Bab 22

4.8K 91 2
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Setelah habisnya giliran majlis persandingan di pihak pengantin perempuan, maka dengan hanya selang seminggu. Majlis persandingan pihak pengantin lelaki pula akan diadakan. Tapi kali ini, majlis persandingan diadakan dengan kerjasama kenalan yang rapat atau lebih mudah difahami ialah rewang.

Keluarga Syed Umar Darwisy sememangnya mengamalkan gaya hidup yang lebih sederhana berbanding orang lain. Mereka tidak terlalu gemar untuk menunjukkan kekayaan mereka. Arwah Haji Syed Idrus iaitu Bapa kepada adik beradik Syed dan suami Puan Hajah Dahlia. Arwah lah yang memulakan dahulu cara hidup bersederhana dan diikuti oleh anak-anaknya.

Tetapi malangnya, hanya seorang sahaja yang tidak mengikuti langkah arwah iaitu Syed Ukail Dhawi. Syed Ukail Dhawi lebih gemar hidup dalam kemewahan berbanding dengan Syed Umar Darwisy dan Syed Uzma Daffa. Tetapi bukanlah dia sering menunjukkan kemewahannya, hanya kadangkala. Apabila dihadapan keluarga nya, dia akan bersederhana.

Acara rewang-merewang ini dilaksanakan dengan meriah sekali. Rakan-rakan Syed Umar Darwisy juga turut serta dan tidak ketinggalan pembantu yang disayangi, Mikel. Walaupun Tengku Aryan Zahin adalah tetamu tetapi disebabkan dia amat rapat dengan keluarga itu, maka dia juga turun menghadap segalanya yang berlaku pada waktu itu.

💣💣💣

" Amboi, pandai nya anak dara sorang ni. Apa nama kamu?"

Tanya Makcik Azma iaitu adik kepada Puan Hajah Dahlia.

" Tasya Qarirah, tapi makcik boleh panggil saya Sya."

Jawab Tasya Qarirah dengan senyuman yang manis.

" Sedap nama Sya. Sya ni dah berpunya ke belum?"

Pertanyaan Puan Azma membuatkan Tasya Qarirah memberikan senyuman yang kekok. Tidak tahu jawapan apa yang sesuai untuk diberi. Jikalau dia jawab tiada, mahu ditanya umur lalu mereka akan kata dia anak dara yang tidak laku. Tapi jikalau jawab ada, mahu ditanya. Siapa pula namanya.

" Ada."

Puan Azma, Tasya Qarirah dan Puan Hajah Dahlia memandang ke arah tepi mereka. Tergamam Tasya Qarirah dibuatnya. Syed Ukail Dhawi disebelah nya.

" Umi, kenalkan bakal menantu a.k.a kekasih hati Awi. Tasya Qarirah. Sayang, bakal mak mertua awak."

Kata Syed Ukail Dhawi lalu dia duduk disebelah Tasya Qarirah.

Keadaan disitu sememangnya senyap. Masing-masing terkejut dengan apa yang baru disampaikan oleh Syed Ukail Dhawi. Mata mereka tertumpu kepada lelaki yang sedang memegang pisau dibelakang Syed Ukail Dhawi itu.

Syed Umar Darwisy dan Mikel Akasyah. Mata mereka berdua tertumpu kepada Syed Ukail Dhawi. Riak wajah mereka sememangnya tergamam. Lebih-lebih lagi Syed Umar Darwisy.

💣💣💣


Selesai dengan majlis persandingan dan kerja-kerja pembersihan, Syed Umar Darwisy sedang melepak dengan kawan-kawan yang sekian lama tidak berjumpa. Manakala Tengku Aisy Aralyn pula sedang berbual dengan makcik-makcik Syed Umar Darwisy. Kagum mereka dengan sikap Tengku Aisy Aralyn yang lemah lembut malah tidak janggal untuk berbual dengan orang yang lebih tua.

