Bab 9

5.9K 116 2
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Mikel merehatkan dirinya di atas katil yang dia baru check in. Kata para pekerja yang berada di Dubai. Esok baru dia boleh masuk ke dalam rumah yang disediakan oleh Syed Umar Darwisy. Dia merenung ke arah siling hotel itu.

Lama-kelamaan, matanya mula terkatup. Mungkin dia letih kerana jetlag barangkali. Tanpa dia sedar, dia tertidur hingga waktu maghrib.

🗝️🗝️🗝️

Mikel berjalan-jalan di persisiran pantai, dia mengambil hirup udara segar. Sudah sekian lama, dia tak berbuat demikian. Terlalu asyik dengan kerja hingga lupa dengan masa untuk kebahagiaan dirinya.

Dia memandang ke arah pasangan dan keluarga yang sedang menikmati masa bersama. Dia tersenyum kecil. Alangkah indahnya dia pun begitu juga. Ada keluarga sendiri.

Dia tersenyum saat belakang badannya dipeluk erat. Tangannya yang kekar itu mengusap tangan kecil yang sedang memeluknya. Terasa bahagia. Dia menoleh ke arah wajah yang memeluknya itu. Dia tersenyum manis.

" Sayang."

🗝️🗝️🗝️

" Uh!"

Mikel tersedar dari tidurnya. Dia bernafas dengan keadaan yang tercungap-cungap. Peluh yang berada didahinya dilap menggunakan tapak tangannya. Jam tangan di tangan kirinya ditilik.

Sudah malam rupanya. Dia bangkit lalu masuk ke dalam bilik air dan ingin mandi. Dia mula turun apabila perutnya sudah membuat konsert rock kapak. Dia ingat mahu lepak sahaja dalam bilik, tapi kenangkan esok dia mula laporkan diri ke pejabat. Jadi, lebih baik dia mengambil kesempatan itu untuk berjalan-jalan.

Mikel berjalan menuju ke suatu tempat di mana, Syed Umar Darwisy menyuruh dia pergi lihat tempat tersebut. Mikel yang mengenakan pakaian serba hitam itu hanya jalan selamba masuk ke tempat itu.

Tempat yang tersorok itu membuatkan keadaan di dalam lebih liar. Mikel hanya duduk di Bar Pub itu. Tujuan dia, hanya untuk melihat sekeliling dan bukan untuk bergembira.

Dahi Mikel berkerut apabila dia cuba melihat wajah seseorang. Dia tersenyum lebar. iPhone nya di keluarkan dan mengsnap wajah figura itu. Gambar tersebut dihantar kepada Syed Umar Darwisy.

' Bos, memang tekaan bos tepat. Dia hidup lagi.'

Send.

💣💣💣

Manakala di Malaysia. Syed Umar Darwisy tersenyum lebar. Kerusi nya dipusing-pusingkan ke kiri ke kanan. Gambar yang dihantar oleh Mikel tadi membuatkan dia tahu apa yang akan terjadi selepas ini.

Syed Umar Darwisy mengambil telefon nya lalu satu nombor didail. Agak lama baru nombor itu angkat panggilan nya.

" Deal."

Kata Syed Umar Darwisy ringkas tapi perkataan itu membuatkan pihak sebelah sana ketawa berdekah-dekah.

" Kau pasti?"

Kata pihak di sebelah sana.

" Ya. Tapi kau kena ingat, aku tetap akan selalu pantau kau."

" Kau jangan risau lah. Aku ni bukan amatur lagi. Tapi kenapa kau buat keputusan terlalu awal? Nak mati dah ke? Hahahaha!"

Riang betul gelak itu. Tapi reaksi Syed Umar Darwisy hanya membeku.

" He's back."

Terus terdiam pihak di sebelah sana. Terkelu lidahnya.

" Aku dah dapat rasa yang di cuba ekori aku. Cuba nak ambil Empire aku. Dia tak kenal kau lagi, jadi selamat bila aku nak serahkan dekat kau. Selepas tiga tahun, kau kena serahkan Empire aku dekat Mikel. Dia akan uruskan."

Tegang sahaja suasana tersebut. Syed Umar Darwisy mengeluh. Sememangnya, pekerjaan ini memang tidak akan selamat. Tapi malangnya, dia tidak boleh lepas tangan.

" I will. Trust me."

Punat merah di skrin telefon disentuh. Sesungguhnya, tika ini dia sedang berada di pejabat. Tiada siapa pun berada di pejabat. Mungkin, bila dia keluar pelbagai perkara yang bakal berlaku.

Frame gambar yang berada di atas mejanya itu ditilik. Satu senyuman manis terbit di bibirnya. Hanya figura itu sahaja yang boleh dia tersenyum lebar. Walaupun pelbagai projek besar yang berjaya, tapi tidak setanding.

" Rindu."

To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now