Bab 28

3.8K 88 1
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he 🔱

" Awak nak pergi mana? "

Mikel Akasyah memandang Lufya Arien yang disebelah nya dengan sengihan. Keretanya di berhentikan dibahu jalan. Dia memusingkan badannya menghadap Lufya Arien.

" Aku nak jumpa awek aku. Jadi, tolong turun."

Lufya Arien mengetapkan bibirnya. Punyalah susah payah dia memohon jawatan Setiausaha itu dan bekerja di syarikat Syed Empire's berbanding dengan syarikat ayahnya. Senang-senang sahaja Mikel Akasyah mempunyai teman wanita.

" Siapa awek awak tu? "

Tersengih kecil Mikel Akasyah dibuatnya.

" Kenapa pula kau nak tahu? Kau mak aku ke? "

" Sampai hati awak."

Lufya Arien menundukkan kepalanya.

" Bukan salah aku, aku dah cakap dengan kau kan. Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Jadi tolong turun sekarang sebab aku tak nak, orang yang aku paling sayang penat tunggu aku."

Mikel Akasyah memandang kehadapan semula. Lufya Arien mengalirkan air matanya. Dia mengucapkan terima kasih kerana menolong nya tadi lalu dia mencapai beg tangannya. Air matanya yang mengalir itu dilap menggunakan telapak tangannya.

Disaat dia baru menyentuh tombol pintu kereta, pintu belakang sudah terbuka dan seorang gadis memasuki nya. Mereka berdua terus memandang ke belakang melihat siapa yang memberi salam itu. Riak wajah Mikel Akasyah kelihatan sememangnya kelihatan terkejut manakala Lufya Arien mengerutkan dahinya.

" Macam mana Abang tahu Sya ada dekat sini? Sya baru nak call Abang."

Katanya selepas bersalaman dengan Mikel Akasyah. Dia memandang Lufya Arien dengan pandangan aneh tapi pandangan itu disorokkan. Dia menghadiahkan senyuman dan bersalaman dengan Lufya Arien.

" Abang, ni siapa? "

" Setiausaha Abang. Sya buat apa dekat sini? Ponteng kelas ke? "

Mikel Akasyah meneruskan perjalanan. Sekarang ini, Lufya Arien pula dalam keadaan terpinga-pinga. Bukankah Mikel Akasyah menyuruh nya keluar tapi sekarang ini, boleh pula dia meneruskan perjalanan.

" Tak adalah, Sya habis kelas awal. Jadi Sya jalan-jalan dengan kawan Sya. Tak kan lah Sya nak ponteng kelas, exam dah nak dekat. Lagipun, kalau Abang Is tahu, No! Sya malas nak dengar Abang Is membebel."

Katanya lalu dia tersengih kecil. Bukan boleh buat main dengan suami kawannya itu. Membebel ibarat mak nenek.

" Kakak nama apa? "

Tegur Tasya Qarirah mesra. Lufya Arien mengelap air matanya lalu menghadap Tasya Qarirah.

" Lufya Arien, panggil Fya. Adik? "

" Tasya Qarirah, panggil Sya. Kak Fya nangis ke? "

Tasya Qarirah menghulurkan tisu. Lufya Arien menyambut nya dengan senyuman.

" Abang buat Kak Fya menangis ke? Euw! Tak gentleman nya. Tahulah Abang Bos, tapi jahatnya Abang."

Mikel Akasyah hanya mendiamkan dirinya sahaja.

" Kak Fya dah makan? Jom sekali, Bos Kakak belanja sebab dia buat Kak Fya menangis. Jom? "

Ajakan Tasya Qarirah. Lufya Arien tidak tahu mahu beri jawapan apa. Dia memandang Mikel Akasyah.

" Kakak tak yah tanya Abang. Abang! Jom, pergi makan. Sya lapar."

Kata Tasya Qarirah. Mikel Akasyah hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja. Tersenyum lebar Lufya Arien dibuatnya apabila dia berbual-bual dengan Tasya Qarirah.






💣💣💣



Mereka bertiga sedang menunggu pesanan mereka sampai. Lufya Arien dan Tasya Qarirah masih lagi rancak berbual-bual manakala Mikel Akasyah hanya mendengar sahaja perbualan mereka dan adakalanya menyampuk.

Mikel Akasyah meminta diri untuk pergi ke tandas. Dan ketika itulah, makanan sudah sampai. Seperti biasa, wanita. Sudah tentu akan mengambil gambar sebelum makan. Lufya Arien memandang sekeliling sebelum menanyakan soalan kepada Tasya Qarirah.

" Abang Sya tu, dah ada awek ke? "

Tersedak Tasya Qarirah dibuatnya lalu dia tergelak.

" Kakak buat lawak ke? Abang tu mana ada awek? Dia bagitahu Kak Fya yang dia ada awek ke? Jangan percaya."

" Kenapa? "

Makin pelik pula Lufya Arien dibuatnya.

" Dia tu mana nak kahwin. Abang kata, dia akan kahwin dengan pilihan Sya. Kak Fya suka Abang ke?"

Lufya Arien mengangguk kecil sambil tersenyum kecil. Tasya Qarirah memandangnya dengan senyuman.

" Tapi dia kata, nak ambil awek dan tak nak bagi awek dia kepanasan tu, maksudnya Sya ke orangnya? "

Tasya Qarirah mengangguk. Mereka berdua mengunci kan mulut bila Mikel Akasyah sudah selesai. Mereka bertiga menjamu selera dengan penuh gelak ketawa disebabkan gelagat Tasya Qarirah.







To be continued...



MRS S.U.DWhere stories live. Discover now