Ifwat memundar mandir, dia terfikir. Apa yang dia sudah buat kepada Aisyah. Selama 2 hari ni,Ifwat yang memukul kak Aisyah. Dia takut, kalau-kalau Zafran tahu yang Ifwat juga turut terlibat sekali dalam hal berkaitan Aisyah ni, dia mesti akan bunuh Ifwat. Zafran merupakan seorang ketua mafia paling terkenal di seluruh dunia. Siapa sahaja tidak mengenali kumpulan E.E ataupun nama penuhnya Eagle Eyes. Kumpulan paling kejam selepas kumpulan The Wolves.
''Woi Wat, kau asal gile?"soal Iqbal.
"Aku takut siot, aku takut. Kalau-kalau Zafran suami kakak aku tahu aku terlibat dalam hal ni. Dia mesti akan cari aku dan dia akan pastikan aku akan dapat padahnya." Kata Ifwat sambil bermain jari.Dia sungguh takut.
Masa pertama kali dia berjumpa dengan Zafran, Ifwat nampak dia seperti mafia,tapi tidak sangka pula jangkaannya betul.
"Kau nak takut ape, dia bukan nampak kau pun time tu." Balas iqbal dengan selamba sambil merembus asap rokok.
"kau nak tahu tak, aku rasa kak aisyah ternampak aku, sebab sebelum dia pengsan tu,aku ada jumpa dia. Aku tak sanggup doh seksa dia.Aku seksa dia pun,sebab aku kena ugut oleh si black."Ujar Ifwat dengan jujur.
Ifwat buat semua ni sebab Black ugut dia,Balck akan pastikan Ifwat dan isterinya tidak hidup bahagia.
FLASHBACK
5 bulan sebelumnya...
Ifwat dalam keadaan berdarah dan di ikat di kerusi. Dia tidak tahu ke mana Black bawa dia pergi,namun yang Ifwat mampu nampak adalah, dua orang bodyguard Black dan juga Black yang sedang menyilangkan kakinya.
" Kau nak ape hah?" Soal Ifwat dengan lantang.
Black tertawa sinis."Kau soal aku, apa aku nak? Hei bodoh! Kau dah pinjam duit aku Rm900k lepas tu tak reti nak bayar balik ke sial?" Kata Black sambil menumbuk pipi Ifwat dengan kuat.
"Nanti aku ada duit, aku bayar lah."
"Kau nak bayar? Bila? Kau ade duit ke bodoh?Dah sedap-sedap urus perkahwinan kau dengan bakal isteri kau, lepas tu kau nak cau macam tu je? HAHAHA no way bro, kau takkan terlepas dari genggaman ku." Kata Black dengan ketawa sinis.Black berdiri, dan di cengkamnya pipi Ifwat dengan sangat kuat.
"Tolong lah Black! Jangan ganggu bakal isteri aku. Aku sanggup buat ape je asal kau jangan ganggu dia. Majlis kitaorang akan berlangsung 3 bulan dari sekarang." Rayu Ifwat, dia tidak ingin Farisha tahu yang Ifwat pinjam duit dari Black. Jikalau Farisha tahu, sudah pasti Farisha akan marah kepada Ifwat kerana meminjam duit kepada orang yang bahaya.
"Boleh. Dengan satu syarat."
"Ape dia?"
"Kau kenalkan orang kaya pahang ni?"
Ifwat menangguk."Kau kenal isteri dia kan." Balas Black sambil mengangkat keningnya.
Ifwat mengingati, orang kaya pahang adalah keluarga Zafran. Siapa sahaja tidak mengenali keluarga kaya tersebut. Banyak syarikat dan juga mempunyai sisi gelap yang ramai tidak tahu, hanya segelintir orang sahaja yang tahu sisi gelap keluarga tersebut.
![](https://img.wattpad.com/cover/276336618-288-k871475.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU MAFIA
RomanceKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...