SM ||| 2 || H•S

1.6K 43 3
                                    

"Perempuan. Kau memang tak reti nak bangun masak ke?" jerit seorang wanita tua itu kepada seorang perempuan muda yang lena di buai mimpi. Dia terus sahaja masuk ke dalam bilik wanita tersebut.

Wanita muda tersebut membuka matanya perlahan-lahan apabila mendengar ibu tirinya menjerit.

"Err ibu... Saya penat lah ibu, semalam saya tak cukup tidur sebab pulang lewat dari kerja. Ramai sangat pelanggan di kedai." perempuan muda itu membuka matanya dengan perlahan, masih terasa mengantuknya.

"Kau! Tak guna betul lah kau ni Aisyah. Menyesal aku jaga kau, kalau bukan sebab arwah bapa kau tu kahwin dengan aku, tak denya lah aku nak bela kau. Kau tak pernah nak bantu aku yang kau tau menyusahkan hidup aku je." puan Fiqah memukul bertubi-tubi Aisyah.

"Ibu sakit huks... Aisyah minta maaf, Aisyah memang betul-betul penat ibu. Aisyah tak sengaja terbangun lewat." Rayu Aisyah dalam keadaan nangis. Aisyah merayu agar ibu tirinya berhenti memukulnya. Tetapi pukulan Puan Fiqah bukan semakin perlahan, namun semakin kuat.

"Ibu!" jerit seorang lelaki muda yang dalam lingkungan 20-an. Puan Fiqah berhentikan pukulannya apabila dia mendengar namanya di panggil.
"Ape?" soal ibu seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Apa ibu buat ni? Kenapa ibu pukul kak Aisyah?" soal Ifwat kepada ibu kandungnya.

"Siapa suruh dia, dia tak buatkan aku sarapan. Macam je rumah ni rumah bapa dia!Boleh pula bangun lambat." puan Fiqah memandang Aisyah atas bawah, sundal!

"Kalau ye pun bu, jangan lah libas kak Aisyah ni,  habis bebirat kak Aisyah tau!" Marah Iffwat dan berpaling ke arah Aisyah.

"Kak Aisyah pergi masuk bilik, bersiap biar Wat hantar akak pergi kerja, harini akak tak yah naik grab." sambung Ifwat, dia marah sangat dengan kelakuan ibunya seperti orang yang hilang akal.  Pukul kakaknya macam orang gila sahaja. Pasal bangun lewat sahaja pun di jadikan isu.

Aisyah terus melangkah pergi masuk ke dalam bilik air sambil menangis.

Ibu tiri Aisyah merupakan seorang janda, dia mempunyai 2 orang anak kandung. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ifwat merupakan anak pertama, manakala adiknya pula bernama Amni.

Seusai Aisyah bersiap, dia terus keluar melangkah ke arah kereta Ifwat.

"Dah jom, akak pakai seatbelt. Tak yah fikir pasal ibu tu. Dia dah gila." arah Ifwat dengan dingin, dia cuba untuk mengawal segala amarahnya.

Setelah beberapa minit menempuhi perjalanan ke kedai Aisyah, akhirnya mereka telah sampai di kedai bunga milik Aisyah dan rakannya.
"Thanks Wat hantar akak harini." kata Aisyah sambil melempar senyuman yang manis ke arah Ifwat.

Ifwat hanya tersenyum.

"Petang ni Ifwat ambil akak lagi ok. Bye take care akak!" kata Ifwat dan berlalu pergi.
Aisyah hanya memerhatikan kereta Ifwat yang lama kelamaan hilang dari pandangan mata.

"Hai Syah." Tegur seorang rakan Aisyah.
"Hai." balasnya.
"Hm Syah kenapa tangan kau tu?" soal Farisha.

Farisha menarik tangan Aisyah.

"Tak de ape lah Sha." Bohongnya.
"Hm ni mesti ibu kau pukul lagi ann." Duga Farisha. Dia mengecilkan matanya memandang Aisyah.

Aisyah hanya tersenyum kelat, manakala Farisha pula menggelengkan kepalanya.

"Kau sampai bila nak duduk situ?Kau cari je lah rumah lain. Daripada kau hari-hari kena lalui perkara yang sama!" Marah Farisha.

Aisyah diam.

"Sha, aku taknak dia tambah baran. Kau tahu ann kalau dia marah? Dia lagi marah kalau aku pergi keluar dari rumah dia, sebab dia tahu, kalau aku keluar, tak de siapa nak kemas rumah nak masak apa semua, ada anak perempuan pun, hm pemalas. Apa yang dia tahu, merayap je dengan lelaki." Terang Aisyah sambil memaniskan senyumannya.

SUAMIKU MAFIAWhere stories live. Discover now