SM ||| 29 H•S

573 16 1
                                        

"Mama Aisyah! Jom kita pergi sana!" Pelawa Danny sambil menunding jari ke arah tempat permainan kanak-kanak di pusat menbeli-belah itu. Di tarik-tariknya jari-jemari Aisyah.

Aisyah mengangguk laju dan memandang sekilas suaminya.

"Abang! Sayang pergi sana kejap ok. Danny ni nak main dekat sana." Laung Aisyah.

Zafran yang mendengar jeritan isterinya terus mengikuti langkah Aisyah dan Danny. Dia khuatir jikalau ada apa-apa terjadi di antara orang yang di kasihi itu.

Danny bermaim-main di gelongsor itu. Manakala Aisyah hanya sekadar memerhati gelagat kanak-kanak yang di anggap seperti anaknya. Aisyah tersenyum kecil apabila otaknya ligat memikir drama yang terjadi di lapangan terbang Pahang tadi.

"Danny janji dekat mommy jaga diri ok? Jangan nakal-nakal, jaga makan minum tu. Jangan skip breakfast, lunch and dinner ok? Jangan susahkan mama Aisyah and Daddy Zafran ok? Jangan lupakan Mommy dekat German tau! Mommy sayang dekat anak teruna mommy ni." Ujar Stella dan mencium pipi anaknya berkali-kali. Sungguh berat hatinya ingin berjauhan namun apakan daya kerana keinginan anaknya,dia turutkan sahaja.

Danny mengangguk setiap pesanan yang di titip di bibir Stella.
"Ye mommy, mommy juga jaga diri. Jangan skip breakfast, lunch and dinner ok? Kalau papa buli mommy tell us! Nanti Danny, daddy Zafran, abah Zafri dan uncle Amran datang pergi sana pukul papa!" Pesan Danny.

Tergelak semua apabila mendengar amaran dari Hadly Danny, anak kepada Hadly Xavier.

Xavier membesarkan matanya, tanda terkejut dengan amaran keras dari anaknya. Dia terus sahaja mendukung anaknya dan mencium sekilas pipi Danny.

"Papa, take care ok. Jaga mommy baik-baik sementara Danny berjauhan dari mommy. Papa jangan buli mommy ek! Jangan sakitkan hati mommy! Ingat, jaga solat, jangan lupa mengaji. Ingat sikit, kita semua dah masuk islam. So kena jaga solat. Nanti Allah marah." Pesan Danny.

Zafran tersenyum dengan kepatahan Danny, sungguh bijak kanak-kanak itu dalam berbicara seperti orang dewasa.

Xavier tersenyum. Sungguh dia bersyukur kerana Allah mengurniakan Hadly Danny dalam hidupnya.

"Ye lah, papa jaga baik-baik mommy kamu ni. Danny jangan nakal-nakal ok. Nanti kalau kamu balik German, jangan terkejut kalau ada adik, sebab papa rancang nak bagi kamu adik." Kata Xavier.

SUAMIKU MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang