Bab 36

2.6K 79 2
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who Is He 🔱

" Masuk. "

Syed Umar Darwisy menghentikan pekerjaannya sebentar kerana ada ketukan di pintu yang menandakan ada yang ingin berjumpa dengannya. Wajah Mikel Akasyah kelihatan.

Mikel Akasyah menghulurkan satu fail untuk Syed Umar Darwisy tanda tangan. Setelah itu, dia memulangkannya kembali. Mikel Akasyah menyambut huluran lalu dia bergerak ke arah pintu. Disaat dia ingin memulas tombol pintu, dia terhenti seketika. Dia kembali mendekati Syed Umar Darwisy yang sedang tekun membuat kerjanya.

" Kau nak apa lagi? "

Kata Syed Umar Darwisy tanpa memandang wajah Mikel Akasyah. Dia masih lagi tekun menyelak helaian kertas kerja.

" Dia yang buat. "

Mikel Akasyah menghembuskan nafasnya. Kata-kata Mikel Akasyah akhirnya membuatkan Syed Umar Darwisy terhenti.

" Mana kau tahu? "

Soal Syed Umar Darwisy. Mikel Akasyah mengambil tempat di hadapannya.

" Ada saksi yang nampak, tapi dia tak buka mulut sebab dia dah kena bayar. But, our boys never make us disappointed with their jobs. "

Mikel Akasyah dan Syed Umar Darwisy memandang suara yang muncul secara tiba-tiba itu. Syed Umar Darwisy tersengih sinis, dia menyandarkan badannya.

" Apa khabar, sihat? "

" Alhamdulillah, macam apa yang kau nampak. "

Syed Umar Darwisy dan Mikel Akasyah menyambut huluran salam itu.

" Mana kau sekarang? Lama tak nampak? Masuk jail lagi ke Tengku Faliq Carl? "

Mereka bertiga tersengih. Tengku Faliq Carl duduk di sebelah Mikel Akasyah. Selain daripada Tengku Aryan Zahin, Tengku Faliq Carl juga adalah rakan karib Syed Umar Darwisy. Dia juga adalah saudara Tengku Aryan Zahin.

" Aku dah insaf. "

Tengku Faliq Carl tersengih kecil selepas dia mengungkapkan perkataan itu.

" Nampaknya dia masih berdendam dengan kau. "

" Aku pun tak tahu apa masalah dia. Sepatutnya aku yang berdendam, tapi dia yang melebih. "

Mikel Akasyah menghulurkan telefon bimbitnya kepada Syed Umar Darwisy.

" Baru-baru ni, dia cuba intip isteri Bos. Tapi saya dah suruh orang untuk jaga Puan. "

" Perhatikan bini aku elok-elok. Jangan bagi dia sentuh bini aku. "

Mikel Akasyah mengangguk. Dia meminta diri untuk biarkan Syed Umar Darwisy dan Tengku Faliq Carl berbual. Dia juga ada kerja yang perlu dibuat.



💣💣💣

" Assalamu'alaikum. "

Syed Umar Darwisy memberi salam sambil membuka kasutnya lalu disusun di atas rak. Dia mengerutkan dahinya apabila Tengku Aisy Aralyn tidak menyambutnya. Dia lantas bergerak pergi ke dapur.

Tiada.

Bilik tidur? Tiada.

Bilik air? Tiada.

Beranda? Tiada.

Aneh, tidak pernah Tengku Aisy Aralyn keluar tanpa meminta izinnya. Dia mengecilkan matanya apabila terlihat suatu benda yang asing.

" Ya Allah, Sayang! "

Syed Umar Darwisy lantas turun dan pergi mendapatkan Tengku Aisy Aralyn. Terlihat Tengku Aisy Aralyn terbaring di laman belakang.

" Sayang! Bangun! "

Pipi Tengku Aisy Aralyn ditepuk perlahan. Wajah pucat Tengku Aisy Aralyn menambahkan kerisauannya. Tanpa berlengah lagi, Syed Umar Darwisy terus mengangkat tubuh Tengku Aisy Aralyn lalu berlari untuk pergi ke hospital.

" Eh, kenapa ni? "

Terkejut Tengku Aryan Zahin apabila melihat adiknya sedemikian. Balik-balik sahaja sudah melihat perkara yang tidak diingini.

" Kau tolong ambilkan beg dia. Kita jumpa dekat hospital. "

Kereta Syed Umar Darwisy terus meluncur laju. Tengku Aryan Zahin berjalan menuju ke halaman belakang, dia melihat sekelilingnya untuk memastikan sesuatu. Sudah selesai, dia terus masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang-barang keperluan milik Tengku Aisy Aralyn.

💣💣💣

Syed Umar Darwisy masih lagi setia menunggu isterinya yang sedang dirawat. Dia mendongak memandang figura yang menepuk bahunya. Dia kembali menekur ke lantai.

" Aku dah daftarkan. "

" Aku akan bunuh dia. "

Tengku Aryan Zahin terus memandang Syed Umar Darwisy.

" Sabar Brader. Kita tak tahu siapa yang buat. "

Tengku Aryan Zahin masih lagi bertenang. Dia yakin punca utama Tengku Aisy Aralyn pengsan kerana ada berlaku pergelutan.

" Keluarga Tengku Aisy Aralyn? "

Mereka berdua terus bangkit dari duduknya. Tengku Aryan Zahin terus mengelatkan mukanya.

" Puan Aisy Aralyn sudah melepasi tahap kritikal, kini dia stabil. Cuma buat masa ini kami bagi dia ubat tidur dan sedikit vitamin untuk kandungannya. Kami akan tahan dia untuk beberapa hari. "

Syed Umar Darwisy mengucap syukur. Dia terus mengikuti Nurse yang menolak katil Tengku Aisy Aralyn. Tinggallah Tengku Aryan Zahin dan Doktor itu. Tengku Aryan Zahin memandang meluat wajah itu lalu mengikut Syed Umar Darwisy.

" Assalamualaikum. "

Langkah Tengku Aryan Zahin terhenti seketika sebelum dia meneruskan perjalanannya. Sempat dia tersenyum.

' Good luck. '





To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now