William mendengus melihat Hazel yang dari tadi belum jumpa-jumpa baju yang bakal dia guna semasa majlis perkahwinan mereka. Dia berdiri dan berjalan ke arah Hazel.
Dia menilik susuk tubuh Hazel dari arah belakang. Mahu sahaja dia memeluk Hazel tapi dia tahu, belum halal. Jangan nak memandai memeluk anak dara orang kalau belum halal.
"Hey, lama lagi ke cari baju tu?" Soal William.
Hazel yang mendengar soalan tersebut serta-merta menoleh ke arah majikannya ataupun lebih kepada bakal suaminya.
Hazel tidak menjawab soalan yang di ajukan oleh William, malah dia menilik wajah kacak William. Mempunyai mata berwarna biru, hidung tidak mancung, berkulit putih dan juga merupakan lelaki yang tinggi. Mungkin tinggi dalam lingkungan 179 macam tu lah. Ada iras-iras sikit Jeon Jungkook. Sikit je, tapi lagi hansem Jeon jungkook lah. Tiba-tiba terukir senyuman di bibir munggil Hazel apabila dia membandingkan wajah William dan wajah Jeon Jungkook.
William berasa pelik, mengapa dengan Hazel? Mengapa begitu lama dia merenung wajah kacaknya? Siap tersenyum-senyum sendiri. Adakah dia baru sedar yang dia ni hansem nak mampos? Ah come on babygirl takkan lah baru sedar?
William tersenyum nakal datang idea nakalnya untuk mengusik Hazel, memandangkan staff dekat butik semua tiada di situ kerana berbincang hal perkahwinan mereka. William mendekatkan wajahnya dengan wajah Hazel, lagi beberapa inci wajah mereka akan bersatu. Namun Hazel masih tiada memberi sebarang reaksi, masih kaku di tempatnya.
'Lama juga dia termenung? Sampai mana dah tu? Dah sampai anak cucu kita ke babygirl?' Monolog William.
"Dah sampai mana dah? Dah sampai ke anak cucu kita ke?" Sindir William sambil tersenyum sinis.
Hazel serta-merta tersedar dari dunianya,dan lebih mengejutkannya. William betul-betul dekat dengan wajahnya. Hazel menolak kasar William, namun William merangkul pinggang Hazel menyebabkan Hazel tidak dapat berinjak jauh dari William.
Hati lelaki William bergelora, sungguh dia kagum dengan kecantikan Hazel. Manakala Hazel mula kemerahan kerana ini pertama kali dia berada betul-betul dalam pelukan seorang lelaki. Lagi-lagi lelaki yang kacak plus hansem.
"Aku memang terlalu kacakkan, sampai aku tanya kau pun, kau tak jawab." Sekali lagi William menyoal.
Hazel menggeleng laju.
"Saya... Saya berfikir baju ape nak guna ni." Bohong Hazel.
William tersenyum.
"Yeke? Ke kau tengah fikir, kita akan dapat anak berapa. Lelaki ke perempuan macam tu?" Usik William.
Hazel menggeleng lagi.
"Awak jangan nak mengada! Dah pergi, saya nak sambung cari baju." Usir Hazel.
Hazel menolak tubuh sasa William dan menyambung menyelak baju pengantin.
William mendengus dia berjalan dekat ke arah Hazel.
"Ah come on Hazel! Aku dah bosan tau tak?! Jom lah kita pergi makan! Aku lapar ni." Rungut William dan merehatkan dagunya di bahu Hazel.
Hazel tersenyum, terasa comel sahaja melihat perangai William yang makin hari makin manja.
"Mana boleh, hujung minggu ni dah majlis kita. And still tak jumpa-jumpa baju, nanti awak nak suruh saya pakai apa? Baju tidur?" Sindir Hazel.
"Kalau tak yah pakai baju boleh?" Soal William, sungguh dia berasa bosan berada di butik ni. Xavier dan Stella belum lagi sampai-sampai, heishh!
Tanpa mereka sedar, rupanya ada yang sedang memerhati gelagat mereka. Dua figura itu sedang memerhati mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/276336618-288-k871475.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU MAFIA
RomansaKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...