SM ||| 19 H•S

515 15 0
                                        

Aisyah mula tersedar, dia terasa sakit yang teramat di kepala seperti selepas di pukul. Aisyah melilau dia berasa pelik, di manakah dia?

'Bukan kah aku di rumah ku. Kenapa kini aku di tempat asing?' Monolog Aisyah.

Tiba-tiba pintu terbuka. Aisyah melihat seorang lelaki datang ke arahnya. Dia ingatkan suaminya ternyata bukan. Tubuhnya yang begitu tegap seperti suaminya namun berlainan sedikit, kulit lelaki tersebut seperti Aisyah, putih sawo.

Aisyah berasa takut. Takut kalau di apa-apakan dia.

"Dah bangun dah heroin kita." ujar lelaki tersebut dengan sinis.
"Kau siapa?" Soal Aisyah takut.

'Abang, abang di mana? Di mana tempat ni abang?'
"Aku? Aku kawan Zafran, Black." Kata lelaki tersebut.

Black? Aku rasa mcm pernah dengar nama tu macam...

Aisyah membulatkan matanya. Black!
Musuh Zafran.
"Bukan kau ke musuh Zafran?" Kata Aisyah separuh menjerit.

Black tertawa sinis.

"Bagus lah tu kalau kau dah tahu! Senang sikit kerja aku." Kata Black. Dia cuba mendekatkan dirinya kepada Aisyah. Namun Aisyah dengan beraninya menendangnya.

Dia meraung kesakitan.
"Kau perempuan!" Jeritnya, di tariknya tudung Aisyah menyebabkan tudung tersebut tertanggal dari kepala Aisyah. Dia memukul Aisyah dengan kuat.
"Sakit!" Jerit Aisyah.

"Rasakan ni! Macam mana kau rasa sakitnya, begitu lah rasa sakitnya hati aku sebab suami kau yang tak guna tu!" Tengking Black.

Dia berhenti memukul Aisyah, bila terdapat cairan merah mengalir di bibir munggil Aisyah

Aisyah menangis semahunya.

Selepas Black memukul Aisyah, dia menolak lagi Aisyah dari atas katil.

"Apa kau nak buat ni!" Jerit Aisyah.
"Hey! Kau jangan risau. Aku just nak si Zafran rasa macam mana dia pernah buat dekat aku!Dia bunuh mak bapa aku!" Jerit lelaki tersebut.

"Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, selagi tu aku takkan putus asa." Sambung Black.
Dia mengeluarkan pisaunya.

"Tolong lah. Jangan apa-apakan aku dan anakku." Rayu Aisyah.

"Aku takkan bunuh kau, tapi..." Black sengaja menggantungkan ayatnya, kemudian dia berdiri.

Aisyah mengerutkan dahinya.
"Tapi aku akan bunuh anak kau." Balas lelaki tersebut dengan sinis.
"No!" Jerit Aisyah.

Belum sempat Aisyah ingin mengelak, Black sudah memijak perut Aisyah yang berbukit dengan begitu kuat sekali dan di tendangnya dari belakang. Terasa begitu senak sekali. Black menendang tubuh Aisyah seperti bola.

Selepas dia membuat sedemikian, dia ketawa sinis.

Aisyah hanya mampu menangis kerana di perlakukan seperti haiwan.

"Semoga suami kau cepat-cepat jumpa kau ok babygirl."
Black berlalu pergi, namun selang beberapa langkah dia berhenti dan memandang Aisyah.

"Oh ya telefon ada dekat atas meja tau! Mana tahu kan nak call husband kesayangan bye!" pamit Black.
Black sengaja menyimpan telefon di atas meja tersebut.
"Adios el mejur!"

Aisyah tidak berdaya namun tetap berusaha untuk mengambil telefon tersebut. Dia merasakan ada sesuatu yang mengalir dari celah kangkangnya. Aisyah melihat, cairan darah yang begitu banyak.

"Abang... Abang mana? Abang belum jumpa sayang ke? Anak... Anak kita ab... ang..." Ujar Aisyah dengan tersekat-sekat.

Aisyah perlahan-lahan mencapai dan mendail nombor Zafran.

SUAMIKU MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang