Bab 19

3.9K 95 0
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Syed Ukail Dhawi berjalan menuju ke arah lokar nya. Dia memandang ke arah satu gadis yang dia amat kenal sekali. Tengku Aisy Aralyn, yang sedang berjalan ke arahnya tapi bukan untuk mendekati nya. Tapi untuk pergi ke lokar nya yang bersebelahan dengan lokar milik Syed Ukail Dhawi.

Tengku Aisy Aralyn rasa teragak-agak untuk menegur Syed Ukail Dhawi. Akhirnya dengan langkah berani, dia menegur Syed Ukail Dhawi.

" Hi, awak adik Syed Umar Darwisy kan?"

Tengku Aisy Aralyn menegur dengan senyuman. Tapi apa yang dia dapat adalah jelingan daripada Syed Ukail Dhawi.

Syed Ukail Dhawi yang berasa meluat itu terus menutup pintu lokar nya dengan kasar lalu dia ingin beredar tapi sempat dia menjeling ke arah Tengku Aisy Aralyn malah dia sempat berkata sesuatu kepada nya.

" Tak perlulah nak tegur-menegur bagai. Jijik duh."

Tersentap satu kali Tengku Aisy Aralyn dibuatnya. Niatnya hanya ingin bertegur sapa kerana mereka bakal jadi adik beradik ipar. Tengku Aisy Aralyn memuncungkan bibirnya sedikit. Dalam hatinya telah tertulis bahawa Syed Ukail Dhawi ini seorang yang sombong.

Tengku Aisy Aralyn terus menuju ke arah kelasnya dengan perasaan hampa.

💣💣💣

Syed Ukail Dhawi yang sedang menonton televisyen itu dikejutkan dengan kedatangan Syed Umar Darwisy disebelah nya. Syed Umar Darwisy memandang Syed Ukail Dhawi hingga adiknya itu berasa tidak selesa.

" Along nak apa?"

" Kau ada nampak bakal bini Along tak tadi?"

Entah kenapa, memori tengahari tadi berputar kembali di otak Syed Ukail Dhawi ketika dia berjumpa Tengku Aisy Aralyn.

" Tak." Tipu nya.

Syed Umar Darwisy mengeluh kecil. Walaupun perkahwinannya bakal berlangsung lagi dua minggu, tapi dia berasa amat rindu dengan kekasihnya itu.

" Releks lah Along, lagi dua minggu. Nanti dapatlah Along peluk puas-puas."

" Tak boleh duh. Kau tak faham perasaan ni. Sebulan lebih tak dapat jumpa, bertanya khabar, dengar suara dia yang comel tu. Ah! Rindunya!"

Syed Ukail Dhawi membuat muka jijik. Geli dia selepas mendengar Along nya itu berceloteh.

" Telefon lah dia. Mana tahu dia angkat."

" Kau ingat Along tak pernah cuba ke? Hampeh!"

Mereka berdua hanya menonton televisyen dengan keadaan yang senyap. Setelah habisnya movie yang Syed Ukail Dhawi ingin lihat sudah habis, dia berura-ura untuk pergi masuk ke dalam biliknya.

Baru dia menjejakkan kakinya ke anak tangga yang pertama, dia dikejutkan dengan jeritan Along nya itu. Dia lantas berpaling apabila Along nya itu memanggil.

" Esok, Along hantar, ambil kau tau. Along nak jumpa permaisuri Along."

Syed Ukail Dhawi hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Kalau dibantah, mahu dirinya dihalau pergi ke negara orang lagi. Dia terus meninggalkan Abangnya yang sedang tersenyum lebar itu.

💣💣💣


Syed Ukail Dhawi menyalami tangan Syed Umar Darwisy lalu dia beredar masuk ke dalam. Manakala Syed Umar Darwisy memandang sekeliling nya. Matanya meliar mencari Intan Payung Hatinya. Dia tersenyum lebar saat melihat Tengku Aisy Aralyn sedang berjalan dengan rakannya.

Dahi Syed Umar Darwisy berkerut apabila dia baru perasan rakan Tengku Aisy Aralyn. Dia tersengih kecil, adakah ini dikatakan takdir. Disebabkan dia seorang yang tepati janji, jadi dia hanya melihat Tengku Aisy Aralyn dari jauh sahaja.

Kata hatinya, itu pun sudah memadai. Dia memandang Tengku Aisy Aralyn sehingga gadis itu hilang dari pandangannya. Dia mengeluh kecil, lalu dia menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari situ. Cukuplah sekadar memandang wajah Tengku Aisy Aralyn untuk menghilangkan rasa rindu itu.

To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now