Manakala, Syed Ukail Dhawi telah hilang entah ke mana. Begitu juga dengan Syed Uzma Daffa. Habis sahaja majlis itu, masing-masing dengan sepantas kilat. Keluar dengan menaiki motosikal. Tidak pula diberitahu kepada Puan Hajah Dahlia yang mereka hendak ke mana.

Satu demi satu, tetamu-tetamu yang hadir telah pulang. Kini di rumah hanya lah ada Puan Hajah Dahlia, Syed Umar Darwisy, Tengku Aryan Zahin, Tengku Aisy Aralyn, Raja Aniq Irfan dan Tengku Faliq Carl. Syed Ukail Dhawi dan Syed Uzma Daffa masih tidak memunculkan diri.

Rakan-rakan Syed Umar Darwisy memang akan tidur di rumah itu. Maka tidak hairanlah mereka berbual sehingga lewat malam. Tengku Aisy Aralyn pula dikatakan telah tidur. Mungkin terlalu letih, dia bukan lah jenis yang akan duduk dalam bilik lalu tadah muka untuk di MakeUp. Dia akan menolong apa yang patut dahulu lalu apabila lagi 2 jam untuk bersanding, baru dia akan beredar.

Bukan itu sahaja, selesai majlisnya. Dia pula akan menolong untuk membersihkan apa yang patut. Maka dengan itu, selepas tetamu pulang. Dia segera mandi, solat lalu tidur. Manakala Syed Umar Darwisy masih lagi bertenaga untuk berbual-bual dengan rakannya.

" Along, adik-adik kamu ni mana. Dah pukul berapa ni, tak balik-balik lagi. Umi telefon, tak diangkatnya."

Kata Puan Hajah Dahlia dengan nada risau.

" Umi masuklah tidur dulu. Nanti Along telefon diorang. Umi tidurlah. Selamat malam."

Kata Syed Umar Darwisy lalu dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor Syed Ukail Dhawi didail tetapi tidak diangkat. Manakala nombor Syed Uzma Daffa pula didail. Kali ini ada jawapan. Tanpa memberi salam, Syed Umar Darwisy terus bertanya soalan dengan nada yang tegas.

" Kau dekat mana?"

" ........"

"Umi telefon kenapa tak reti nak angkat?"

" ........"

" Tak reti nak balik? Kau tahu tak sekarang pukul berapa? Nak aku jemput kau ke apa?"

" ........"

" Balik sekarang."

Kata Syed Umar Darwisy lalu mematikan telefon nya. Macam biasa lah, rakan-rakannya itu pasti akan diam untuk memberi ruang untuk Syed Umar Darwisy memarahi adik-adiknya.

Kali ini, nombor Syed Ukail Dhawi pula didail. Sudah banyak kali dia telefon tetapi masing lagi tiada jawapan sehingga lah kali yang ke-20.

" Kau asal tak reti nak jawab!"

" Sorry, Encik ni siapa?"

" Kau ni siapa pula? Mana Tuan punya telefon ni?"

" Saya pekerja dekat sini. Encik Dhawi sekarang tengah sibuk. Kalau Encik bagitahu siapa nama Encik, saya akan sampaikan pesanan."

Berkerut dahi Syed Umar Darwisy. Dia mengetapkan bibirnya dengan geram.

" Aku nak minta tolong, jangan bagitahu dia yang ada orang telefon dia. Terima kasih."

Kata Syed Umar Darwisy lalu mematikan telefon. Dia terus bangun lalu masuk ke dalam rumah lalu kunci kereta dicapai. Dengan langkah yang laju, dia terus mendekati kereta nya.

" Bro! Kau nak pergi mana!"

Jerit Raja Aniq Irfan lalu mereka semua mengejar Syed Umar Darwisy kerana lelaki itu tidak menyahut panggilannya. Dengan cepat, mereka semua telah memasuki perut kereta lalu kereta itu terus bergerak.

To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now