Bab 17

4.2K 94 0
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Tengku Aisy Aralyn menghembuskan nafas resahnya. Kini dia berada di hadapan rumah bakal mak mertuanya. Dia memandang ke arah Abang nya iaitu Tengku Aryan Zahin. Salam diberi. Beberapa minit kemudian, baru penghuni rumah itu menyahut.

" Encik cari siapa?"

Kata lelaki yang seakan berumur pertengahan 20-an.

" Umi ada?"

Kata Tengku Aryan Zahin. Lantas lelaki itu memanggil Puan Hajah Dahlia.

Terpancar senyuman manis di wajah mereka berdua disaat wajah Puan Hajah Dahlia muncul.

" Eh! Ya Allah! Ian dengan Ara rupanya. Mari masuk sayang, panas dekat luar tu."

Mereka berdua memeluk erat tubuh Puan Hajah Dahlia. Puan Hajah Dahlia ialah ibu susuan untuk Tengku Aryan Zahin. Sebab itu, mereka akrab. Manakala Tengku Aisy Aralyn bukan.

💣💣💣

Tengku Aryan Zahin mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut kerana menghidangkan mereka minuman dan makanan yang ringan. Lelaki itu hanya tersenyum kecil. Baru ingin beredar, Puan Hajah Dahlia telah memanggil nya semula.

" Ian, Ara. Kenalkan, ini anak Umi yang kedua. Syed Ukail Dhawi. Awi, ni Abang Ian dengan Adiknya. Bakal kakak ipar kamu, Ara."

Tengku Aryan Zahin berjabat tangan dengan Syed Ukail Dhawi sambil tersenyum. Syed Ukail Dhawi tidak hadir ketika majlis pertunangan Abangnya. Sebab itu, dia tidak kenal mereka berdua.

Syed Ukail Dhawi yang berasa tidak selesa itu meminta diri untuk beredar. Sempat juga Syed Ukail Dhawi memandang Tengku Aisy Aralyn tetapi senyuman Tengku Aisy Aralyn dibalas dengan jelingan tajam Syed Ukail Dhawi. Tersentap dibuat nya Tengku Aisy Aralyn.

" Maaf ya Ara, Awi tu memang macam tu sikit."

" Tak mengapa Umi."

Tengku Aisy Aralyn memandang laluan Syed Ukail Dhawi sebentar tadi. Dia mengeluh.

' Kenapa aku perlu ada kaitan dengan dia.'

💣💣💣

Syed Ukail Dhawi berjalan menuju ke arah tempat yang rakannya sedang menunggu. Sempat dia mengerling ke arah rakan-rakannya yang sedang berbual itu. Nasib malangnya tetiba muncul apabila dia dilanggar oleh seorang gadis dan makin malang apabila jaketnya terkena ais krim milik gadis itu.

" What the fuck! Hello? Are you blind dude?"

" Oh no! I'm so sorry Sir."

Rata-rata pelanggan disitu memandang agenda yang terjadi sehingga rakan-rakan Syed Ukail Dhawi mendekati nya.

" Bro, nice jacket. It's look so creamy."

Kata rakannya itu sambil tersengih.

" Mata kau letak mana hah perempuan? Buang lah kalau tak reti nak guna."

" Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Encik bagi jaket Encik dekat saya, saya hantar dobi?"

Syed Ukail Dhawi tersengih sindir.

" Ni trick kau nak ngorat aku ke?  Oh, mula-mula nak basuhkan jaket, lepastu minta nombor?"

" Eh, mana ada. Kalau Encik tak nak, saya boleh bagi duit untuk Encik hantar dobi?"

Syed Ukail Dhawi mendekatkan diri nya dengan gadis itu.

" You think I'm a poor person? Give me your number phone. I want another things for accept your apologize."

Telefon Syed Ukail Dhawi diserahkan kepada gadis itu lalu gadis itu menaip nombor nya. Dia mengeluh kecil, mahu tak mahu dia tetap kena beri sebab kecuaiannya menyebabkan bencana. Memang patut dia ganti rugi kerana ais krim gadis itu telah terkena jaket Syed Ukail Dhawi bukan sikit, tetapi sampai ais krim itu hancur.

" What's your name?"

" Tasya Qarirah."

Syed Ukail Dhawi menaip nama itu lalu telefon nya disimpan di poket seluar. Jaket yang terkena ais krim itu ditanggalkan.

" Remember my name. Dhawi. I will call you anytime I want. So you need to prepare."

Kata Syed Ukail Dhawi lalu beredar. Tasya Qarirah memandang sahaja lelaki itu beredar.

" Sya!"

Tasya Qarirah memandang kebelakangan. Dia tersenyum kecil.

" Sya okay? Kenapa ais krim Sya jadi macam ni? "

" Sya okay. Sya cuai, Sya terlanggar orang tu tadi."

Figura itu menghembuskan nafas lega. Lantas dia mengeluarkan sapu tangan.

" Abang, jomlah cepat. Nanti kita terlepas. Tapi Sya nak pergi tandas dulu. Nak cuci."

Lelaki itu terus menghantar Tasya Qarirah dengan pandangan mata kerana tandas perempuan hanya beberapa langkah dari situ.

Sedang lelaki itu membalas pesanan ringkas, dia telah ditegur oleh rakannya. Mereka berbual ringkas dan lelaki itu meminta diri kerana melihat Tasya Qarirah sedang menuju ke arah nya.

" Tak apalah Mikel. Kirim salam dekat Darwisy."

Kata rakannya itu lalu beredar. Mikel Akasyah dan Tasya Qarirah pula terus menuju ke arah tujuan mereka.











To be continued...


MRS S.U.DWhere stories live. Discover now