SM ||| 7 H•S

1K 28 3
                                    

Satu tembakan terkena di kaki seorang lelaki yang sedang duduk di hadapan Zafran dengan keadaan di ikat. Muka Zafran begitu bengis kadang kalanya dia tersenyum sinis. Zafri dan Amran hanya memerhati.

"Siapa hantar kau?" soal Zafran dengan muka yang bengis.

Lelaki itu tidak menyahut.

Sekali lagi satu das tembakan terkena di paha lelaki tersebut.
"Sekali lagi aku tanya kau bodoh! Siapa hantar kau?" Kata Zafran sambil memicit luka lelaki tersebut dengan kuat.

Aisyah menutup mata tatkala melihat Zafran memicit luka tersebut. Terasa sakitnya apabila melihat Zafran melakukan sedemikian.

"Black!" Zafran tersenyum sinis.
"Untuk apa dia hantar kau?" Soal Zafran.

Lelaki itu diam.

Zafran memicit sekali lagi luka lelaki tu.
"Damn! Sakit bodoh, dia hantar aku sebab dia nak suruh aku culik isteri kau dan jadikan isteri kau sebagai tebusan supaya kau serahkan cip tu dekat dia sial!" Jerit lelaki tu dalam kesakitan.

Aisyah yang mendengar mengerutkan dahinya, hek elleh. Masalah korang janganlah babitkan diri ini yang tidak bersalah. Aisyah terus memandang Zafri dan Amran untuk memberi penjelasan.

Zafri tersenyum dan memberi isyarat agar Aisyah bertenang seketika. Mana mungkin Zafran akan membiarkan isterinya di seksa.

Zafran masih berdiri di hadapan lelaki tersebut.
Dia berpusing ke arah isterinya.

"Sayang tutup mata kau." Arah Zafran.
Aisyah mengerutkan dahinya.
"Aisyah just tutup ok." Kata Zafri dengan lembut.
Aisyah terus menutup matanya.

Tiba-tiba dia terdengar satu das tembakan terlepas.

"Kau boleh buka mata kau sekarang." Ujar Zafran yang berada di hadapan Aisyah sambil tersenyum manis. Aisyah terus membuka matanya,dan memandang ke arah lelaki yang terikat itu.

'Dia... dia dah mati ke?' Desis hati Aisyah.

"Aw-awak dia mati?" Soal Aisyah gagap.

Zafran hanya mengangguk.

"Zafri, Amran. Kau orang terus perhatikan gerak-geri budak-budak Black dan Black. Diaorang dah mula bertindak." Arah Zafran.
"Boek." Kata Zafri dan Amran serentak.

"Arran, Ray kau bersihkan mayat ni, pastikan tidak bau hanyir faham?" Arah Zafran.

"Faham." Balas Arran dan Rayden serentak.
"Bro kau balik lah. Bawa Aisyah pulang, nampak penat je dia tu." Kata Zafri lagi.
Zafran hanya mengangguk.
"Jom sayang, kita pulang. Kau mesti penatkan. Jom kita pulang." Kata Zafran dengan nada lembut.

Aisyah hanya mengangguk.

°

°

°

°

°

°

Sampai sahaja mereka di rumah, Aisyah terus naik mandi.

Seusai sahaja dia mandi dan sudah memakai baju terus sahaja turun ke bawah, Aisyah terus duduk di depan tv. Zafran pula sesampai sahaja dia di rumah, terus naik ke tingkat atas dan tidak turun-turun lagi.

Jam juga menunjukkan pukul sepuluh malam. Aisyah mengambil keputusan untuk naik ke atas untuk melabuh tirainya.

Aisyah memulas tombol, masuk sahaja dia ke dalam bilik, dia melihat suaminya sedang duduk di hadapan komputer namun peliknya dia hanya memandang sahaja seperti memikirkan sesuatu.

SUAMIKU MAFIAWhere stories live. Discover now