Bab 39

2.5K 84 7
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who Is He 🔱

Dengan penuh tergesa-gesa, Syed Umar Darwisy berlari menuju ke arah Tengku Aish Aralyn yang sedang terbaring lemah sambil memejamkan matanya. Dia tidak menghiraukan sekelilingnya baik doktor atau kenalan nya yang berada disitu. Dia mengusap lembut kepala Tengku Aish Aralyn dengan menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya sedang digenggam erat hingga menimbulkan urat-urat di lengannya.

Kiran menyuruh mereka semua keluar untuk beri peluang pesakit rehat tetapi Tengku Aryan Zahin tidak berganjak dari tempatnya kerana ada suatu perkara dia perlu beritahu adik ipar merangkap rakannya. Tinggal lah mereka bertiga disitu. Tengku Aryan Zahin mengeluh kecil, keadaan Tengku Aish Aralyn sememangnya lemah.

" We need discuss about this. "

Syed Umar Darwisy masing memandang wajah isterinya. Dia hanya memasang telinga untuk mendengar.

" Aku terserempak dengan dia tengahari tadi dekat lobi, lelaki yang kita cari selama ni. Aku rasa dia punca semua ni terjadi sebab selama ni kita masing-masing berdendam. "

" Kau memang bangsat. "

Kata-kata Syed Umar Darwisy secara tiba-tiba membuat Tengku Aryan Zahin pelik.

" Seronok tengok aku dengan Ian macam orang gila cari kau? Bersembunyi lah sampai bila-bila, sebab apa? Sebab tu memang cara kau. Cara pengecut! Yang suka serang hendap, ingat kau nampak hebatlah tu? Kesian! Nampak bodoh! Kau kena ingat, sehelai lagi rambut isteri aku kau sentuh! Aku akan pastikan kau tak akan terlepas! Well! Aku belum puas kerat jari kau sebab kau ada baki 9 jari. "

Syed Umar Darwisy menundukkan badannya untuk mencapai sesuatu bawah katil Tengku Aish Aralyn. Dia tersengih sinis.

" Taktik lapuk! "

Perakam itu dipijak-pijak sehingga pecah. Syed Umar Darwisy kembali mengusap kepala isterinya, adakalanya dia mencium ubun-ubun kepala itu. Tersenyum manis dia di saat tangannya mengusap perut Tengku Aish Aralyn yang semakin membesar. Wajahnya didekatkan di perut Tengku Aish Aralyn, dia melakukan cara seakan berbisik.

' Baba will protect you and Umi, no one can hurt you sayang. Also you need protect Umi cause you are our future. Without you, we cannot being to strong like this. Baba need to go, sleep well with Umi okay? I love you. '

Wajahnya didekatkan ke telinga Tengku Aish Aralyn.

' I love you Sayang. Jaga diri. '

Satu ciuman hinggap di bibir Tengku Aish Aralyn sebelum dia berlalu pergi. Dia dan Tengku Aryan Zahin terus melangkah keluar dari bilik wad tersebut.

Di luar bilik wad Tengku Aish Aralyn terdapat 3 orang suruhan Syed Umar Darwisy sedang berjaga.

Kali ini, Syed Umar Darwisy ingin bersemuka secara matang atau mungkin sedikit kurang matang? Dia sedang berbincang dengan mereka-mereka yang sentiasa berada dibelakang, tepi, atas atau bawah. Adakalanya mereka betul-betul merancang perkara yang tidak masuk akal. Tetapi perkara yang tidak masuk akal itulah perkara yang paling menyeronokkan.

Selesai berbincang, Syed Umar Darwisy tidak berganjak untuk pulang ke hospital kerana badannya yang berbau rokok. Bahaya untuk kesihatan Tengku Aish Aralyn dan anak mereka. Mereka masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Syed Umar Darwisy sedang menilik laporan untuk syarikat yang sudah sekian lama dia tidak campur tangan. Dia hanya menyerahkan urusan pejabat kepada Mikael, kesian lelaki itu. Raja Ani Irfan pula sedang Video Call dengan kekasih hatinya. Sempat pula dia.

Tengku Faliq Carl sedang bermain kad dengan rakan sekerja nya, sudah lama dia tidak mengasah bakat yang mampu membuatkan dia kaya dengan cepat. Manakala Tengku Aryan Zahin sedang menilik CCTV yang Raja Aniq Irfan curi dari hospital. Dia ingin melihat pergerakan lelaki itu. Dia berehat sebentar, dia memandang rakan-rakannya itu.

Seburuk mana pun mereka, mereka sentiasa ada ketika masing-masing memerlukan. Inilah yang dikatakan sahabat dunia akhirat. Matanya memandang Syed Umar Darwisy, dia tersengih kecil.

' He's back. '



To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now