Zafri yang setia menanti di luar bilik bedah merenung ke arah pintu bilik bedah tersebut.
"Asal lama sangat ni? Dah nak dekat sejam dah Aisyah duduk dalam tu, apa doktor tu buat? Ambil organ Aisyah ke?" Rungut Zafri.
Mayra memukul bahu suaminya.
"Ke situ pula abang ni, doktor tu tengah usaha lah tu nak lahirkan anak akak Aisyah." Balas Mayra sambil mengusap perutnya yang berkandungan enam bulan.
Zafri hanya mampu tersenyum manis.
Tiba-tiba doktor yang berada di bilik bedah itu keluar. Zafri serta-merta berdiri dan berjalan ke arah doktor tersebut.
"Macam mana dengan adik ipar saya doktor?" Soal Zafri.
Yang lain juga turut berdiri apabila melihat doktor itu keluar dari bilik bedah Aisyah.
"She's fine dan anak mereka kembar sepasangan. Sekejap lagi, Puan Aisyah akan di pindahkan ke wad VVIP." Terang doktor Dahlia.
"Macam mana dengan anak Puan Aisyah?" Soal Stella.
"Alhamdulillah mereka stabil." Balas Doktor Dahlia sambil tersenyum."Thank you Doktor."
Doktor Dahlia mengangguk dan beransur pergi. Apabila dia meninggalkan sekumpulan tersebut, semasa dia berjalan tanpa sengaja dia terlanggar seorang jejaka yang berdiri menghadap papan yang terisi maklumat. Lebih kepada jejaka itu membaca."Maafkan saya encik..." Ayatnya terbantut apabila dia memandang wajah lelaki itu bukan dia terpesona dengan ketampanan lelaki itu. Namun seperti pernah dia menemui lelaki itu tetapi dia tidak tahu di mana.
Lelaki itu membersihkan tepi-tepi bajunya apabila dia di langgar.
"Aduhmak, Cik. Lain kali kalau nak berjalan tu guna ma... Eh Dahlia ann?" Ujar lelaki itu.Dahlia mengangguk lemah.
"Amran ke?" Soal Dahlia sedikit gemuruh.
Amran mengangguk lemah."Apa awak buat dekat sini?" Soal Dahlia pelik.
"Oh,saya tengah tunggu ni hah adik saya di bilik pembedahan." Jawab Amran sambil melemparkan senyuman manis kepada Dahlia.Senyuman itu cukup membuat hati wanita Dahlia bergetar.
"Adik? Awak ada adik ke? Setahu saya awak mana ada adik. Ke isteri awak?" Duga Dahlia. Kalau betul isterinya, beruntung wanita itu kerana dapat mempersuamikan lelaki yang bernama Amran Nazhan ini.
Amran menggeleng laju.
"Saya belum kahwin eh. Actually saya dah anggap dia macam adik saya sendiri. Nama dia Aisyah, suami dia ada dengan dia masa tengah pembedahan." Terang Amran.
"Oh Puan Aisyah eh. Ha'ah memang ada tadi suami dia, Puan Aisyah dah selamat melahirkan, anak-anak mereka pun baik-baik je.Kejap lagi Puan Aisyah akan di pindahkan ke wad VVIP." Balas Dahlia dengan sengihan.
"By the way, where's your husband ?" Soal Amran cuba memaniskan senyuman.
"Husband? Saya masih single okey. Saya tak jadi kahwin lepas saya reject cinta awak. Sebab lelaki tu kantoi curang belakang saya, so saya batalkan lah perkahwinan kitaorang." Kata Dahlia.
Amran mengangguk faham.
"Awak mana isteri awak?" Soal Dahlia.
"Isteri? Lepas awak reject saya. Saya dah tak buka hati saya untuk mana-mana perempuan." Balas Amran.Dahlia diam.
"Tapi itu kisah lalu. Tak yah lah di ungkit-ungkit lagi." Ujar Amran ingin menukar suasana.
Dahlia tersenyum.
"Err, saya kena pergi sebab ada patient yang perlu saya rawat. Nanti ada masa kita jumpa okey." Pamit Dahlia.
"Dahlia!" Laung Amran.Dahlia memandang Amran.
"Can i have your card ? Untuk mudah saya call awak." Soal Amran berani, nak pikat wanita kena lah berani.Dahlia tersenyum dan menghulurkan kad kepada Amran. Kemudian, dia meninggalkan Amran.
Amran tersenyum.
"Tak lama lagi ada orang nak jumpa mataharinya,dah tak malam terus hidup dia sebab matahari bakal muncul." Usik Zafri.
