Bab 24

4.1K 99 0
                                    

🔱 Don't judge him without you know who is he 🔱

Syed Umar Darwisy yang sedang mencium bibir isterinya itu tersenyum kecil apabila Tengku Aisy Aralyn hanya terdiam kaku malah matanya ditutup secara rapat. Syed Umar Darwisy memandang isterinya itu, tidak mungkin dia akan berhenti setakat itu sahaja.

Syed Umar Darwisy menindih sedikit tubuh genit isterinya itu. Dia dengan perlahan menggerakkan sedikit bibirnya walaupun gadis itu menutup rapat bibirnya. Syed Umar Darwisy tidak mengalah malah tangan kirinya yang tadi menindih pinggang Tengku Aisy Aralyn cuba menjelajah ke seluruh tubuh itu.

Dari bahu hingga ke perut Tengku Aisy Aralyn. Tengku Aisy Aralyn yang perasan dengan tindakan suaminya itu makin berasa gementar. Terjerit kecil Tengku Aisy Aralyn apabila telapak tangan Syed Umar Darwisy berada di atas dadanya. Dengan kesempatan itu, Syed Umar Darwisy terus mencium lebih mendalam.

Bibir suami isteri itu saling berganti. Syed Umar Darwisy mencium bibir itu dengan lembut kerana tahu, isterinya itu tidak selesa lagi. Bibir mereka berdua terputus apabila Tengku Aisy Aralyn sudah tiada nafas.

Syed Umar Darwisy memandang isterinya yang cuba mencari nafas dengan memejamkan matanya. Syed Umar Darwisy mencium sedikit mata kiri Tengku Aisy Aralyn.

" Sayang. Buka mata tu."

Tengku Aisy Aralyn membuka matanya apabila Syed Umar Darwisy menyuruhnya.

" Sayang takut ke? "

" Kan kita dah halal? Nak takut apa? "

Sambung Syed Umar Darwisy apabila Tengku Aisy Aralyn tidak memberi jawapan.

" Saya tak pandai."

Tersengih kecil Syed Umar Darwisy dibuatnya.

' Sayang oh sayang. Kalau nak tahu, dulu awak lah yang paling expert.'

" Mana ada orang pandai dengan sekali buat. Lama-lama nanti Sayang pandai lah."

" Kita bukan nak buat sekali saja ke? "

Tergelak kecil Syed Umar Darwisy dibuatnya. Alahai. Mana ada orang nak buat sekali saja. Syed Umar Darwisy mencium sekilas bibir isterinya. Dia mengulang nya dengan banyak kali. Adalah dalam enam kali dan kali ketujuh, ciuman itu agak lama. Malah bibir Syed Umar Darwisy melumat sedikit.

" Sayang, izinkan Biy? "

Syed Umar Darwisy mendekatkan lagi bibirnya tetapi malangnya dihalang oleh tangan Tengku Aisy Aralyn.

" Saya bukan nak tolak, tapi malam nanti boleh? "

Syed Umar Darwisy mengalah. Mungkin bukan masa yang sesuai untuk mereka bersenyawa. Syed Umar Darwisy bangun dari menindih tubuh genit isterinya lalu dia baring di tempat asalnya. Tubuh genit isterinya itu ditarik lalu dipeluk erat.

" Saya minta maaf."

" Tak apa. Lagipun malam nanti Biy dapat. Biy tuntut janji Sayang."

Kata Syed Umar Darwisy sambil memejamkan matanya. Syed Umar Darwisy cuba untuk merehatkan diri dan mindanya kerana malam nanti dia akan bekerja keras.


💣💣💣


T

engku Aisy Aralyn memeriksa suami. Adakah Syed Umar Darwisy sudah tidur nyenyak. Dia dengan perlahan menolak lengan Syed Umar Darwisy yang memeluk pinggang nya. Dia bangkit lalu rambut nya diikat dan tudung bawal disarungkan di kepalanya.

Dia menutup secara perlahan pintu bilik itu supaya tidak mengganggu penghuni yang sedang tidur itu. Dia melihat ruang tamu, kosong. Dia terdengar bunyi dari bilik sebelah nya. Syed Ukail Dhawi yang duduk di bilik sebelahnya. Bunyi seperti jejaka itu sedang bermain online games kerana jejaka itu bercakap keseorangan.

Manakala disebelah bilik Syed Ukail Dhawi, bilik Syed Uzma Daffa. Jejaka itu juga sama seperti Syed Ukail Dhawi yang sedang bermain online games. Dia mencari Abangnya, Tengku Aryan Zahin tetapi tidak jumpa.

" Puan cari siapa? "

Sapa bibik.

" Mana Abang saya dengan Umi? "

" Ah, Encik Aryan keluar dan Puan Hajah ada dekat kebun luar. Saya minta diri dulu ya Puan, nak sambung buat kerja."

Tengku Aisy Aralyn menghadiahkan senyuman manis kepada bibik. Dia melangkah keluar mencari Puan Hajah Dahlia. Kelihatan Puan Hajah Dahlia sedang menanam pokok bunga.

" Assalamualaikum Umi, sibuk ke? Boleh Ara join? "

" Eh, waalaikumussalam. Mari duduk sini."

Tengku Aisy Aralyn tersenyum lebar.

" Cantiknya bunga raya ni Umi."

" Kan! Cantik kan. Sebab tu Umi beli, tapi kamu jangan bagitahu suami kamu pula. Umi beli senyap-senyap."

Tergelak kecil mereka berdua. Mereka berdua berbual-bual dengan mesra sampailah mereka sedar waktu solat zohor makin menghampiri. Jadi mereka berdua berkemas dan mandi lalu solat zohor secara berjemaah dengan seluruh penghuni rumah itu.

Apabila berkahwin, kena ingat. Kita bukan berkahwin dengan melibatkan dua buah kepala sahaja tetapi seluruh ahli keluarganya sekali. Cukup bertuah apabila keluarga mertua dapat menerima kita dengan baik. Dan lebih bertuah apabila mendapat mertua yang memahami dan baik hati. ❤️




To be continued...

MRS S.U.DWhere stories live. Discover now