Bab 12

5.2K 119 2
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱


Kali ini, Mikel pula yang menerpa ke arah suara itu. Pelukan nya dibalas.

" Long time not see huh, Mikel?"

" Bos!"

Pelukan dileraikan. Syed Umar Darwisy tersenyum kecil. Ditepuk nya bahu Mikel. Baru 3 tahun lebih, itu pun sudah rindu.

💣💣💣

Syed Umar Darwisy menghirup kopi Espresso nya. Kopi yang pahit itu terasa manis di tekaknya setelah lama dia tidak minum.

" Kenapa Bos hilangkan diri?"

Pertanyaan Mikel itu sudah dapat diagak oleh Syed Umar Darwisy. Normal bukan, bila orang dah lama menghilang muncul kembali.

" Aku ada sebab tersendiri. Lagipun, aku cari ketenangan diri dan aku dah bertaubat. Dah tak nak buat kerja-kerja yang bukan-bukan. Habis pahala aku."

Tersengih Syed Umar Darwisy setelah dia lafazkan ayat nya itu. Mikel menggerutkan dahinya. Serius lah, Bos nya mahu bertaubat? Macam tak sangka.

" Ya, memang kau rasa pelik. Tapi benda-benda tu semua buatkan dada aku rasa sesak. Tapi, hidayah yang Allah SWT bagi ni telah buka sinar baharu untuk aku. Aku dapat nikmati sepenuhnya kehidupan yang aku inginkan. Kau patut cuba."

Kata Syed Umar Darwisy lalu menghirup sedikit kopi Espresso itu.
Mikel tersenyum kecil.

Ya, mungkin dia patut cuba. Setiap umat manusia di muka bumi ini wajib bertaubat apabila melakukan sesuatu kejahatan. Sesungguhnya, Allah SWT tidak pernah menolak hambanya yang ingin bertaubat kepada nya. Malah makin digalakkan. Allah SWT murka apabila hambanya tidak memohon pertolongan Nya.

" Jadi, bila Bos nak masuk kembali ke pejabat. Maksud saya, Syed Empire's. Tak larat lah Bos, saya baru saja balik dari Dubai dah kena handle macam-macam perkara. Penat. Ingat balik dari Dubai nak minta cuti sekejap. Ini?! Hurm."

Mikel membuat muka kasihan dan kepenatannya. Syed Umar Darwisy membuat muka menyampah.

" Minggu depan aku masuk. Minggu ni aku ada benda nak kena buat. Jadi, kau handle lah dulu syarikat tu. Sebelum aku masuk, pastikan tak ada benda yang merunsingkan fikiran aku. Kalau tak, kau yang aku sebat."

Syed Umar Darwisy memandang Mikel dengan pandangan tajam. Mikel tersengih kecil. Dalam hatinya sudah gusar. Semalam sahaja sudah ada satu kes di mana dia terlepas temujanji dengan Dato' Khalid.

Mikel memandang Syed Umar Darwisy dengan pandangan yang penuh makna. Mahu tak mahu sahaja dia luahkan. Syed Umar Darwisy yang perasan akan pandangan Mikel itu mengeluh.

" Kau nak apa. Dok pandang-pandang aku. Cakap je lah."

" Bos dah tahu pasal Cik Aisy Aralyn?"

Syed Umar Darwisy tersengih. Dia mengangguk kecil. Mikel pula membuat perkara yang sama.

" Saya syak, Dia yang buat. Saya ada siasat dan saya yakin, orang-orang dia yang buat. Tapi, baru-baru ini. Mereka dah syak yang saya perhatikan mereka."

" Kau patut berhenti. Jangan siasat apa yang diaorang buat. Aku tak nak, nyawa kau yang tergadai. Dia tidak akan bertindak sekarang, aku yakin. Jadi, kau patut fokus dengan kehidupan kau sekarang."

Terang Syed Umar Darwisy. Mikel mengangguk tanda faham.

" Kau dengan Fya bercinta ke?"

Tanya Syed Umar Darwisy yang ingin mengubah topik perbualan mereka.

" Tak adalah Bos."

Syed Umar Darwisy mengerutkan dahinya.

" Habis tu, sampai teman kat hospital. Berpelukan. Tak ada apa-apa hubungan?"

" Saya cuma tolong dia sebab waktu tu dia pengsan. Tak kan lah saya nak biarkan. Saya masih berdendam."

Kata Mikel lalu dia cuba mengosongkan fikiran nya kerana malas mahu ingat kembali. Syed Umar Darwisy mengangguk perlahan. Dia faham. Kalau dia jadi Mikel pun, dia akan berdendam.

" Hah Bos. Encik Aryan nak jumpa Bos. Dia sampaikan pesanan kat saya, kalau Bos dah kembali. Dia nak jumpa Bos dekat rumah dia."

Nasib baik Mikel ni adalah seorang yang ingatan nya kuat. Walaupun Aryan Zahin sudah lama sampaikan pesanan. Syed Umar Darwisy mengangguk tanda faham. Dia memandang sekitar nya. Dia senyum kelat dan. Akhirnya, dia kembali.

💣💣💣

Syed Umar Darwisy memandang segenap Rumah Banglo mewah di hadapannya itu. Dia memandang Security yang menjaga kawasan rumah itu. Security itu sudah sedia maklum bahawa Syed Umar Darwisy adalah kenalan rapat penghuni rumah itu.

Kereta Mercedes benz nya mula memasuki perkarangan kediaman itu. Syed Umar Darwisy keluar dari perut kereta lalu penjaga di situ mengambil alih untuk meletakkan kereta Syed Umar Darwisy di tempat yang disediakan.

Salam diberi. Penghuni rumah banglo itu menyahutnya lalu pintu rumah dibuka. Masing-masing menjadi kaku. Terdiam tanpa suara.
Syed Umar Darwisy memandang figura itu atas bawah. Dia tersenyum manis.

' Manis nya dia.'


To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now