Bab 13

5.1K 124 3
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he🔱

" Awak? Hello?"

Syed Umar Darwisy tersedar apabila melihat figura itu melambaikan tangannya kerana dia termenung. Dia tersengih malu.

" Kawan Abang Ian kan? Kejap eh, saya panggil. Tapi saya nak minta maaf sebab tak boleh jemput awak masuk. Kita bukan mahram. Kejap je."

Kata gadis itu lalu lari anak-anak untuk memanggil Tengku Aryan Zahin. Syed Umar Darwisy tersengih-sengih.

' Cantik sangat dia sekarang. Manis. Comel.'

Makin kelihatan macam orang gila Syed Umar Darwisy sekarang. Tengku Aryan Zahin yang baru muncul itu memandang rakannya dengan berkerut dahi. Nak jumpa dia pun suka ke?

" Woi! Kau kenapa?!"

Sergah Tengku Aryan Zahin. Syed Umar Darwisy lantas sedar. Dia terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan rakannya itu.

" Masuklah. Dah macam orang gila aku tengok."

" Otak kau."

Balas Syed Umar Darwisy lalu melangkah masuk ke rumah itu.

💣💣💣

Mata Syed Umar Darwisy melihat sekeliling. Tengku Aryan Zahin pula ikut sama. Makin aneh rakannya itu.

" Woi! Kau kenapa? Kau ingat rumah aku ni ada hantu ke apa?"

Sergah Tengku Aryan Zahin. Baru Syed Umar Darwisy mahu berkata. Tengku Aisy Aralyn muncul dari dapur dengan bawa seteko air dan makanan ringan untuk hidangkan kepada tetamu.

Syed Umar Darwisy hanya memerhatikan sahaja tingkahlaku Tengku Aisy Aralyn yang lembut. Dia sampai menilik satu badan Tengku Aisy Aralyn.

" Jemput minum."

Pelawa Tengku Aisy Aralyn dengan sopan. Ketika dia mahu beredar, Tengku Aryan Zahin berkata sesuatu kepadanya.

" Iya aku tahu, kau suka adik aku. Tapi janganlah tengok dia macam kau nak terkam dia. Seram aku tengok."

Kata Tengku Aryan Zahin lalu menghirup air kopi.

" Bila kau free?"

Tanya Syed Umar Darwisy. Tengku Aryan Zahin mengerutkan dahinya.

" Kenapa?"

" Aku nak suruh Umi masuk meminang adik kau. Nanti kalau lambat, melepas aku."

Tersedak Tengku Aryan Zahin. Dia mengeluh kecil.

" Kau ni, menyabarlah sikit. Tak kemana lah adik aku tu. Kalau ada yang masuk meminang pun, aku tak terima. Aku terima kau je."

Ayat-ayat Tengku Aryan Zahin itu membuatkan Syed Umar Darwisy tersenyum bangga.

" Dah jom ikut aku. Nanti kau makan tengahari dekat sini. Aku dah suruh adik aku masak. Dah jom."

Syed Umar Darwisy tersengih lagi. Pengarang jantung hatinya pandai masak rupanya. Makin tak sabar pula dia. Telinganya terus di tarik oleh Tengku Aryan Zahin kerana berangan lagi.

💣💣💣

Syed Umar Darwisy menjelajah seluruh rumah itu. Tempat terakhir dia tuju adalah dapur. Dia melihat Tengku Aisy Aralyn yang sedang memasak itu. Dengan mengenakan, baju kurung kedah dan bertudung bawal. Dia ketika itu kelihatan sungguh ayu.

Syed Umar Darwisy dengan berhati-hati mendekati gadis itu. Salam diberi. Syed Umar Darwisy tersengih apabila Tengku Aisy Aralyn terkejut dengan kehadirannya. Melatah pula tu. Tengku Aisy Aralyn hanya mendiamkan dirinya. Malu lah tu.

" Awak nak pergi tandas ke? Jalan untuk pergi ke tandas, dari sini. Awak terus, lepas tu belok kiri. Nanti awak jumpa."

Kata Tengku Aisy Aralyn dengan lembut. Syed Umar Darwisy pula hanya memandang wajah gadis di depan nya sahaja. Menunduk sahaja.

" Tak lah, saya cari awak."

" Kenapa cari saya? Abang Ian panggil ya?"

Gadis itu berura-ura untuk pergi tapi ditahan oleh Syed Umar Darwisy dengan segera. Kita yang nak jumpa dia, dia boleh ingat orang lain pula.

" Kenapa awak rasa, Abang Ian yang cari awak? Saya tak boleh cari awak ke?"

Kata Syed Umar Darwisy sambil bermain serai di tangannya itu.

" Kenapa awak cari saya?"

" Mungkin sebab awak cantik."

Pipi Tengku Aisy Aralyn kini sudah makin merah. Sudahlah gadis itu putih melepak. Maka dengan senang lah nampak wajahnya yang sedang malu itu.

" Kalau saya masuk meminang, awak terima tak?"

Jantung Tengku Aisy Aralyn kini makin berdegup laju.

" Terima tak?"

Desak Syed Umar Darwisy kerana Tengku Aisy Aralyn mendiamkan dirinya.

" Saya ikut keputusan Abang Ian."

" Tapi saya nak dengar keputusan awak. Awak rasa, saya layak tak jadi Imam awak?"

Mulut Tengku Aisy Aralyn kini terkunci.

" Saya tak tahu. Saya ikut je mana yang baik."

" Kenapa awak tak tahu. Ni tentang kehidupan awak tau. Awak lah yang kena buat keputusan."

Syed Umar Darwisy tersengih nakal. Ada sahaja akal dia untuk usik gadis itu. Syed Umar Darwisy mendekati gadis itu. Kedua tangannya mengepung badan Tengku Aisy Aralyn agar tak bergerak. Dia tahu, gadis itu tidak selesa.

" Awak, janganlah macam ni. Tak baiklah."

Makin menunduk gadis itu.

" Kenapa awak nak kahwin dengan saya. Awak suka saya ke?"

Pertanyaan gadis itu membuatkan Syed Umar Darwisy tersenyum. Hailah mulut. Kejang kau nanti sebab asyik tersenyum.

" Saya suka awak. Sudi tak awak jadi penghuni hati yang kosong ni dan jadi Umi yang kepada anak-anak Tuan hati yang kosong ni?"

Kata-kata Syed Umar Darwisy membuatkan Tengku Aisy Aralyn terkedu.

" Saya hantar rombongan meminang ya?"




To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now