KEESOKAN HARINYA.
"Aisyah..." panggil Zafran dengan lembut namun kedengaran sedikit dingin.
"Hm.""Bangun kita nak pergi rumah mommy and daddy sekarang." kata Zafran.
"Sekarang ke?" Soal Aisyah mamai."Ye sekarang, dah pergi mandi bersiap. Kita sarapan dekat rumah mommy and daddy, aku tunggu dekat bawah ok babygirl." Kata Zafran, Aisyah hanya mengangguk, dan terus bergerak ke tandas untuk mandi.
Seusai mandi, Aisyah mengenakan baju panjang sampai kelutut yang berwarna hitam, tudung brwarna putih dan seluar jeans.
Aisyah terus melangkah ke bawah, dan dia melihat kelibat Zafran, Zafran menoleh ke arahnya.
"Dah jom." ajak Zafran dan terus pergi ke arah kereta Lamborghini Aventador hitam miliknya.
Aisyah hanya mengikut langkah Zafran dan masuk ke dalam kereta.
Mereka hanya diam.
Aisyah masih terfikir, macam mana dia boleh tahu saiz pakaian dalam aku ni?
Aisyah hendak mengajukan soalan, namun dia mengambil keputusan untuk pendamkan sahaja. Sebab dia tahu, Zafran bakal diam sahaja.
"Kau nak tanya apa?" Soalnya dingin. Mata Aisyah bersinar-sinar.
"Saya nak tanya, macam mana awak boleh tahu saiz pakaian saya? Padahal saya tak pernah kenal awak?" soal Aisyah.
Zafran hanya menggelengkan kepala.
"Aku ingat kau dah lupa soalan tu." Kata Zafran dengan dingin.
Hm dia nikan!
"Memandangkan kau dah tanya banyak kali, aku jawablah." Sambung Zafran.
Aisyah semakin teruja, dia memandang Zafran yang sedang lekang memandu.
"Aku tahu sebab, aku dah lama kenal kau, so sebab tu aku tahu!"Jawapan Zafran serta-merta merosakkan mood Aisyah yang ingin tahu.
"Sudah! Dah terjawab soalan kau. So lepas ni, tak yah tanya benda yang sama, bosan tahu tak!" Kata Zafran dengan tegas.
Aisyah terdiam.
Aisyah berasa takut dengan Zafran. Sudahlah tidak pernah senyum, senyum pun sekadar senyum macam tu je. Nada pun dingin je terus.
Dekat 20 minit mereka menempuhi perjalanan, dan akhirnya kereta yang di pandu oleh Zafran telah sampai di rumah mommy dan daddy Zafran.
"Dah sampai, jom turun." Kata Zafran, Aisyah hanya menurut katanya.
"Hoi jom masuk!" jerit Zafran.
Aisyah terus berlari ke arah Zafran. Dia ni kan! Belum sempat tilik-tilik kawasan rumah milik keluarganya, dia sudah bising!
"Assalamualaikum mommy daddy." Kata Zafran sambil menyalami Puan Laila dan Tuan Zickry."Waalaikummussalam, meh masuk, ehh ni Aisyah ann?" Soal Puan Laila.
Aisyah hanya mengangguk dan menyalam Puan Laila.
"Meh masuk Aisyah." Pelawa Tuan Zikcry.
Aisyah hanya melemparkan senyuman manis.
YOU ARE READING
SUAMIKU MAFIA
RomanceKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...