Aisyah yang baru sahaja sedar dari tidurnya. Namun kenapa dia rasa badan-badannya sakit?Dan lebih pelik.
Kenapa dia berada di bilik lain? Biliknya dan Zafran bukan seperti ini.
Aisyah melangkah perlahan-lahan ke arah pintu. Apabila Aisyah buka, dia mendapati dia kini berada di rumah puan Laila dan tuan Zickry. Aisyah perlahan-lahan menuruni anak tangga, sampai sahaja dia di tingkat bawah. Puan Laila memandang Aisyah dan terus sahaja melangkah ke arah menantunya.
"Aisyah, Aisyah ok tak ni? Ada sakit mana-mana tak? Ada luka?" Soal puan Laila bertubi-tubi. Begitu jelas terpancar di wajah puan Laila yang dia begitu risau dengan keadaan anak menantunya.
"Err, sakit badan je mommy. Apa yang dah jadi ni mommy? Bukan kah Aisyah ada di rumah Zafran? Kenapa tiba-tiba di rumah mommy and daddy? And Zafran mana?" Soal Aisyah kembali kepada puan Laila.
Suamiku mana?
"Aisyah tak ingat ape-ape ke?" Soal puan Laila.
Aisyah menggeleng. Puan Laila menarik nafas berat.
"Tak pe, kejap lagi Zafran balik sebab Zafri dan Amran baru je bagitahu dekat dia, mehh duduk dulu." Terang puan Laila dan terus membawa Aisyah pergi ke sofa. Aisyah hanya akur.Tidak sampai 10 minit, kedengaran bunyi kereta Zafran.
Pintu terus terbuka, tubuh tegap Zafran berada di depan pintu. Zafran terus berlari ke arah Aisyah dan di peluknya isterinya. Dalam pelukannya, Zafran menangis semahunya.Aisyah berasa pelik.
'Kenapa suami ku menangis ni? Apa dia dah buat? Dia curang kah?'
Aisyah meleraikan pelukan. Di pandang wajah suaminya yang penuh dengan air mata.
"Kenapa awak menangis? Awak ada buat salah ke?" Soal Aisyah yang ingin kepastian. Kalau dia curang, aku cincang 5 kerat si Zafran ni. Mafia tak mafia, aku bunuh juga dia ni kalau dia curang.
"Aku... Aku minta maaf sebab tak lindungi kau." pohon Zafran dalam keadaan menangis.
Aisyah jadi bingung.'Lindungi? Apa ni?' getus hati Aisyah.
"Maksud awak ape?" Soal Aisyah tidak faham.
"Kau tak ingt apa-apa ke?" Soal Zafran.Aisyah menggeleng.
"Zaf aku rasa Aisyah hilang ingatan disebabkan kesan yang cecair apa tu nama dia? Klor...Klor ape tah." Ujar Amran.
"Klorofom bongok! Tu lah, mak kau hantar gi sekolah tak study betul-betul. Sibuk mengorat lah, apalah. Kan dah bodoh!" Maki Zafri.
"Diam ar kau! Kau apa tahu, aku saja je nak test-test korang dua." Balas Amran.
Zafran merenung tajam ke arah Zafri dan Amran.
Isteri aku baru je hampir kena culik, kauorang boleh pulak begaduh.
Amran dan Zafri terus memandang ke arah lain. Seram mat!
'Zafran tenung kitaorang!'
Zafran kembali memandang Aisyah.
"Sayang, kita stay sini dulu ok. Nanti kalau betul-betul dah selamat, baru kita pulang rumah kita ok babygirl?" Soal Zafran sambil mencium dahi Aisyah.Aisyah hanya sekadar mengangguk, tidak sanggup bercakap banyak kerana pening kepala.
"Awak... Cuba awak cerita apa yang dah jadi ni?" Soal Aisyah ingin tahu.
"Macam ni, kau kena culik oleh budak-budak Black. Alhamdulillah, mujurlah budak-budak ku jumpa kau and selamatkan kau." Kata Zafran.Aisyah mengangguk faham.
Zafran tersenyum dan mencium dahi Aisyah, baru sahaja dia ingin bergerak ke dapur, Aisyah terus menarik lengannya."Why babygirl?" Soal Zafran.
"Jangan tinggalkan saya, saya takut kalau orang culik saya lagi." mohon Aisyah, ingin sahaja Aisyah mengalirkan air mata, namun ada Amran dan Zafri memerhati.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMIKU MAFIA
RomanceKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...