Bab 38

3.1K 90 3
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who Is He 🔱

" Sayang, buka mulut. "

Tengku Aisy Aralyn membuka mulutnya untuk menerima suapan bubur dari Syed Umar Darwisy. Tengku Aryan Zahin memandang mereka berdua dengan senyuman. Syukur, Tengku Aisy Aralyn dan anak di dalam kandungannya selamat. Tengku Aryan Zahin memandang Syed Umar Darwisy yang sedang membelakangi nya.

Dia tidak pasti sama ada mahu beritahu Syed Umar Darwisy tentang perkara itu. Dia menghembuskan nafasnya, dia meminta diri untuk keluar. Tengku Aryan Zahin cuba menenangkan fikirannya dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan hospital. Dia mengecilkan matanya apabila terlihat agenda yang tidak diingini dia melihatnya.

Tengku Aryan Zahin cuba menghiraukan dengan berjalan tanpa memandang sekeliling. Dia menaiki tangga disebabkan lif penuh. Dia mengambil masa untuk mendaki kerana tidak mahu pulang ke bilik Tengku Aisy Aralyn terlalu cepat. Dalam dia tidak sedar, dia telah mendaki anak tangga hingga tingkat paling tinggi bangunan itu.

Tombol pintu dipulas, dia cuba mengambil angin dia kawasan itu. Dia duduk di satu tempat yang disediakan kerusi. Tiada siapa disitu, hanya dia seorang sahaja. Mungkin. Telefon bimbitnya dikeluarkan, laman media sosial ditilik. Matanya mengecil apabila dia terbaca satu artikel. Dia menghembuskan nafasnya yang lelah.

" Betul lah. "

" Apa yang betul? "

Tanpa memandang wajah suara itu, Tengku Aryan Zahin sudah tahu siapa. Kiran duduk di sebelah Tengku Aryan Zahin.

" Jauh termenung? You ada masalah ke? Wanna share? "

Soal Kiran dengan nada lembut. Tengku Aryan Zahin hanya diam. Malas dia mahu berbual. Sombong.

" You? "

" Kau nak apa? "

Kiran tersenyum kelat.

" I nak minta maaf atas apa yang I buat dulu dekat You. I tak ada niat nak sakitkan hati You atau malukan You. I cuma perlukan masa untuk faham tentang Islam. "

Tengku Aryan Zahin tersengih sinis.

" Aku ada paksa kau ke? Bukan ke dulu aku ada cakap, aku sanggup tunggu malah kita sama-sama boleh belajar. Tapi kau sendiri yang pilih jalan kau, kau pilih ex kau dari aku. Jadi itu masalah kau, bukan masalah aku. "

" I buta, sebab tu I tinggalkan You dan sekarang I menyesal. "

" Sedar pun. "

Tengku Aryan Zahin bangun untuk beredar, malas dia mahu duduk situ lama-lama. Buat sakit hati sahaja.

" Kalau! I minta You tunjukkan bagaimana indahnya Islam ni, You sanggup tak untuk tolong I, tunjuk ajar apa yang perlu I buat untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada tuhan? "

Jerit Kiran. Tengku Aryan Zahin memandang kebelakang sebentar sebelum dia meneruskan perjalanannya.

" I dah Islam! "

Langkah Tengku Aryan Zahin terhenti.

" Demi Allah, I Islam disebabkan atas kerelaan I sendiri. Bukan sebab paksaan mahupun menagih cinta You kembali. "

" Tahniah. Semoga Allah SWT sentiasa memberi hidayah supaya tidak berubah hati. Aku pergi dulu, Assalammualaikum. "

Tengku Aryan Zahin meneruskan perjalanannya. Kiran mengelap air mata yang mengalir di kedua-dua belah pipinya. Dia kembali terduduk. Dia tabahkan hatinya agar sentiasa ingat, Allah tidak akan uji umatnya lebih dari kemampuan.

Tengku Aryan Zahin kembali menuruni tangga sehingga tingkat bilik Tengku Aisy Aralyn. Macam-macam perkara yang sedang bermain di dalam fikirannya. Dia cuba menenangkan fikirannya tetapi sukar. Fikirannya terganggu apabila dia terlanggar bahu seseorang.

" Bau ni. "

Dia pantas memalingkan badannya mencari figura yang dilanggarnya tadi. Dia melihat figura itu memasuki lif, baru dia ingin kejar. Orang ramai sudah bersesak-sesak di hadapan lif. Akan ada laluan di mana wajah mereka boleh terlihat. Mata mereka bertemu, figura itu tersengih sinis. Tengku Aryan Zahin tergamam. Pintu lif ditutup.

' I need do something. '



To be continued...

* Kepada readers S.U.D, sis ingin mohon maaf sebab tak update dengan lebih kerap sebab sekarang sis dah kerja❤️ and Ya, sis kerja ikut shift jadi kadang-kadang penat sampai otak ni dah tak berfungsi. Maaf sangat-sangat ❤️ insyaallah, sis cuba update lagi. Terima kasih *

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now