Bab 10

6K 114 6
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

3 years later

Mikel dengan penuh tergesa-gesa berlari keluar dari Airport. Dia dengan pantas mencari anak-anak buahnya yang telah disuruh untuk menjemput nya. Mikel berlari ke arah satu kereta yang dia kenal. Dengan penuh tergesa-gesa, dia terus melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Disuruhnya figura itu pandu kereta dengan segera. Menuju ke Syed Empire's. Dia cuba untuk menenangkan fikiran dan hati nya. Selepas tiga tahun, barulah dia menjejakkan kakinya ke Malaysia. Selama ini, dia tidak boleh balik walaupun dia teringin mahu balik.

Tapi apa boleh buat, Syed Umar Darwisy tidak membenarkan nya. Orang sambut raya dengan keluarga, dia sambut raya dengan kerja. Tetapi disebabkan oleh ketekunannya, Syarikat di Dubai semakin maju. Malah dia telah diiktiraf sebagai seorang yang berprestasi tinggi.

Sesudah sampai, dia terus menuju ke pejabat Syed Umar Darwisy. Tanpa melirik mata ke arah meja setiausaha, dia terus masuk tanpa ketuk pintu pula tu. Berkerut dahinya melihat satu figura yang seakan menunggu kedatangannya.

" Mana Bos? Kenapa kau ada dekat sini, Boshua?"

💣💣💣

" Jemput minum."

Pelawa Boshua dengn sopan. Dia kelihatan seakan segak bergaya. Selalunya hanya memakai baju t-shirt dan seluar jeans.

Mikel menghirup kopi yang disediakan itu. Dia memandang ke arah wajah Boshua dengan penuh tanda tanya. Otak nya seakan seperti cuba memproses apa yang dia dengar sebelum ini.

' Aku dengar Bos Syed hilang.'

' Tapi aku dengar dia dah mati.'

' Sekarang ada orang lain yang ambil alih syarikat ni.'

' Aku harap Bos baru naikkan cuti.' Eh?

" Ya, aku tahu. Macam-macam soalan yang nak diajukan dekat aku. Kenapa aku kat sini? Mana Bos kau? Kan?"

Teka Boshua dengan tenang. Dia melirik kan matanya memandang Mikel. Banyak sungguh perubahan Mikel sampai kan sewaktu Mikel menerjah masuk, dia hampir tidak kenal. Makin kacak.

" Jadi mana dia? Betul ke apa yang aku dengar? Dia dah mati?"

Soal Mikel dengan nada yang serius. Sungguh, dia tidak boleh terima kenyataan bahawa Bos nya sudah tiada.

Mikel mengerutkan dahinya apabila Boshua ketawa dengan soalan-soalan nya tadi. Makin panas hati pula. Sudah lah dia cuba jual adik nya dahulu.

" Mana kau dengar ni ha? Aduhai. Kau ingat senang ke dia nak mati?"

Sambung tawa pula Boshua ini. Mikel menarik nafas lega, tapi baru dia ingin menanyakan soalan, ayatnya sudah dipotong oleh Boshua.

" Jangan tanya aku, mana dia. Aku pun tak tahu. Dia blah macam tu je. Tinggalkan Syarikat ni dekat aku. Jadi sekarang..."

Boshua menyerahkan satu sampul kepada Mikel.

"... Syarikat ni milik kau."

Terkejut bukan naik kepalang lagi. Mikel terus membelek isi-isi yang terkandung dalam surat tersebut. Nafas hela dihembus nya. Memang betul, Syed Umar Darwisy mewasiatkan supaya Syarikat itu diserahkan kepada nya.

" Tapi kenapa?"

" Sebab dia percayakan kau. Aku kenal dia ni jenis macam mana, dia tak akan bagi hak dan kepunyaan dia sesuka hati dengan orang lain. Jadi tugas aku dah selesai. Selamat tinggal."

Boshua bangkit lalu dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Mikel. Mikel dengan keadaan yang tercengang itu menyambut salam Boshua.

Mikel masih lagi termenung, sebelum Boshua keluar, dia sempat berkata sesuatu.

" Aku nak minta maaf dengan kejadian dulu. Tu bukan niat aku pun nak jual adik kau. Tapi tu adalah jalan untuk aku berjumpa Bos kau. Dan lagi satu, kau patut jaga Syarikat ni elok-elok. He's will be back. Bye!"

💣💣💣

Mikel bersalam dengan Para Lembaga pengarah itu. Dia kini menjadi CEO Syed Empire's. Para Lembaga pengarah mencadangkan agar dia menukar nama syarikat tetapi dia menolak. Dia yakin bahawa Syed Umar Darwisy bakal kembali seperti apa yang diperkatakan oleh Boshua.

" Tahniah Tuan. Pihak Setiausaha akan menghantar seorang Setiausaha yang akan bantu Tuan. Dia seorang yang cekap. Pasti tidak akan menghampakan Tuan. Malah, dia seorang calon pilihan Tuan Syed."

Kata salah seorang daripada pihak Pengurusan Setiausaha. Mikel hanya mengangguk. Mikel terus menuju ke pejabat setelah habisnya majlis menyambut nya.

Pintu bilik itu dibukanya. Terpapar satu plat kaca di atas meja.

' CEO SYED EMPIRE'S MIKEL AKAHSYA'
( Iye awak, dia islam ")

Plat kaca itu disentuh. Dia tersenyum hambar. Dia meletakkannya kembali apabila pintu bilik itu diketuk. Wajah figura dari pihak Setiausaha tadi muncul  di muka pintu.

" Saya bawakan Tuan Setiausaha terbaik yang kami ada untuk bantu Tuan. Masuk."

Kata figura itu.

Mikel dengan penuh debaran di hati melihat Setiausahanya itu. Dia dengan sengihan dalam diam membuatkan penuh tanya.

" Kenal kan Tuan, Lufya Arien."

Mikel memandang gadis itu atas bawah. Dia senyum ikhlas terhadap gadis itu. Tak sangka dia akan berjumpa gadis itu lagi.

' Dia dah berubah. Makin cantik dan bertudung.'

To be continued...


MRS S.U.DWhere stories live. Discover now