Aisyah tersedar dari tidurnya, dia perasan ada kepala yang terlentong di sebelahnya sambil tangannnya memegang jari-jemari Aisyah.
Aisyah berpaling memandang Zafran wajahnya memaparkan bahawa dia penat menjaga dirinya. Fikiran Aisyah ligat memikir, mengapa harus menyusahkan diri untuk menjaga dirinya? Tapi mengapa lelaki itu mengaku yang dia ini suaminya? Pelik, tapi seperti masuk akal. Kerana sepanjang dia telah sedar, lelaki itu sahaja yang ada.
Tanpa Aisyah sedar, jantungnya mengepom laju darah. Di pegang dadanya.
'Mengapa jantungku berdegup laju apabila melihat wajah kacaknya?' Desis hati Aisyah.Tangannya juga turut mengelus wajah kacak milik suaminya. Dia cepat-cepat menarik tangannya apabila Zafran menggerakkan dirinya sedikit.
"Awak, bangunlah..." Kata Aisyah dengan datar.
Zafran membuka matanya perlahan-lahan.
"Err, bila kau bangun?" Soal Zafran sambil menggosokkan matanya.
"Dari tadi." Kata ringkas Aisyah.Zafran hanya diam.
Zafran mengambil telefon di meja dan mendail nombor Zafri.
"Hello Zafri."
"Yoi kenapa bro?"
"Kau dah gerak gi office ke?"
"Not yet, aku ingat nak tunggu kau, sekali gerak dengan Amran."
"Ouh am ada dekat rumah ke?"
"Yupp, so bila kau nak gerak pulang?"
"Err, kejap lagi. Oh ya, kau pergi lah dulu office. Aku ingat nak masuk lambat sikit. So kau dan Am pergi lah dlu ok. Ape-ape roger je k bye."Zafran terus sahaja mematikan panggilan, dia berdiri dan memandang tajam ke arah Aisyah yang dari tadi hanya menjadi pendengar perbualannya.
"Kau pergi tukar baju sekarang, kita dah nak gerak pulang. Aku tunggu dekat sini, lambat naik grab faham!" Arah Zafran dengan tegas.
Aisyah hanya mendengus geram.
"Kalau awak nak gerak dulu, pergi lah. Biarlah saya naik grab." Kata Aisyah selamba.Mata Zafran serta-merta membulat.
"Kau! Pergi bersiap je lah." Terjah Zafran. Aisyah diam dan terus bergerak ke arah tandas.
Zafran menarik nafas berat.
Aisyah bukan macam dulu, dia kini lebih menjadi kuat menjawab dan degil. Nasib satu je tak berubah. Iaitu still pakai tudung and bajh masih longgar.
Sepuluh minit Aisyah di dalam tandas.
Dia keluar dengan memakai baju muslimah berwarna hitam dan tudung bawal berwarna putih.
Zafran menyembunyikan senyuman."William, bawa beg Aisyah turun." Arah Zafran kepada William. William hanya mengangguk dan mencapai beg tersebut.
"Eh tak payahlah, saya boleh bawa sendiri." Kata Aisyah dengan sedikit berkerut.
"Eh tak pe Aisyah, saya boleh bawakan." Balas William dengan senyuman.
Aisyah masih lagi berdegil.Zafran menggelengkan kepala, Alahai isteriku? Orang offer terima je lah.
"Bagi je lah beg tu, lagipun aku suruh so tak yah banyak cakap bagi!" Ujar Zafran dengan nada tegas.
Aisyah hanya diam."Dah jom kita pulang. Aku nak balik mandi dan gi office." Kata Zafran dan terus menyambar tangan Aisyah. Di genggam seerat-eratnya tangan Aisyah.
Aisyah menarik tangannya kasar.
"Awak lepaskan lah saya, saya tak selesa lah, heishh." Dengus Aisyah.
"Kalau aku taknak kau nak buat ape? Dah tak yah banyak cakap ikut je lah aku!" Balas Zafran.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMIKU MAFIA
RomanceKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...