin berjalan bersebelahan Tengku Aisy Aralyn. Mereka berdua diberikan sut biru sebelum masuk ke wad ICU. Air mata Tengku Aisy Aralyn tumpah walaupun sudah banyak kali dia menahan. Dia memegang erat tangan suaminya. Sedih rasanya melihat suaminya masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Tengku Aryan Zahin keluar untuk memberi ruang kepada mereka berdua. Dia menghembuskan nafas lelahnya. Makin masam wajahnya selepas terserempak dengan seseorang yang telah meninggalkan kesan yang mendalam di hatinya.

Pada awalnya, dia hanya mahu mengabaikannya tetapi orang itu menghalang. Wajahnya masih diketatkan. Sememangnya dia benci dengan keadaannya sekarang.






To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now