"Err mana abang Zafran?" soal Aisyah dan melemparkan senyuman yang manis.
Dia melilau mencari kelibat Zafran,namun tidak kelihatan.
Zafri berdiri di hadapan Aisyah.
Aisyah tersenyum memandang Zafri."Zafri, mana abang Zafran?" Soal Aisyah.
Zafri cuba menahan segala keperitan yang dia lalui."Aisyah..."
Aisyah masih lagi menanti jawapan Zafri.
"Zafran dah takde."Aisyah seolah-olah di rempuh, hatinya hancur apabila mendengar jawapan Zafri. Aisyah hampir sahaja terjatuh ke lantai namun dengan cepat Zafri menyambutnya.Aisyah terus duduk di sofa.
Kakinya seperti longlai.
Air matanya dengan deras mengalir dari tubir matanya."Abang..."
Stella telah mengarahkan Riby untuk membawa Danny pergi dari ruang tamu.
"Kenapa dia tinggalkan Aisyah?Dia dah janjikan nak jaga Aisyah dia dah janji nak pulang dengan selamat, kenapa dia tak pulang." Tangis Aisyah.
Stella memujuk Aisyah agar bertenang.
Aisyah menggeleng.
"Korang tipukan? Zafri main-main je ann." Ujar Aisyah dalam tangisan.
Zafri menggeleng.
"It's not a joke Aisyah. Mana mungkin saya akan bawa main soal mati, ni benda serius Aisyah." Jawab Zafri cuba mengawal intonasi suaranya.
Aisyah menggelengkan kepalanya.
"Tak! Saya dapat rasakan abang Zafran tak mati!Dia tak mati!" Tengking Aisyah.
"Aisyah! Bukan awak je tak leh terima kenyataan, kitaorang ni pun tak boleh terima kenyataan. Saya ni abang dia, saya rasa diri saya ni tak guna, harap je abang tapi tak mampu nak lindungi adik sendiri. Dia mati di depan mata saya Aisyah! How i can forgive myself ?" Jerkah Zafri.
Aisyah menggeleng dia kemudian naik ke atas.
"Sabar bro, Aisyah susah nak terima.Bukan senang untuk dia. Aisyah sedang bawa anak Zafran dia perlukan Zafran di sisi dia. Tak pe nanti aku pujuk dia, kau sabar." Pujuk Amran.
Zafri hanya mampu tersenyum tawar.
°
°
°
°
°
Aisyah menangis.
"Kenapa abang kenapa? Kenapa abang ungkiri janji abang? Abang janji nak lindungi sayang, abang janji takkan tinggalkan sayang dan sekarang abang tinggalkan sayang di saat sayang perlukan abang? Tergamak abang,anak-anak kita perlukan kasih sayang seorang ayah." Luah Aisyah.
Dia memandang gambarnya dan Zafran.
"Abang... Macam mana sayang nak kuat tanpa abang?" Rintih Aisyah.
Air matanya masih deras mengalir.
"Abang..."
Aisyah mula terlena dalam tangisannya.Ilman duduk di sebelah Aisyah sambil mengukir senyuman manis kepadanya.
"Abang..." Rintih Aisyah dan memeluk Ilman.
"Sayang... Why ni nampak macam baru habis menangis." Ujar Ilman."Iman dah tak de." Luah Aisyah.
Ilman hanya mampu tersenyum."Sayang kena kuat untuk anak-anak korang. Tak leh macam ni, hidup kena di teruskan." Pujuk Ilman.
"Macam mana nak kuat,Iman janji takkan tinggalkan sayang. But at last dia yang tinggalkan sayang." Rintih Aisyah teresak-esak.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMIKU MAFIA
Roman d'amourKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...