Amran memandang Zafri.
Dia tersenyum.
"Mana Aisyah?" Soal Amran ceria.
"Ada dalam wad VVIP, dia belum sedar. Cuma Zafran tengah di temu bual oleh Xavier dan yang lain." Sakat Zafri sambil menepuk bahu Amran."Goodluck pikat perempuan tu. Aku nampak cun juga dia tu, siapa nama dia?Dahlia?" Soal Zafri.
Amran memandang tidak percaya ke arah Zafri."Macam mana kau tahu nama dia Dahlia? Kau kenal dia ke?" Soal Amran.
Zafri menggeleng."Tak kenal, cuma tadi aku terdengar masa korang berbual."
"Oh curi-curi dengar kau anak pakcik Zickry." Gumam Amran dan mencucuk pinggang Zafri.Zafri tergelak dan menggenggam kuat tangan Amran.
"Tak eh, aku terdengar je. Masa aku pulang dari tandas terdengar korang berbual." Nafi Zafri.
"Macam mana kau boleh kenal dia?" Soal Zafri ingin tahu."Dah lama kenal,dulu aku pernah suka dia.Masa aku confess tu, dia tolak aku sebab dia tahu aku ni terlibat dalam dunia mafia. Lagipun mak bapa dia nak jodohkan dia dengan orang lain, tapi last-last dorang putus tunang sebab lelaki tu kedapatan ada orang lain. Dan sampai sekarang Dahlia masih single ." Terang Amran sambil tersenyum.
"Ceh, masih ada peluang tu bro. Pergi pikat dia, buktikan walaupun kau dalam dunia mafia tapi kau mampu jadi lelaki yang baik dan mampu menjadi imam kepada isteri dan anak-anak korang kelak." Ujar Zafri memberi sokongan kepada sahabatnya.
Amran tersenyum.
"Insha Allah aku usahakan, lagipun aku dah ada nombor phone dia."
"Cunn!""Dah jom kita pergi lawat Aisyah." Pelawa Zafri.
°
°
°
°
°
"Oh macam tu." Kata serentak mereka.
Zafran tersenyum dan mengangguk."Apa yang macam tu?" Soal Amran ingin tahu.
"Tak de apa." Balas Leo."Kau dari mana? Lama sangat datang." Soal Kylo.
"Terjumpa jodoh." Balas Amran dan berjalan ke katil Aisyah."Macam mana dengan Aisyah okey?" Soal Amran.
Zafran mengangguk lemah.
Zafri berdiri di hadapan pintu, pandangannya masih tekun ke arah Zafran.
Zafran berdiri ke dan mendekatkan diri kepada abangnya.
"Zafri aku..."
Zafri serta-merta memeluk Zafran dengan erat. Kemudian, dia meleraikan pelukan mereka. Di tumbuknya kuat perut Zafran.
Mereka yang memandang terkejut dengan tindakan Zafri.
Namun bagi lelaki, itu perkara biasa. Menunjukkan dia melepaskan segala rindu kepada seseorang."Sakit siak, kau tumbuk perut aku." Keluh Zafran sambil memegang perutnya yang di tumbuk oleh Zafri.
Walaupun Zafri sedikit kurus berbanding dengan Zafran yang berbadan sado dan tinggi namun dia juga kuat menumbuk lelaki sado.
"Sakit? Kau tak fikir pula sakit aku ni! Sakit menanggung segala kerinduan dekat kau, kau tahu tak sepanjang kau tiada. Hidup aku ni macam kosong, cukuplah aku kehilangan adik aku Ilman, lepas tu adik aku Iman pula hilang. Kau je satu-satu adik aku sial! Aisyah perlukan kau, kitaorang perlukan kau! Tanpa kau Family Eagle Eye tak lengkap." Herdik Zafri.
Zafran tersenyum.
Dia memeluk Zafri.
"Maafkan aku, aku buat ni bersebab. Aku cuma nak pastikan musuh kita tak ganggu family aku. Tapi aku dah balikkan, chill lah." Bisik Zafran."Sial! Main bisik-bisik pula kau ni!" Maki Zafri.
Zafran ketawa melihat muka cemberut Zafri.
Mereka semua ketawa melihat telatah adik-beradik itu."Ab... abang..." kata Aisyah dengan perlahan.
Gelak tawa mereka terhenti apabila mendengar suara Aisyah.
"Sayang..."
YOU ARE READING
SUAMIKU MAFIA
RomantikKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...