Bab 15

5K 118 3
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Syed Umar Darwisy tersenyum manis apabila adik lelaki nya, Syed Uzma Daffa menghantar gambar Umi nya, Puan Hajah Dahlia sedang menyarungkan cincin di jari manis Tengku Aisy Aralyn. Dia tersenyum senang. Akhirnya, kebahagiaan yang dicari telah muncul.

Syed Umar Darwisy menghentikan lamunan nya dengan panggilan daripada Setiausahanya. Dia lantas bergerak ke bilik mesyuarat di mana dia harus berjumpa Dato' Khalid. Lelaki yang Mikel terlepas untuk berjumpa.

Kini, Syed Umar Darwisy telah menjadi C.E.O Syed Empire's kembali. Manakala, Mikel menjadi Pengarah Executive. Pada awalnya, Syed Umar Darwisy menawarkan Mikel jawatan Naib Pengerusi tetapi ditolak kerana Mikel lebih selesa bekerja di bahagian yang dia minat.

Hakim, Ketua Setiausaha di syarikat itu telah menjadi Setiausaha Syed Umar Darwisy dan dibantu oleh 2 orang setiausaha yang lain. Manakala, Lufya Arien masih lagi menjadi setiausaha Mikel dan dibantu oleh seorang setiausaha lain.

💣💣💣

" Assalamualaikum."

Syed Umar Darwisy tersenyum lebar. Alahai rindunya.

" Waalaikumussalam. Sayang."

Jawab Syed Umar Darwisy dengan lembut.

" Kenapa awak telefon?"

" Rindu."

Tengku Aisy Aralyn pula yang tersenyum sendiri.

" Terima kasih."

" Untuk?"

Syed Umar Darwisy mengerutkan dahinya. Tetiba pula.

" Sebab sudi nak halalkan saya."

" Sama-sama sayang. Awak?"

" Ya?"

" I love you."

Tengku Aisy Aralyn memegang dadanya. Berdebar-debar jantungnya. Dia yang terkelu itu hanya mendiamkan dirinya. Tapi di sebelah sini, Syed Umar Darwisy hanya tersengih. Dia tahu, bukan mudah Tengku Aisy Aralyn mahu balas. Tak mengapa, perlahan-lahan.

" Esok awak ada masa, jom keluar?"

" Esok saya ada Extraclass, sampai pukul 3 petang. Lepastu saya free."

Syed Umar Darwisy memusingkan kerusinya. Dia fikir sejenak, esok pukul 3 dia ada temujanji dengan klien yang datang dari Singapura. Dia memikirkannya dengan cukup lama sampaikan Tengku Aisy Aralyn pelik.

" Awak? Kita keluar hari lain sahajalah. Awak mesti busy kan esok."

" Kejap eh."

Syed Umar Darwisy menekan telekom di sisi meja kerjanya itu. Hakim muncul.

" Esok klien dari Singapura tu jadi datang ke?"

Syed Umar Darwisy menunggu jawapan Hakim dengan perasaan yang cemas. Tolonglah jangan datang.

" PA dia baru telefon, tak jadi Tuan sebab dia ada masalah keluarga."

Hakim memandang Syed Umar Darwisy dengan pandangan yang aneh. Dah kenapa Bos besarnya itu tersengih-sengih. Tanpa buang masa, Hakim meminta diri untuk keluar.

" Awak!"

Jeritan Syed Umar Darwisy membuatkan Tengku Aisy Aralyn terkejut.

" Esok kita dating eh? Saya tunggu awak habis kelas."

" Awak tak busy ke esok?"

Pertanyaan Tengku Aisy Aralyn membuatkan wajah Syed Umar Darwisy menjadi cemberut.

" Macam tak sudi je nak keluar esok. Kalau tak sudi tak apalah. Saya faham, baru tunang kan."

Kata-kata Syed Umar Darwisy membuatkan Tengku Aisy Aralyn rasa serba-salah. Merajuk lah tu.

" Awak, bukan tu maksud saya. Saya takut esok awak busy. Nanti saya dah siap, tetiba awak kata tak boleh. Buat penat saya je. Awak marah ke?"

Tengku Aisy Aralyn cuba memujuknya. Hailah, ni baru tunang. Dah kuat merajuk, kalau kahwin nanti?

" Saya memang ada masa. Cuma orang tu yang tak sudi. Tak apalah, esok saya keluar sendiri saja. Iyalah, hidup baru bertunang. Bukan kahwin pun."

Tengku Aisy Aralyn memejamkan matanya. Ngada-ngada betullah tunang nya itu. Mereka bertunang baru 2 minggu. Sudah ada satu masalah muncul. Nasib baik, Tengku Aryan Zahin meminta tali pertunangan ini diikat selama 2 bulan kerana lepas itu, dia cuti sem.

Adalah masa untuk dia membuat persiapan perkahwinan nya. Walaupun kebanyakan nya perancang perkahwinan yang uruskan, tapi dia juga mahu masuk campur kerana itu adalah perkahwinannya.

" Mana ada, saya sudi. Esok kita keluar eh? Awak janganlah merajuk. Saya tak ada niat pun. Saya cuma bertanya."

" Tengoklah macam mana, sudahlah. Saya ada kerja ni. Bye, Assalamualaikum."

Tanpa menunggu jawapan Tengku Aisy Aralyn, Syed Umar Darwisy menamatkan panggilan mereka. Dia memejamkan matanya. Secara tetiba, dia mengetuk-ngetuk dahinya.

" Eeee, kau ni Syed Umar Darwisy! Kenapa kau gedik sangat! Eh! Biarlah, tu bakal bini aku."

Syed Umar Darwisy mengumam sendiri. Terkejut dia saat, dia memusingkan kerusinya. Tengku Aryan Zahin memandang nya pelik.

" Gediknya kau. Tak macam Syed Umar Darwisy yang aku kenal dulu. Mengada."

Ujar Tengku Aryan Zahin sambil duduk di hadapan Syed Umar Darwisy. Syed Umar Darwisy hanya menjelirkan lidahnya.

" Biarlah, tu bakal bini aku. Kau pula sibuk."

Ujar Syed Umar Darwisy. Tengku Aryan Zahin memandang nya meluat. Kalau tu bakal bini kau, tu adik aku.

' Hailah adik, nasiblah kau dapat laki gedik. Siapa suruh goda dia ni dulu.'




To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now