Bab 8

6.6K 131 1
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Mikel memandang segenap kertas yang berada di tangannya. Dia perlu pergi ke Dubai lagi 2 minggu dan mungkin dia perlu tinggal untuk beberapa tahun. Kata Syed Umar Darwisy, untuk dia belajar. Kenapa perlu dia risau lebih, adiknya sekarang berada dibawah pemerhatian yang amat ketat. Jadi dia tak perlu nak risau.

Sejujurnya, kehadiran Lufya Arien membuatkan dia segera mahu pergi. Kalau pergi lama-lama pun tidak mengapa. Luka dihatinya masih belum pulih dari perbuatan anak beranak itu. Sungguh, dugaan itu dia tidak dapat tampung. Terlalu dalam kesan itu.

Dia diperlakukan seakan hamba. Disuruh bermacam-macam perkara tetapi selepas sudah mendapat habuan, dia dibuang seakan anjing yang penuh kurap. Pedih hatinya. Dia ingatkan, bapak nya sahaja tetapi anaknya turut berkomplot.

Gadis yang dia percaya, sayang dan dicintai. Yang diberikan sepenuh hatinya. Dia dibuang tanpa belas kasihan. Akhirnya, perbuatan nya itu memakan dirinya. Tetapi Allah Maha Adil. Allah SWT telah kurniakan seorang insan yang sanggup menolong nya.

Syed Umar Darwisy.

Nama yang tidak lekang dari bibir musuh. Ada sahaja helahnya. Dia diambil oleh Syed Umar Darwisy dan dijaga lalu diberikan pekerjaan. Pada mulanya, dia tidak mahu kerana telah berputus-asa dengan hidupnya. Dia juga mahu melarikan diri dari rumah yang diberikan oleh Syed Umar Darwisy.

Nasibnya amat malang apabila dia ditangkap oleh orang-orang Syed Umar Darwisy ketika dia sedang mencuba dadah. Ditariknya masuk ke dalam bilik. Dibelasah cukup-cukup. Seakan dia hampir putus nyawa. Gila. 10 lawan 1. Memang dah tak bernyawa kalau begitu.

Dia masih ingat, ketika itu dia lihat dalam keadaan nyawa-nyawa ikan melihat Syed Umar Darwisy yang amat bergaya, mengenakan baju kemeja putih yang lengannya dilipat dan seluar slack. Rambut disikat rapi. Tanpa amaran, muka Mikel disepak oleh Syed Umar Darwisy. Makin galak lah dia mengerang kesakitan.

Selepas kejadian itu, dia sudah tidak berani lagi untuk melarikan diri. Dia cuba untuk tidak memakan hati dan mencuba hidup baharu. Dengan bantuan Syed Umar Darwisy, dia berjaya jadi orang yang bekerjaya.

💣💣💣

Syed Umar Darwisy memandang Mikel yang sedang menunduk hormat padanya. Dia yang berada didalam kereta hanya menyuruh pemandu itu beredar selepas dia telah menyampaikan pesanan kepada Mikel yang akan berangkat ke Dubai dan akan tinggal disana selama 3 tahun.

Mikel menarik beg nya lalu masuk ke dalam untuk berdaftar. Dia bukannya pergi seorang tetapi ditemani oleh 2 orang pekerja yang lain. Dia menunggu dengan secawan kopi sebelum waktu pelepasannya. Dia tersenyum kecil apabila teringat kepada adiknya Tasya.

Alhamdulillah, banyak sungguh perubahan adiknya sampaikan apabila dia datang tadi. Dia seakan tidak kenal. Wajahnya semakin berseri-seri. Pemakaian yang labuh, adab sopan yang tinggi. Apabila berkata-kata, sungguh lembut percakapannya.

Dia menghabiskan hirupan kopinya yang terakhir apabila dia mendengar mengumumkan bahawa penerbangan nya sudah bersedia. Dia memanggil dua orang pekerja itu untuk bergerak. Baru selangkah dua, badannya sudah dipeluk dari belakang.

Bau ini, seakan dia kenal. Dia mengeluh. Lufya Arien. Dia menarik lengan Lufya Arien lalu menghadapnya. Kelihatan lecun sudah muka gadis itu. Diberikan isyarat kepada dua orang pekerja itu untuk pergi dahulu. Dia mengelak apabila Lufya Arien cuba memeluknya lagi.

" You nak pergi mana?"

Tersedu-sedan Lufya Arien apabila berkata-kata.

" Bukan masalah kau."

Mikel cuba untuk beredar. Lufya Arien menahannya dengan pelukan. Dengan penuh kekasaran Mikel melepaskan diri. Mahu sahaja ditengking gadis itu tetapi malas dia ingin jadi perhatian orang. Agenda peluk-peluk ini pun sudah diperhatikan.

" You tak pergi lama kan?"

Mikel mengeluh. Sibuk mahu tanya. Bukan sesiapapun.

" Kau nak apa sebenarnya?"

" I nak ikut."

Mikel tersengih.

" Motif? Bapak kau suruh siasat apa yang aku buat ke dekat sana? Supaya dia boleh tandingi perniagaan Bos aku?"

Mereka berjeda sementara apabila panggilan terakhir untuk penerbangan itu. Tanpa mendapatkan jawapan Lufya Arien, Mikel terus beredar.

" I love you!"

Langkah Mikel terhenti. Dia memusingkan badannya dan memandang Lufya Arien. Dia membuat isyarat mulut dan menyuruh Lufya Arien membaca pergerakan bibirnya.

' Sampah.'

Terus Mikel beredar. Lufya Arien masih lagi ditempatnya. Dia mengeluh kecil. Dia memandang Mikel hingga lelaki itu hilang dari pandangan nya.

Dia cuba menyedapkan hatinya dengan kata-kata semangat. Dia tersenyum walaupun realitinya hatinya sakit.

' Tak apa Fya, ini balasan kau. Kau patut cuba lagi. Lufya Arien! Jangan berputus asa! Cayok! '

Lufya Arien beredar.

To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now