SM ||| 33 H•S

405 12 2
                                    

"Danny mana?" Soal Leo.
"Dekat bilik Amran dan Zafri. Tidur katanya, kejap lagi meroyan lah tu mencari mama Aisyah dia." Ujar Zafran.

"Stella ada call kau kah?" Soal Kylo.

Zafran mengangguk.

"Jadi macam mana bro?" Soal Kylo lagi.
"Aku nak pergi, tapi ingat nak bawa Aisyah pergi German." Balas Zafran.

"Again? Kau tak takut ke kalau ada apa-apa jadi dengan dorang?" Soal Leo.
"German joo, kalau dekat Malaysia lagi bahaya, tu dua beranak gila tu. Aku tak tahu bila-bila masa je dia akan hapuskan Aisyah." Kata Zafran dengan tenang.

Mereka semua mengangguk faham.

"So esok apa aktiviti kita?" Soal Leo.

"Well, esok ak ingat nak bawa Aisyah pergi mandi air terjun. Korang nak join?"

"Sudah semestinya!" Jerit Kylo.
"Fuh, macam menatang haiwan yang natang." Jerit Leo.
"Apa kau merapuh bodoh?" Marah Kylo.

"Mana Amran?"

"Dekat sini!" Jerit Amran.

"Bab..."
"Biy!" Marah Richel.

"Baby ku Amran, kau memang anak neraka." Ujar Leo dengan lembut.
"Nasib ada bini aku dekat sini, kalau tiada sudah lama ku ratakan kau." Sambung Leo.

Zafran hanya menggelengkan kepalanya.

"Aku masuk dulu." Pamit Zafran.
"Pergi mana?" Soal Amran.

"Pergi jenguk Aisyah kejap."
"Beregang sikit pun susah." Ejek Amran.

"Kau apa tau, kau single diam-diam lah."
"Fucek!"

°

°

°

°

°

Mayra yang sedang duduk di balkoni merenung langit yang di hiasi bintang-bintang.

Zafri yang kebetulan lalu di situ,terpandang sekujur tubuh yang amat dia kenali.

Dia bergerak dekat dengan Mayra.
"Jauh termenung, fikir ape? Boyfriend ke?" Soal Zafri dan memandang langit.

"Ayra ada boyfriend? Mana ada, Ayra ni bang bukan macam kak Eyra, senang keluar lepak. Ayra ni nenek selalu pesan jangan jadi macam kak Eyra, bergaul bebas. Jadi Ayra dengar je lah. Tak macam kak Eyra, nenek larang pun dia tetap juga nak keluar." Terang Mayra.

"Bagus lah tu. Abang suka perempuan macam Ayra ni, duduk rumah yang boleh lihat Ayra hanya suami sahaja." Ujar Zafri.

"Abang ni, takkan hansem-hansem macam ni tak de girlfriend. Dah lah kaya badan sado hansem pula tu." Puji Mayra.

"Nak buat macam mana, ramai nak dekat abang, tapi semua tak berkenan."
"Kenapa pula? Taste abang macam mana?" Soal Mayra.

"Taste abang budak kampung, abang lagi suka budak kampung berbanding budak bandar. Budak kampung didikan dia baik. Macam Ayra." Tutur Zafri.

Mayra mengangguk faham.

"Ayra..."
"Ye abang?"

"Abang nak jujur ni."
"Jujur ape tu?" Soal Mayra.

"Abang sebenarnya..."
"Oh ye bang, Ayra baru teringat sesuatu."
"Ape?"

"Ayra nak bagitahu pasal mom and Kak Eyra. Dorang plan nak runtuhkan rumah tangga abang Zafran dan Kak Aisyah, lepas tu mom nak abang Zafran jatuh tersungkur. Ayra rasa, mom nak bunuh korang lah. Ayra takut lah abang!" Kata Mayra.

SUAMIKU MAFIAWhere stories live. Discover now