Bab 43

163 18 4
                                    

" Don't judge him without you know who is he "


Krekk..

Pintu kebal itu ditolak perlahan, ditangannya mempunyai sebungkus makanan dan juga minuman. Tengku Faliq Carl menghampiri lelaki yang sedang duduk  diatas lantai dengan badannya disandarkan ke dinding , penuh luka-luka dan lebam seluruh badan. Dia meletakkan makanan dan minuman itu di sebelah lelaki itu.

" Makan lah " Arah Tengku Faliq Carl.

Raja Aniq Irfan hanya membiarkan saja, melihat pun tidak. Sejujurnya siapa sahaja yang ada selera, sudahlah kantoi mengkhianati rakan-rakannya malah dibelasah sebegitu teruk.

" Kau nak apa datang sini, nak jumpa aku buat kali terakhir ke sebelum Isy bunuh aku ? " Dia berkata tanpa memandang wajah Tengku Faliq Carl. Lelaki itu mengeluh kecil sebelum mengambil tempat disebelahnya.

" Dia tak akan bunuh kau " Raja Aniq Irfan tersengih kecil.

" Kau kenal dia bukan ? " Tengku Faliq Carl hanya mendiamkan diri . 

" Kau tahu bila dia dah gila , dia sanggup buat apa saja kan ? " Sambungnya lagi.

" Tapi aku yakin dia tak kan bunuh kau . " Kata-kata lelaki itu mengundang tawanya.

" Kita kenal dia dah lama, baik buruk masing-masing dah boleh hadam dan sekarang ni kau boleh ke bagi aku jaminan dia tak akan bunuh aku ? Sedangkan pakcik dia pun berakhir di tangan dia apatah lagi aku " Ujarnya panjang lebar, sesungguhnya dia sudah pasrah. Dia yang pilih jalan itu maka dia harus hadapinya. 

" Dah tu kenapa kau pilih untuk khianati kita orang ? " 



....


Raja Aniq Irfan dengan perlahan-lahan bangkit dari katilnya, tubuhnya benar-benar sakit kalini. Mereka benar-benar dera dia, dia duduk dibirai katil. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Matanya terarah ke pintu yang dibuka dari luar selepas ada ketukkan kecil, wajah Tengku Aisy Aralyn kelihatan. Dia tersenyum nipis.

" Ara ada buatkan abang bubur daging , makan lah. Daging tu Ara dah kisar jadi senang abang nak makan. Ni ada ubat , nurse tadi pesan suruh abang makan . " Ujar Tengku Aisy Aralyn lembut. 

Dia meletakkan dulang itu di meja yang terletak di sisi katil. Gerun dia melihat keadaan Raja Aniq Irfan ketika ni, tak rupa orang . Doktor dan nurse peribadi keluarga Syed pun terkejut saat ingin merawat dia. 

" Terima kasih . " ujarnya. Tengku Aisy Aralyn mengangguk kecil.

" Ara dah berapa bulan tu ? " Dia melihat perut gadis itu yang kian membesar. 

" Nak masuk 8 bulan dah abang, kalau dah tak ada apa-apa Ara nak turun dulu . Abang kalau nak apa-apa panggil ya tapi kalau Ara tak dengar, abang panggil bibik tau. Jangan diam je ya. " Pesannya sebelum melangkah turun, langkahnya terhenti apabila Raja Aniq Irfan berkata dengan nada lembut . 

" Abang minta maaf sangat dengan Ara . " Katanya menimbulkan kerutan di dahi gadis itu. Tanpa melenggah dia terus keluar .  



....

* flashback *

Mereka berdua terus memandang ke arah suara itu. Syed Umar Darwisy dan Tengku Aryan Zahin yang sudah lama mereka berdiri memerhatikan mereka berdua. Mereka berjalan menghampiri kedua jejaka itu.

" Sebab aku nak duit . "

" Dah tu kau ingat aku tak ada duit ? " Kata Syed Umar Darwisy.

" Aku nak banyak . " Balasnya.

" Berapa juta kau nak ? " Kata Tengku Aryan Zahin.

" Korang tak akan faham apa yang aku lalui selama ni, aku betul-betul terdesak. Aku minta maaf, aku betul-betul tak ada niat pada awalnya tapi aku.. aku perlukan duit . " Ujarnya dengan nada yang sebak.

" Dah tu kenapa kau tak kongsi dengan kita orang ? Kau lagi sanggup jadi anjing dia dari kongsi masalah dengan kita orang ke ? " Tengku Faliq Carl yang berada disebelahnya itu sudah panas hati.

" Kau dengan Ian sepupu, Isy pula adik ipar Ian malah korang kaya-raya nak dibandingkan dengan aku yang makan gaji ni. Kau ingat dengan gaji aku selama ni cukup ke ? " 

" Bodoh sombong. Aku boleh bagi kau duit kalau kau memerlukan tanpa aku mengharapkan bayaran balik pun. Tapi kau pilih untuk khianat aku dan jadi anjing dia, apa selama ni persahabatan kita, susah senang kita tak cukup ke bukti bahawa aku benar-benar anggap kau lebih dari seorang kawan ? " Syed Umar Darwisy benar-benar sebak kali ini.

"  Bukan soal duit Niq, ya kita orang terlahir dalam keluarga berada tapi tak bermaksud kau bukan kawan kami. Aku pun dah anggap kau macam saudara kandung aku sendiri, ibu tu pun aku dah anggap mak kandung aku apatah lagi kau yang sentiasa ada dengan aku. " Sambung Tengku Faliq Carl.

" Buang mindset yang kita orang ni lebih dari kau, kita sama jer Niq. Ada satu batang dan dua telur gantung . " Ujar spontan Tengku Aryan Zahin.


* end flashback *


Raja Aniq Irfan yang sedang termenung dibalkoni rumah itu tersengih apabila dia teringat kejadian itu. Dia mengeluh kecil apabila rakan-rakannya itu memilih untuk memaafkan dia dengan satu balasan. Sejujurnya dia okay sahaja. 

" Terima kasih . " Monolognya sendiri . 




To be continued...

psst ! 

To be honest , kita tak sangka masih ada yang baca dan support cerita ni walaupun karya ni dah berhabuk kian lamanya. Kita nak ucapkan ribuan terima kasih dan sayang korang ! muah ! bye !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now