SM ||| 5 H•S

1.1K 30 0
                                    

Aisyah terjaga dari tidurnya dia menyedari bahawa dia masih lagi di dalam dakapan Zafran.

Aisyah tersenyum.

Kacak juga dia masa tidur ek. Eh Aisyah? Kau dah jatuh cinta dengan dia kah?

Eip apa salahnyakan, suami aku juga.

Tiba-tiba Aisyah teringat akan mimpinya yang semalam.
Dia mimpi bahawa, Zafran memeluknya sambil dia meluah perasaan cinta terhadap dirinya.

Namun Aisyah menggeleng kepala. Mustahil untuk dia sayang aku! Aku siapa di matanya, kami baru sahaja kenal mana mungkin dia akan sayang aku, semua itu hanya mimpi belaka.

Aisyah perlahan-lahan menolak tangan Zafran agar meleraikan pelukan mereka. Kemudian, Aisyah melangkah masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri. Seusai sahaja mandi, Aisyah terus sahaja turun ke tingkat bawah tanpa mengejutkan Zafran yang kian di buai mimpi.

"Assalamualaikum mommy." Sapa Aisyah dengan riang.
"Waalaikummussalam eh Aisyah, Zafran mana?Belum bangun?" soal puan Laila sambil tersenyu.

Aisyah menggeleng.

"Haah nyenyak sangat dia tidur, Aisyah pun tak sampai hati nak ganggu dia sedang tidur." Aisyah tersenyum manis.

Puan Laila hanya sekadar mengangguk.

Setelah menyediakan kesemua makanan Aisyah terus duduk di meja makan.
"Aisyah pergi kejutkan suami kamu tu. Kalau tak di kejutkan budak tu sampai ke zohor tak bangun tu." arah puan Laila, bukan dia tidak kenal akan sifat anak keduannya itu, jikalau tidak di kejutkan mana mungkin akan bingkas dari tempat tidur.

Aisyah tersenyum dan mengangguk.

Apabila dia sampai di tingkat atas, Aisyah berasa berdebar. Kot-kot dia nampak benda yang tidak sepatutnya. Argh!

Tiba-tiba satu suara menegur Aisyah.

"Aisyah masuk je lah bilik tu, tak yah takut. Zafran bukan makan orang pun." Sindir Zafri sambil tersenyum.

Aisyah terus memusingkan badannya dan membalas senyuman Zafri.

"Ehh, taklah. Aisyah nak masuk lah ni." Aisyah hanya melemparkan senyuman kekok.

Tertawa kecil Zafri di buatnya. Comel sahaja melihat adik iparnya yang segan-silu hendak masuk ke dalam bilik Zafran.
"Yelah, saya cuma nak pesan, awak takyah khuatir dengan Zafran. Dia tu jenis yang susah nak terima perempuan, dan awak lah orang paling beruntung sebab awak orang pertama duduk dalam hati dia. And pasal dia dingin, pun awak takyah risau. Dia memang macam tu. Ego, taknak tunjukkn manja dia. Nanti lama kelamaan awak akan tengok juga kemanjaannya. So dekat situ, bila manja dia dah keluar, Aisyah sendiri pun bosan nak layan." Zafri hanya tersenyum manis.

Aisyah mengangguk faham.

"Dah Aisyah masuk pergi panggil Zafran." ujar Zafri dan berlalu pergi.

Aisyah menarik nafas dan mula meluas perlahan tombol, kepala di masukkan untuk menjenguk ke dalam bilik. Dia melihat Zafran tidak berada di tilam. Aik mana dia?

Apabila Aisyah mendengar air yang mengalir di dalam tandas, baru dia tahu bahawa suaminya berada di dalam tandas.

Setelah beberapa minit, Zafran keluar hanya mengenakan tuala sehingga paras pusatnya sahaja. Aisyah serta-merta menutup matanya.

"Awak! Jom turun bawah sarapan. Mommy and daddy dah tunggu tu sekali abang Zafri." berkerut dahi Zafran.
"Asal pula kau tutup mata kau ni?"

"Awak tak pakai baju, pergi lah pakai baju. Saya tunggu dekat bawah ok." baru sahaja Aisyah hendak melarikan diri, Zafran menarik tangan Aisyah.

SUAMIKU MAFIAWhere stories live. Discover now