SM ||| 38 H•S

419 13 0
                                    

Pada pagi itu, Zafran menghirup udara segar di luar rumah, dia hanya ingin meluangkan masa bersama Aisyah. Kemungkinan besar, mereka akan tinggal di Germain buat beberapa bulan ataupun beberapa tahun.

Tidak tahu mengapa semakin dekat harinya untuk bergerak ke Italy semakin berdebar hatinya. Tidak tahu apa puncanya, adakah dia berdebar kerana bakal merindui isterinya yang dia tinggalkan hanya seketika ataupun akan meninggalkan isterinya buat selamanya.

Zafran menggeleng kepalanya.

"No! Aku kena kuat untuk Aisyah dan anak aku!" Ujar Zafran.

Dia memandang Aisyah, sungguh dia menyanyangi wanita yang berada di sampingnya kini. Mungkin dulu dia berkahwin dengan Aisyah hanya kerana wasiat yang arwah abang kembarnya beri, tetapi apabila sudah hidup bersama-sama. Dia mula jatuh cinta dan akhirnya wanita itu mengandungkan anaknya. Terlalu banyak yang Aisyah lalui, sehinggakan dia kehilangan zuriat mereka dan Aisyah kehilangan ingatan.

Aisyah terlalu berharga untuknya.

Tetapi jikalau dia yang bakal pergi, adakah Aisyah akan baik-baik sahaja?

Arghhh!

Sungguh bercelaru otaknya kini memikirkan gundah-gundala yang dia tengah lalui. Tapi dia mesti fokus kepada misinya untuk ke Italy untuk menghapuskan musuhnya iaitu Black!

Dia akan membalas dendam atas kehilangan anaknya Hayder.

Fikiran Zafran terganggu apabila terdengar ketukan dari luar pintu biliknya, dengan tenang dia berjalan ke arah pintu dan melihat figura yang mengetuk pintunya.

"Zafran, Leo dan Kylo dah sampai. So terus pergi sini?" Soal Amran.

Zafran mengangguk.

"Pergi sini and stay sini. Aku nak bincang pasal pergi Italy."

Amran hanya sekadar mengangguk.

°

°

°

°

°

"Awak kenapa ramai dekat rumah?" Soal Hazel.
"Member aku dari Malaysia dah sampai, he's my leader, and he's already married." Terang William.

"Bukan saya kisah pun kalau dia dah kahwin." Ujar Hazel.

"Yelah, mana tahukan kau nampak muka dia yang kacak tu auto tercatch feeling dekat dia." Usik William.

"Dah jom turun."

"Hey bro!" Tegur William.
"Yow!" Balas Zafri, matanya terarah kepada Hazel yang berdiri di sebelah William, wanita yang ketinggian lebih kurang 168 dan rambut yang panjang dan ikal mayang.

William yang sedar akan panahan Zafri terus memegang tangan Hazel.

"She's my future wife, mungkin minggu hadapan kitaorang akan bernikah. Majlis pun kecil-kecilan je." Terang William.

Zafri tersenyum sinis.

"Kau jangan risau aku tak akan sailang member punya lah. Aku pun ada." Balas Zafri.

"Mana?" Soal William.

"Tuuuu." Tunjuk Zafri ke arah Mayra yang sedang lekang menonton.

"Nice girl!"

"She's mine brother!" Ujar Zafri.
"Alah, best apa kongsi-kongsi ni. Baru lah sehati sejiwa." Balas William sambil tertawa.

Hazel memukul lengan William. Adakah patut nak kongsi-kongsi ingat ini apa? Baju boleh kongsi-kongsi?

SUAMIKU MAFIAWhere stories live. Discover now