Bab 35

2.8K 87 1
                                    

🔱 Don't Judge Him Without You Know Who is He 🔱

Pejam celik, pejam celik kandungan Tengku Aisy Aralyn sudah mencecah 4 bulan lebih. Syed Umar Darwisy pun sudah memulakan kehidupannya seperti biasa. Disebabkan dia mempunyai semangat yang luar biasa, jadi dia mampu berjalan dalam masa yang singkat. Malah kesihatannya makin pulih.

Tengku Aisy Aralyn pula sudah menghabiskan pengajian . Minggu depan dia akan graduasi, dia berhasrat untuk menyambung sehingga Master tetapi keadaan tidak mengizinkan. Lagi pula dia sudah berkahwin dan bakal menjadi seorang Ibu.

Syed Umar Darwisy juga tidak mungkin akan membenarkan dia menyambung pelajaran. Malah dia juga hanya sempat menikmati alam pekerjaan dalam waktu yang singkat. Itupun di syarikat milik Tengku Aryan Zahin. Dia mengusap lembut perutnya yang kian membesar.

Bunyi kereta di luar menunjukkan Syed Umar Darwisy sudah pulang. Tengku Aryan Zahin selalu balik lambat berlainan dengan Syed Umar Darwisy, pukul 5.30 petang sudah sampai di rumah. Tengku Aisy Aralyn bangun untuk menyambut Suaminya.

" Assalamualaikum. "

" Waalaikumussalam. "

Syed Umar Darwisy tersenyum manis sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Dahi Tengku Aisy Aralyn dicium, begitu juga dengan perutnya.

" Sayang buat apa? "

" Tengok Tv. "

Kata Tengku Aisy Aralyn sambil berlalu pergi ke dapur untuk mengambil segelas air sejuk untuk Suaminya. Entah kenapa dia lihat Syed Umar Darwisy kelihatan sangat penat hari ini.

Syed Umar Darwisy memejamkan matanya. Badannya sungguh letih hari ini. Dia membuka matanya apabila merasakan tempat duduk sebelah kirinya itu berat.

" Kan Biy kata tak perlu ambil kan, kalau nak nanti Biy ambil sendiri. "

Syed Umar Darwisy menyambut huluran segelas air sejuk dari Tengku Aisy Aralyn yang sedang tersenyum manis itu. Air itu diteguk sehingga habis. Gelas air itu diletakkan di atas meja, Syed Umar Darwisy mencium sekilas pipi Tengku Aisy Aralyn.

Syed Umar Darwisy kembali bersandar, Tengku Aisy Aralyn mengambil tempat di sisi Syed Umar Darwisy. Entah macam mana, Syed Umar Darwisy boleh terlelap sebentar. Dia terjaga di saat dia merasakan butang baju kemejanya dibuka. Jam dinding menunjukkan pukul 6.30 petang.

" Sayang. "

Syed Umar Darwisy memandang wajah Tengku Aisy Aralyn lalu memandang tangannya yang sedang membuka butang bajunya.

" Sayang buat apa ni? "

Tengku Aisy Aralyn hanya mendiamkan dirinya. Syed Umar Darwisy tersengih kecil. Dia mencium sekilas sisi dahi Tengku Aisy Aralyn.

" Dah, Biy nak pergi mandi. "

Peha Tengku Aisy Aralyn ditepuk lembut. Dia bangkit dari sofa diikuti oleh Tengku Aisy Aralyn. Dia membuka butang bajunya apabila sudah berada di dalam bilik. Dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik air. Di saat dia ingin membuka pintu bilik air, badannya dipeluk erat dari belakang.

Dia cuba untuk melepaskan lingkaran itu tetapi tidak boleh. Entah kenapa tiba-tiba Tengku Aisy Aralyn mengalirkan air matanya. Syed Umar Darwisy segera menghadap isterinya itu tanpa Tengku Aisy Aralyn melepaskan pelukan.

" Kenapa ni? "

Katanya sambil mengelap air mata Tengku Aisy Aralyn yang masih mengalir. Tengku Aisy Aralyn mendiamkan dirinya lalu mengeratkan pelukan. Syed Umar Darwisy membalas pelukan sambil mengusap lembut belakangnya.

" Sayang, dah nak dekat maghrib ni. Biy nak mandi. Awak nak apa Sayang, hm? "

Wajah Tengku Aisy Aralyn diangkat menghadap wajahnya.

" Dah mandi ke belum? "

Tengku Aisy Aralyn menggeleng. Syed Umar Darwisy tersengih. Dengan segera dia mendukung isterinya itu lalu memasuki bilik air. Maka terjadilah satu agenda di dalam bilik mandi.





💣💣💣







Tengku Aryan Zahin memandang wajah Syed Umar Darwisy. Dia memberi isyarat.

' Kenapa dengan dia. '

Syed Umar Darwisy mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu.

" Sayang. "

Tengku Aisy Aralyn membuka mulutnya untuk menerima suapan dari Syed Umar Darwisy. Entah kenapa dia ingin disuap. Syed Umar Darwisy hanya mengikutinya sahaja.

Selesai makan, Syed Umar Darwisy dan Tengku Aryan Zahin melepak di ruang tamu manakala Tengku Aisy Aralyn sedang membuat sesuatu di dapur. Mereka berdua berbual-bual kosong sehinggalah Tengku Aisy Aralyn datang membawa dulang.

Syed Umar Darwisy menolong isterinya menuang air kopi di cawan masing-masing, Tengku Aisy Aralyn menghidangkan puding buah-buahan.

" Cuba rasa. "

Tengku Aisy Aralyn menyuapkan puding itu ke mulut Syed Umar Darwisy.

" Sedap tak? "

Katanya dengan penuh harapan.

" Sedap. Pandai Sayang buat. "

Syed Umar Darwisy mencium sekilas pipi Tengku Aisy Aralyn. Gadis itu tersenyum bangga. Sewaktu mereka berdua pergi kerja. Dia mencuba pelbagai resepi baharu dan hasilnya tidak mengecewakan.

Tengku Aryan Zahin memandang mereka meluat. Rasa menyesal pun ada membenarkan mereka tinggal serumah. Tengku Aryan Zahin hanya menikmati kopi dan puding itu sambil menonton tv. Malas ingin layan agenda manja mereka.





To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now