Bab 18

4.4K 101 1
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Syed Ukail Dhawi mendekati Syed Umar Darwisy yang sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah itu. Dia melabuhkan punggung nya. Syed Umar Darwisy yang merasakan sesuatu yang tidak kena itu mengerling ke arah adiknya itu. Syed Umar Darwisy mengeluh kecil.

" Kau nak apa."

Terus Syed Ukail Dhawi duduk menghadap ke arah Syed Umar Darwisy. Dia tersengih kecil.

" Awi nak beli kereta."

Syed Umar Darwisy terkejut. Sudah kenapa dengan adiknya itu.

" Untuk?"

" Senanglah Awi nak pergi mana-mana. Asyik nak pinjam kereta Along saja, kan senang kalau Awi ada kereta sendiri?"

Syed Umar Darwisy memandang Syed Ukail Dhawi dengan pandangan tajam. Dia merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi.

" Pakai sajalah, kau bukan duduk sini lama pun. Nanti kau balik UK, siapa nak guna kereta tu."

Kata Syed Umar Darwisy lalu ingin beredar tetapi kata-kata Syed Ukail Dhawi membuatkan perjalanannya terbantut.

" Awi tak nak balik sana."

" What's!"

" Why I should go there?"

Syed Ukail Dhawi kini ingin menyuarakan perasaan nya.

" Awi dah berhenti. Awi dah tak buat benda tu semua. Along, percayalah. Kalau Along tak percaya, Along pergilah suruh orang siasat apa yang Awi buat dekat sana. Awi nak duduk dekat sini sebab rindu dengan semua orang. Dekat sana Awi sunyi, tak ada siapa-siapa."

Syed Ukail Dhawi menundukkan kepalanya. Dia berharap sangat agar Syed Umar Darwisy membenarkannya dia untuk tinggal di sini bersama mereka.

" Habis pelajaran kau?"

" Awi dah cakap dekat pihak pengurusan yang Awi nak pindah. Diaorang cakap, Awi dapat masuk Universiti tu. Awi mohon dekat Universiti yang terbaik dekat sini."

Syed Umar Darwisy mencekak pinggangnya. Dia memandang Syed Ukail Dhawi dihadapannya itu.

" Along, kali ni saja. Bagi Awi peluang, Awi akan tunjukkan dekat Along yang Awi dah berubah. Ya?"

" I give you last chance. You need to appreciate that."

Kata Syed Umar Darwisy lalu beredar. Syed Ukail Dhawi kini tersenyum lebar. Akhirnya, dia dapat menetap di sini bersama keluarga nya.


💣💣💣

Syed Umar Darwisy dan Tengku Aryan Zahin sedang menunggu Puan Hajah Dahlia dan Tengku Aisy Aralyn memilih pakaian untuk majlis akad nikah dan sanding. Mereka berdua kini sedang dilanda kebosanan, mana mahunya. Sudah sejam mereka berada di butik pengantin itu.

Atas kata sepakat kedua keluarga, mereka ingin membuat majlis serentak antara kedua belah pihak bagi memudahkan kerja. Majlis mereka akan berlangsung lagi 6 minggu dari sekarang. Semua persiapan dari dewan, kad undangan, makanan, pelamin kesemuanya sudah siap. Cuma kini hanya baju.

Tema baju sedondon tetap dilaksanakan, dengan itu. Syed Umar Darwisy terpaksa menanggung perbelanjaan baju bagi sanak-saudara yang terlibat. Begitu juga dengan Tengku Aryan Zahin bagi pihak keluarga nya. Mereka tersenyum lega apabila Puan Hajah Dahlia dan Tengku Aisy Aralyn sudah selesai dengan pemilihan baju.

Bagi Syed Umar Darwisy, dia ikut sahaja kerana baju lelaki sememangnya sama sahaja kalau nak dibandingkan dengan baju pengantin perempuan. Nak design itu lah inilah, macam-macam. Mereka berempat keluar makan bersama. Selesai makan, Tengku Aryan Zahin menghantar Puan Hajah Dahlia pulang kerana Syed Umar Darwisy ingin berdating dengan kekasih hatinya itu.

💣💣💣

" Awak, saya cakap ni. Jangan marah tau."

Tengku Aisy Aralyn berkata lembut. Kini mereka dipersisiran pantai. Saja, dating dekat situ. Syed Umar Darwisy memandang tunangnya itu dengan pandangan pelik.

" Lagi sebulan lebihkan kita nak nikah. Apa kata, dalam masa tu. Erm, kita tak perlu jumpa?"

Terkejut bukan naik kepalang dibuatnya Syed Umar Darwisy.

" But why?"

" Saja. Nak tambah rindu? Saya dah cakap dekat Umi, Umi pun setuju."

Syed Umar Darwisy terus membuat muka sedihnya. Sampai hati Uminya kerana sanggup setuju dengan rancangan yang tidak masuk akal ini.

" Bukan apa, nak naikkan seri pengantin. Bolehkan awak?"

" Ajaran karut mana pulalah awak ikut ni."

Kata Syed Umar Darwisy dengan bengang. Naikkan serilah apalah. Merepek!

" Awak! Bukan macam tu lah. Awak pun tahukan, dugaan bertunang ni macam-macam yang boleh terjadi. Sebab tu, saya nak kita tak perlu berjumpa. Bukan lama pun, sebulan lebih saja. Tau?"

" Habistu, ni kali terakhir lah kita jumpa?"

Tengku Aisy Aralyn mengangguk kan kepalanya. Syed Umar Darwisy mengeluh kecil.

" Dan, kita tak boleh bermesej-mesej. Jadi maksudnya, kita memang kena berjauhan."

Makin bengang pula Syed Umar Darwisy dibuatnya. Kenapa perlu wujudnya benda yang merepek ni. Mereka berdua berjalan-jalan bersama-sama hingga waktu malam. Syed Umar Darwisy menunjukkan muka kasihan nya kepada Tengku Aisy Aralyn untuk membatalkan perancangan yang mengarut itu.

Tapi malangnya, tidak dilayan oleh Tengku Aisy Aralyn. Syed Umar Darwisy pulang dengan rasa kecewa. Dia dengan tidak puas hati itu terus menyerang Umi nya tapi apa yang dia dapat hanyalah pukulan di kepalanya. Makin bengang lah jadinya.






To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now