Bab 2

9K 175 0
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

Mereka yang sedang beratur itu memandang ke arah 6 jejaka yang masuk tanpa perlu menunggu lama. Baru sahaja ingin membuka pintu, mereka sudah ditahan. Syed Umar Darwisy memandang wajah yang menghalang jalannya.

Kelihatan amat gerun sekali, tak pernah ada orang yang berani menghalang laluan nya. Pengawal yang menghalang laluannya itu menelan air liur.

" Maaf Encik, kalau nak masuk kena beratur dulu."

Mereka berlima yang bersama dengan Syed Umar Darwisy itu tersengih sinis. Berani dia kata begitu. Syed Umar Darwisy menarik tengkuk pengawal itu lalu dia berbisik sesuatu.


" Kau adalah orang pertama yang berani halang laluan aku. Mungkin sebab kau tak kenal aku, tapi takpe. Kau akan kenal. Untuk pengetahuan kau---"

Tak sempat Syed Umar Darwisy menghabiskan katanya, seorang lelaki muncul disebalik pintu itu. Dia terus menunduk hormat setelah perasan Syed Umar Darwisy berada disitu. Lantas dia menarik pengawal itu dari genggaman Syed Umar Darwisy.

" Minta maaf Bos, dia orang baru. Saya lupa nak bagitahu tentang kehadiran Bos. Saya janji perkara ini tidak akan berlaku lagi. Saya minta maaf. Sila masuk Bos."

Kata lelaki itu sambil menundukkan kepalanya.

Tanpa sebarang kata, mereka berenam terus masuk ke dalam. Tetapi salah satu jejaka itu berhenti di hadapan lelaki yang sedang menundukkan kepalanya.

" Ajar elok-elok pekerja kau ni. Mood Bos tak baik hari ni, nasib baik kau cepat. Kalau tak, ICU lah menanti. Tu pun kalau dapat."

Kata jejaka yang dikenali sebagai Mikel. Orang kanan yang terkuat dan pekerja kepercayaan Syed Umar Darwisy.

Dia terus melangkah masuk dengan segera, takut dia pula yang menempah katil di ICU.





💣💣💣





Syed Umar Darwisy meneliti satu demi satu fail yang berada di hadapannya. Dia meletakkan fail tersebut di atas meja. Dahinya yang berkerut itu diurut sedikit. Angkara seorang, banyak yang terima padah.

" Dah lah Bro, kau buat macam mana pun. Benda dah berlaku, tak guna kau pening-pening. Baik kau rehat dulu."

Kata Tengku Aryan Zahin. Dia adalah rakan, sahabat baik Syed Umar Darwisy. Manakala rakan baiknya yang lain adalah Tengku Faliq Carl dan Raja Aniq Irfan.

Syed Umar Darwisy mengeluh kecil. Ada betul nya, tak guna dia nak sakit kepala. Lagipun banyak saja yang mahu bekerjasama dengannya kerana dia adalah orang yang boleh dipercayai.

Mereka kini berada di pejabat yang tersembunyi di dalam Club Malam dan Kasino. Pejabat itu dibina untuk memantau setiap pergerakan. Polis? Itu perkara biasa. Senang sahaja ingin berurusan dengan Polis. Mereka seakan sahabat baik. Lagipun mereka bukan buat perkara yang menyalahi undang-undang.

Syed Umar Darwisy bangkit lalu meninggalkan sahabatnya yang sedang bermain catur. Dia langkah keluar melihat kawasan itu. Banyak sungguh manusiawi yang terkinja-kinja. Minum arak, isap dadah. Walaupun dia seperti itu, tapi dia tak pernah terfikir ingin mengambilnya.

Syed Umar Darwisy membongkok badannya lalu tangannya diletakkan di atas palang. Anak matanya ditumpukan kepada seorang gadis yang sedang bersuka ria. Dia tersengih kecil apabila setelah dapat dikenalpasti.

' Tengku Aisy Aralyn.'

Liar sungguh gadis itu. Dia hanya memerhati sahaja. Gadis yang dia dambakan sejak dari kecil. Adik kepada Tengku Aryan Zahin. Apalah reaksi Tengku Aryan Zahin apabila dapat tahu adiknya sedang terkinja-kinja macam tu.

Mahu meletop perang disitu. Bahunya disentuh dari belakang, terhenjut bahunya akibat terkejut. Dia menarik nafas apabila yang menyentuhnya itu adalah Mikel. Kalau Tengku Aryan Zahin, habislah.

" Kau nampak perempuan tu, yang pakai dress warna merah. Rambut warna light brown tu."

Syed Umar Darwisy menggunakan jari telunjuknya. Mikel mengecilkan matanya, dia mencari orang yang dimaksudkan oleh Bosnya itu.

" Yang body aum tu ke Bos?"

Soalnya polos.

Syed Umar Darwisy memandang tajam. Mikel tersengih kecil. Terlepas kata lah pula. Tapi memang betul pun, Tengku Aisy Aralyn adalah gadis yang berbadan Solid.

Pinggang yang ramping, dada dan punggung yang mantap. Lihat sahaja dadanya itu, sampai terkeluar. Nampak sangat pejal.

" Aku nak kau perhatikan dia elok-elok. Jangan bagi lelaki lain cuba nak sentuh dia. Dan jangan sampai Ian tahu adik dia ada kat sini."

Arahan itu membuatkan Mikel berdiri tegak seperti tentera.

" Aip! Aip! Cip!"

Kata Mikel yang sedang mentabik itu. Lantas dia turun dari situ untuk
mendekati Tengku Aisy Aralyn.

Syed Umar Darwisy memandang gadis itu. Hanya mampu tersengih kecil sahaja. Dia beredar dari situ dan masuk kembali ke pejabatnya.






To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now