Bab 33

2.5K 78 1
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who is He 🔱

Syed Umar Darwisy memuncungkan bibirnya. Dia memandang gadis yang tidak jauh dari dirinya yang sedang berada di atas katil. Dia menilik gadis yang asyik menundukkan kepalanya. Gadis itu tidak bergerak mahupun bersuara selama 2 jam.

' Comel. '

Syed Umar Darwisy tersengih kecil. Kata-kata Puan Hajah Dahlia terngiang-ngiang di kepalanya. Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan berkahwin dengan adik sahabat dia. Syed Umar Darwisy menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Tidak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan. Dia dapat melihat bahawa gadis itu seorang pemalu dan sebagaimana yang dikatakan oleh Umi nya, dia seorang yang lemah lembut. Syed Umar Darwisy dapat merasakan perkara itu.

Jarang sekali firasat dia menunjukkan perkara yang mustahil. Sentiasa ada sahaja yang dia dapat merasakannya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan nya. Syed Umar Darwisy cuba mengingati nama gadis itu.

" Tengku Aisy Aralyn? "

Tengku Aisy Aralyn serta merta mendongakkan kepalanya. Terkejut juga dia apabila Suaminya itu bersuara.

" Ya? "

Sahut nya lembut. Syed Umar Darwisy menepuk tilam di sebelah kanannya. Menunjukkan isyarat supaya gadis itu mendekatinya. Tengku Aisy Aralyn faham dengan isyarat itu terus bangun dan terus menuju ke arah Suaminya.

" Duduklah. "

Syed Umar Darwisy menarik pergelangan tangan kiri Tengku Aisy Aralyn untuk duduk di sebelahnya. Dia bergerak sedikit untuk memberi ruang kepada gadis itu. Tengku Aisy Aralyn masih lagi menekur ke bawah.

" Awak tengok apa dekat bawah tu? Ada emas ke? "

Usiknya sambil melihat lantai. Syed Umar Darwisy tersenyum.

" Kenapa awak diam? "

" Saya tak tahu nak cakap apa. "

Kata Tengku Aisy Aralyn perlahan.

" Saya dengar, saya koma 2 bulan. Awak tak rindukan saya ke? "

Tengku Aisy Aralyn melihat wajah Suaminya. Syed Umar Darwisy memandang tepat ke arah anak mata Tengku Aisy Aralyn.

" Rindu. "

Masih dengan nada yang sama dan kembali menundukkan kepalanya, Syed Umar Darwisy mengangguk.

" Selalunya bila rindu, dia mesti nak peluk-peluk, cium-cium. Yelah, sebab rindukan. Macam awak buat mula-mula masuk bilik ni. "

" Boleh ke? "

" Boleh apa? "

Soal Syed Umar Darwisy loading.

" Saya peluk awak? "

Dia tersengih. Tangannya di depa kan. Dengan pantas Tengku Aisy Aralyn memeluk erat tubuh Suaminya. Air matanya mengalir perlahan. Syed Umar Darwisy tersenyum manis. Suka lah tu kena peluk. Gatal.

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now