Bab 34

2.6K 85 4
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who is He 🔱

Tengku Aryan Zahin mengetuk pintu sebelum menolak pintu bilik wad itu. Dia memasukinya lalu pintu bilik wad ditutup. Dia meletakkan bungkusan yang dia bawa di atas meja bersebelahan katil, dia berasa sesuatu tidak kena dan baru dia sedar yang hanya dia seorang sahaja berada di dalam bilik itu.

Dia tercari-cari di mana adiknya. Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu nombor telefon Tengku Aisy Aralyn di dail.

" Assalamualaikum. "

" ...... "

" Ara dekat mana? Abang dah sampai ni. "

" ...... "

" Oh okay, hati-hati. "

" ...... "

" Tak apa, Abang tunggu. Bye Assalamualaikum. "

Telefon bimbitnya disimpan kembali ke dalam poket. Dia mengemaskan barang-barang yang dia bawa. Mahu memudahkan kerja Tengku Aisy Aralyn. Dia menyusun satu demi satu. Pakaian Tengku Aisy Aralyn diletakkan di dalam almari yang terdapat di situ.

Makanan yang dibungkus oleh Puan Hajah Dahlia di susun. Sebelum gerak pergi ke hospital, sempat dia pergi rumah Puan Hajah Dahlia kerana wanita itu mahu bungkusan Tengku Aisy Aralyn makanan. Takut gadis itu tidak ada selera atau kudrat untuk membeli makanan di cafeteria.

Dia mengerling ke belakang apabila dia merasakan pintu wad dibuka. Wajahnya yang tersenyum manis kerana menyangka adiknya sudah sampai terus berubah kelat apabila wajah yang dia benci muncul. Dia kembali memalingkan badannya kembali.

" Mana pesakit? "

" Dia keluar kejap. "

Katanya tanpa menghadap orang yang bertanya itu.

" You? "

Dia tidak menjawab.

" Ian. "

Masih lagi tidak menjawab.

" I rindukan You. "

Lemah suara itu apabila melafazkan kalimah itu. Tengku Aryan Zahin tersengih sinis. Dia memalingkan badannya menghadap orang itu. Tangannya di silang kan.

" Rindu? Pergi mampus dengan kau punya rindu. "

" You. "

" Kau sendiri yang cakap kita ni berlainan agama, jadi kita tak layak untuk diri masing-masing. Tapi kau jangan ingat yang aku tak tahu, kau tinggalkan aku semata-mata mamat sepet tu kan? Well! Kononnya sama agama. Kan Cik Kiran! "

Sinis sekali Tengku Aryan Zahin berkata. Kiran atau nama penuh Lee Kiran, gadis berbangsa Cina Amerika.

Kata-kata mereka terpotong apabila pintu wad dibuka, terpancar wajah Tengku Aisy Aralyn dan Syed Umar Darwisy.

" Eh Doktor. "

Syed Umar Darwisy mendongakkan kepala memandang isterinya itu lalu dia memandang Kiran dan Tengku Aryan Zahin saling berganti.

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now