Bab 16

4.5K 120 0
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Syed Umar Darwisy menilik jam tangannya. Hampir pukul 3. Dia ambil keputusan untuk tidak meneruskan perbuatan rajuknya dan segera menjemput tunangnya itu. Sambil-sambil sedang menunggu, dia membelek-belek telefon bimbitnya. Syed Umar Darwisy memuncungkan bibirnya lalu mengeluh.

" Kata pukul 3. Ni dah pukul 3.02 dah ni. Lambatnya!"

Keluh Syed Umar Darwisy. Dia yang berasa bosan itu akhirnya tersenyum lebar. Dia menilik wajahnya terlebih dahulu lalu keluar dari perut kereta. Syed Umar Darwisy melambai-lambai ke arah tunangnya itu takut tidak nampak.

Wajah yang manis tadi bertukar kelat apabila Tengku Aisy Aralyn berbual dengan seorang lelaki. Walaupun tidak berduaan, tapi ianya cukup membuatkan Syed Umar Darwisy cemburu. Makin cemberut wajah Syed Umar Darwisy apabila bergelak ketawa.

Syed Umar Darwisy hanya memerhati dari jauh. Panas hatinya. Nak sahaja dia sergah mereka tetapi di sabarkan hatinya. Nasib menyebelahi Syed Umar Darwisy apabila rakan Tengku Aisy Aralyn menyedari kelibatannya. Terus sahaja Tengku Aisy Aralyn meminta diri. Syed Umar Darwisy dengan hati yang panas masuk kembali ke dalam kereta setelah tunangnya itu menyedari kelibatannya.

Tengku Aisy Aralyn memasuki perut kereta dengan berhati-hati. Setelah dia duduk, terus sahaja memberi salam. Tetapi Syed Umar Darwisy menyambut dengan nada yang kasar. Baru sahaja Tengku Aisy Aralyn berkata, kereta Syed Umar Darwisy telah menyelusuri jalan raya. Maka mereka hanya mendiamkan diri.

💣💣💣

Tengku Aisy Aralyn memandang wajah Syed Umar Darwisy yang sedang duduk dihadapannya itu. Mereka sekarang sedang berada di sebuah restoran berasaskan makanan Perancis. Selesai sahaja Syed Umar Darwisy memesan makanan mereka, keadaan kembali senyap.

" Awak."

Panggil Tengku Aisy Aralyn apabila dia merasakan keadaan mereka sangat tegang. Syed Umar Darwisy memandangnya.

" Kenapa diam. Awak marahkan saya lagi ke?"

" Siapa lelaki tu."

Syed Umar Darwisy terus berkata straight to the point.

" Lelaki mana?"

" Lelaki mana? Apa punya jawapan ni, banyak sangat ke lelaki yang kau layan."

Terkedu seribu bahasa Tengku Aisy Aralyn dibuatnya.

" Awak, bukan macam tu. Maksud saya, yang mana sat... Eh, bukan. Maksudnya siapa... Eh, saya tak tahu nak cakap macam mana."

Tengku Aisy Aralyn menundukkan kepalanya sambil mengeluh kecil.

" Waktu balik."

" Dia lecturer saya lah. Dia ucap terima kasih sebab tolong dia tadi. Awak ingat siapa. Awak ingat saya tak tahu jaga title sebagai tunang orang ke? Awak curiga dengan saya ke?"

Kali ini Tengku Aisy Aralyn pula yang bengang. Dan Syed Umar Darwisy pula yang terkedu. Tapi wajahnya masih kelat.

" Aku tak suka kau rapat-rapat dengan lelaki lain."

" Awak cemburu ke?"

Tengku Aisy Aralyn menduga Syed Umar Darwisy.

" Ya, aku cemburu dan tu hak aku nak cemburu dan marah. Kau tunang aku dan aku tak suka ada lelaki yang cuba nak rapat dengan kau. Dan tolong, kalau nak berbual pun. Jangan sampai aku nampak."

" Terima kasih."

Tengku Aisy Aralyn berkata sambil tersenyum lebar. Syed Umar Darwisy pula hanya berkerut dahi. Punyalah diri ni tengah marah, boleh ucap terima kasih. Suka ke kena marah.

" Jadi maksudnya awak betul-betul suka dekat saya lah kan. Sebab tu awak cemburu."

Syed Umar Darwisy memandang Tengku Aisy Aralyn dengan perasaan yang tidak sangka.

" Jadi kau ingat, selama ni aku main-main ke?"

" Bukan, cuma saya takut awak suka saya sebab badan saya. Ramai yang cuba ngorat saya sebab tu, jadi saya takut. Bila awak dah dapat, awak tinggalkan. Tapi saya percaya kan awak sebab saya tahu, awak baik. Kan?"

Wtf!

Syed Umar Darwisy mengetapkan bibirnya. Hatinya sekarang ni memang betul-betul panas. Berani jantan-jantan keparat itu cuba ngorat bini aku.

Ya, Tengku Aisy Aralyn sememangnya mempunyai tubuh badan yang sangat cantik. Badan nya menjadi idaman setiap wanita, begitu juga dengan rupa parasnya. Dia yang sekarang ini menutup auratnya dengan sempurna sudah berjaya menarik perhatian orang ramai apatahlagi jika dia tidak menutupi nya.

" Saya suka dan cintakan awak dengan seikhlas hati. Bukan sebab tubuh badan awak. Tapi sikap awak yang berjaya tarik hati saya sampai saya terpaut. Jadi saya nak tanya awak, awak sudi dan ikhlas tak, nak sehidup semati dengan saya?"

Nada yang digunakan Syed Umar Darwisy kembali normal. Dia memandang Tengku Aisy Aralyn dengan penuh harapan.

" Saya sudi."

Akhirnya mereka berdua tersenyum lebar. Mereka berhenti berkata apabila pelayan datang untuk menghidangkan makanan.
Lama betul nak sampai 😅.

Syed Umar Darwisy memandang Tengku Aisy Aralyn yang sedang menikmati makanan itu. Dia makin tersenyum lebar apabila teringat kan bahawa Tengku Aisy Aralyn menerima nya dengan hati yang ikhlas. Bukan kerana paksaan. Bukan dia tak tahu yang selama ini, Tengku Aisy Aralyn sukar untuk menerimanya.

Selesai makan, Syed Umar Darwisy terus menghantar Tengku Aisy Aralyn pulang.


To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now