SM ||| 17 H•S

579 16 1
                                    

Zafran merenung wajah Aisyah yang tenang. Sesekali dia mengukirkan senyuman di bibir. Terasa indah sekali melihat wajah Aisyah yang lena di buai mimpi, nampak begitu comel di mata Zafran. Tangannya mengusap lembut wajah isterinya yang di buai mimpi.

"Encik muda, sebentar lagi kita bakal mendarat di lapangan terbang." Kata Pramugari sambil tersenyum.

Zafran hanya mengangguk.

Dia mengalihkan pandangannya ke arah Zafri dan Amran yang di buai mimpi. Kemudian, dia mengerling ke arah Evan yang masih menggunakan earphone. Manakala William, Xavier, Kylo, Leo juga masih tidur.

Zafran pusingkan pandangannya pula untuk melihat Aisyah yang terlentong di bahunya.

Pesawat pun mendarat di lapangan terbang dengan selamat. Zafri dan Amran tersedar dari mimpi yang indah.

"Dah sampai ke?" Soal Amran sambil menggosokkan matanya.

"Ye dah sampai, kau Am, nak terus pulang rumah parents kau ke?" Soal Zafran.
"Hm, esok je lah. Penat malas nak drive, nak suruh budak-budak bawa. Aku taknak bagi sentuh kereta aku, so biarlah aku stay rumah parents kau dulu." Zafran hanya sekadar mengangguk.

"Woii budak! Bangun lah budak-budak yang di laknat!" jerit Zafran.

Tersentak dengan itu, mereka terbangun.

"Bab..." Tergantung ayat Leo apabila melihat wajah Zafran.

"Apa?"
Leo menggelengkan kepalanya.

"Jom! Dah sampai!" jerit Kylo.
Evan turun dari pesawat.

"Kau Zafran, singgah rumah mommy or terus pulang rumah kau?" Soal Zafri dalam keadaan masih mengantuk.
"Aku pulang rumah mommy, in sya Allah lusa aku pulang rumah aku."
Zafri hanya meng'ouhh'kan sahaja.

"Kalau korang nak turun, turun je lah dulu. Aku nak tunggu Aisyah bangun ni. Tak sanggup pula nak ganggu dia tengah tidur."
"Hm yelah, jumpa kau dekat rumah mommy je lah."

Baru sahaja Zafri ingin turun dari pesawat, dia kembali memusingkan tubuhnya, dia kembali mendekatkan diri ke arah Amran.

"Woi Amran, kau taknak turun ke? Jom turun. Kita sambung tidur dekat rumah." Kata Zafri sambil menarik tangan Amran.

"Aish! Zafran tu belum turun-turun lagi. Nanti lah, aku masih penat ni." Rungut Amran.

Zafri menarik nafas berat.

"Bangang! Si Zafran tu tunggu Aisyah bangun. Kau, mana ada isteri so, tak yah minta kaki. Aku bunuh kau kejap lagi. Sudah jom!" Marah Zafri, malas hendak melayan kerenah si Amran yang tak semenggah tu.

Amran telah berdiri dengan paksa.

Zafri bergerak pula ke arah Leo dan Kylo yang senang terlentong. Zafri menggerakkan sedikit tubuh Leo dan Kylo serta William.

"Hmm."
"Bangun lah woi! Dah sampai ni. Nanti jelah sambung dekat rumah aku." Ujar Zafri.

"Semak lah kau ni Zafri, tengah mimpi dengan awek seksi ni." Seloroh Leo.

Zafri serta merta mengetuk kepala mereka bertiga menggunakan telefon pintarnya. Guna cara bagus, taknak dengar.

Serta-merta mereka bertiga terbangun dan menggosokkan kepalanya.
"Setan! Sakit sial!" Adu William.

"Aku bagi bangun cara bagus,taknak dengar. Nak juga cara kasar. Cepat ngok! Si Qabil dah bengkak tu tunggu kita dekat dalam kereta." Marah Zafri.

William memandang ke arah kerusi Evan. Dia melihat Evan tiada di kerusinya.

"Mana budak bisu tu?" Soal William.
"Kepala bapak kau bisu! Dia tak bisu sial! And ya, dia terlebih dahulu naik kereta dia." Tutur Zafri.

"Dah-dah jom. Gerak sekarang."

SUAMIKU MAFIAWhere stories live. Discover now